Layan iklan

Tuesday, August 28, 2012

:: Hamper raya lagi...

Best tak raya korang tahun ni? Mesti ramai yang cuti panjang kan... Mummy tak amik cuti last week. Juz cuti raya je. Raya ke-4 dah terpacak kat depan opis.he he he... semangat kan! Lagipun takde ke mana nak pergi. Ayah Mummy puasa lak. Kesian nak ajak beraya... Tapi last weekend baru Mummy dapat beraya ngan family. Macam biasa kami balik kampung emak kat Muar. Beraya rumah makcik pakcik kat sana. Best jumpa sedara mara emak sebab orang jawa ni kalau layan tetamu memang best. 

Masuk kerja je, Mummy dah nampak 1 bungkusan kat atas meja. he he he... ingat ada orang tumpang barang, rupanya ada hamper kuih raya dari kontraktor. Dihantar hari Jumaat sebelum raya tapi Mummy dah cuti masa tu. Maka bertambahlah kuih raya Mummy. Masih belum buka lagi kat rumah. Lagipun takde orang nak datang beraya rumah Mummy.hu hu hu... Kalo takde sapa datang, insyaAllah akan dihantar ke kampung. Bagi kat emak je...he he he

Nice packaging kan...sayang nak buka.

2 comments: