Layan iklan

Wednesday, September 19, 2012

:: The poplook alike...

Selamat pagi!
Mood update blog kebelakangan ni memang agak ke laut skit tapi Mummy cuba gagahkan diri gak untuk update. Maklumla, mana nak edit gambar bagai. Nak kena letak cop mohor, mana tau kot ada orang salah guna gambar Mummy kan. 
Okla, biasa dengar website The Poplook? Memang cantik-cantik dress & blouse kat situ. Cuma Mummy fikir banyak kali nak beli atas sebab-sebab tertentu. Paling diambil kira, pasal size. Memang la ada bagi size tapi Mummy kurang yakin. Kedua, harga...memang free delivery tapi still lagi rugi. Sayang duit ooo...he he he. So, solution Mummy...buat sendiri. Pada Mummy lagi jimat sebab beli kain bape je kan? Upah pun standard la. 

Cth:
Harga sehelai blouse poplook = RM59 (paling murah & free delivery)
Kos buat sendiri = RM12 (Kain 1 meter stgh) + RM25 (upah) = RM37
So, dah jimat RM22... Lagi selesa sebab ukur kat badan sendiri & yang paling penting takkan ada pakai yang sama. he he he...

Hitam putih...actually kain tu abstract tapi tak bape nampak sebab cahaya lampu.

Hijau polkadot kecik-kecik...

Lepas ni Mummy bercadang nak buat dress plak. InsyaAllah ada masa, nak cari kain yang sesuai. Maybe chiffon with lining.

p/s: Thinking big polkadot for next blouse.

4 comments:

  1. Ehem-ehem siapa ke artis dalam gambar itu..nampak slim gitu..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artis tu adik mummy...ketinggian dia agak melampau.heheee

      Delete
  2. ingatkan mummy yang jadik model tuh~

    ReplyDelete
  3. wahhh seronok kalau pandai menjahit.. ada bukak tempahan tak :) ngeh ngeh ngeh.. maklumlah i nih "comel"

    ReplyDelete