Layan iklan

Tuesday, September 18, 2012

:: B2B #7 ~ Kursus kahwin...


Alhamdulillah, 1 important part of marriage is done. Lega sangat... Sapa cakap dah berpisah takyah gi kursus kahwin lagi? Sebenarnya kalau bercerai mati, tak perlu pergi kursus kahwin lagi. Mana yang bercerai hidup ni kena la pergi ye. Berpasir-pasir mata ni dok dengar ceramah slot-slot dalam kursus tu. Tak kisah la, yang paling penting... Mummy dah ada sijil kursus kahwin. Bagus sebenarnya pergi kursus kahwin ni. Input yang kita dapat tu memang sangat berguna. Dulu pergi masa muda, mana la nak 'input' sangat kan. Rasanya byk yang 'output'.he he he... 


Please ignore the chubby face beside... he he he

Kahwin ni bukanlah perkara senang. Suka nak kahwin tapi sebenarnya banyak perkara kena ambil kira. Kadang-kadang perkara kecik blh jadi isu besar. Semuanya kena buat dengan proper. Too much thing have to done in a few months (like me la). As Mummy yang ada bad experience ni, lagi la kena fikir banyak. Siapa yang nak kahwin banyak kali? Kita kena redha apa yang Allah yang aturkan. Mungkin Allah bagi pasangan yang salah supaya kita belajar dari kesilapan kemudian barulah Allah bagi pasangan yang betul. InsyaAllah... yang penting "belajar dari kesilapan lalu". Jangan terlalu banyak menuding jari mencari silap orang. Mummy pun rasa banyak kekurangan dari kesilapan lalu. Selagi ditegur dengan cara baik, insyaAllah akan diperbaiki perlahan-lahan. Mana ada manusia tak pernah buat silap? 

Kahwin bukan la mudah... kahwin banyak kali pun, prosedur tetap sama gak. Lagi la nak berpoligami kan. he he he... 

p/s: Sila la set kat kepala... kahwin bukan perkara mudah!

3 comments:

  1. moga semua urusan mummy dipermudahkan~
    tak sabar nak tunggu harinye nanti..hehehe

    ReplyDelete
  2. kawih bukan pekara mudah like...
    apa pun akak doakan terbaik utk awak...
    kalu nk naik pelamin buat la time akak ada kat kg..sob sob nk makan nasi minyak korang..

    ReplyDelete
  3. Tahniah mummy.semoga semuanya dipermudahkan Allah.jgn lupe jmpt tau mummy ;-)

    ReplyDelete