Fuh! fuh!... Buang habuk jap. he he he...
Salam Merdeka!
Alhamdulillah... 55 tahun sudah kita 'bebas'. Takde sambutan apa-apa pun, juz tgk siaran langsung kat tv jek. Sepanjang cuti 31 Ogos, Mummy dok rumah je sebab makcik dari JB nak datang anak beranak. Mummy memang rapat ngan sepupu semua, lagipun umur kami lebih kurang.
1 Sept baru la Mummy keluar ngan adik-adik pergi wedding opismate Mummy & open house kawan adik. Berpeluh-peluh la gak Mummy dok pusing-pusing cari rumah kawan. Setengah jam sesat...finally tanye orang. Sampai je, tgk dah takde orang...rupanya majlis abes awal.he he he... dia jemput tak ramai orang sebab ni 2nd wedding. Tapi yang bagusnya dapat la kami berborak kejap... Simple & cantik.
Happy for her happiness... Mummy doakan semoga dia berbahagia kekal dunia & akhirat.
Setel majlis kawan Mummy, bergegas plak ke open house kawan adik. Actually familiy kawan adik ni jiran family Mummy. Memang macam rumah sendiri la kami buat. he he he... ingat nak lepak lama lagi tapi cik Sara dah melalak kepanasan. Masuk je kereta, cik Sara trus senyap sebab dah dapat aircond. Sebelum balik, singgah jap ke pasaraya.. Mama Sara nak beli stock susu & diapers. Mummy dok kat kereta je sebab baby sit cik Sara.
Cik Sara yang tak reti dok senyap...Asik nak kita layan dia je. Otw balik, dia 'pengsan'.he he he...
2 Sept lak, dok umah je...rehat sampai tak tahu nak buat apa. Hari plak panas rentung.
p/s: Takziah kepada en Sayang diatas pemergian pak long awak. Al Fatihah...
salam merdeka mummy!
ReplyDelete