Seawal pagi, opismate share artikel menarik ngan Mummy. Memang sangat menarik dan rasanya bagus ada hukuman macam tu. At least, 'orang ketiga' tu dapat hukuman setimpal (jika disabitkan bersalah la).hu hu hu... sebelum tu, jom tengok artikel menarik tu dulu.
"Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.
“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam."

Ni kalau jenis pasangan yang nekad & tak berhati perut, dah ramai 'orang ketiga' yang kena penjara & denda. he he hee... Kalau nak bercerita pasal hukuman ni, if 'orang ketiga' terlepas dari disabit kesalahan sebenarnya dieorang tak terlepas dari hukuman Allah. Dah ramai Mummy tengok, 'orang ketiga' ni tidak aman bahagia hidupnya. Sebabnya kebanyakan mereka ni bergelumang ngan maksiat. Tu belum lagi yang berani tinggal serumah @ membenarkan pasangan datang ke rumah sewenangnya. Dahla nak share hak orang tapi tak berlandaskan sunnah...so macam mana nak aman bahagia. Kebanyakan 'orang ketiga' yang berjaya memecahbelahkan institusi sebuah rumahtangga, belum tentu mereka sampai ke jinjang pelamin. Rata-rata 'orang ketiga' rasa unsecure. Ala, kalau kawen pun 'karma' waiting them.hu hu hu... Betulkan sekiranya apa yang Mummy cakap ni salah tapi apa yang Mummy cakap berlandaskan apa yang nampak sekeliling Mummy.
Mummy tidak menujukan artikel & entri pada sesiapa sebab curang & perampas boleh jadi pada sesiapa je tak kira lelaki @ perempuan. Ketuk kepala tanya hati. ha ha haa... Kat sini Mummy nak tekankan...poligami tu memang halal tapi haruslah berlandaskan sunnah. Sebagai isteri, kita ada hak menolak poligami sebab kita tahu kemampuan suami. Bagi isteri yang curang pulak, pergila kursus pra-perkahwinan semula. Faham betul-betul istilah perkahwinan tu. Tak cium bau syurga jika tak dapat 'keredhaan' suami. Apatah lagi curang...fikir-fikirkan
Mummy sendiri pun bukanlah manusia yang sempurna...tapi Alhamdulillah, Allah bagi peluang lagi untuk Mummy ubah apa yang terkurang kat diri ni.
Ok, dah melalut ntah apa kan... So, 'orang ketiga'...jaga-jaga ye! he he heee
si suami pon harus disalahkan..tepuk sebelah tak akan berbunyi. dan si isteri plak patut rasa bersalah juga. kalau diorg xmenjaga suami diorg sebaik mungkin x mustahil si suami mencari orang lain. so jangan nak salahkan orang ketiga plak..semua 2 adalah ketentuan dari Allah S.W.T. sebab 2 dalam sunah nabi lelaki boleh kawen 4 kalau dia berkemampuan walaupon isteri pertama x setuju. si isteri akn bersikap tidak menghormati suami mereka. itu apa plak hukum yang dikenakan pada si isteri 2?
ReplyDeleteteruk dah skrg undang-undang malaysia. undang-undang terbaru nie akan membuatkan lebih byk lagi aktiviti maksiat, berzina dan meramaikan lagi semua org berkahwin di sempadan. renung-renungkahlah kembali.

oo patut la tu hari husband ada ckp pasal berita ni.. sy pun tak tau sbb tak baca paper..
ReplyDeletetp bagus jugak, baru diorang pikir sebelum amik laki / bini org kan..