Sebelum cuti raya, Mummy tengok kat page Hada Labo Malaysia announce akan buka booth kat Giant Plenting dari 16 Aug - 31 Aug. Dalam hati memang dah berangan nak serbu sebab face wash & lotion Mummy dah nak abis. Kebetulan Jumaat lepas Mummy pergi ke sana, maka terusla memborong. Kali ni Mummy amik 2 set whitening face wash & lotion. Mummy punya 1 set je... yang 1 lagi cik abang punya. Pun dah terjebak guna Hada Labo. he he he... Mummy amik skali make-up remover & seriusly Mummy dah jatuh cinta sama itu make-up remover. Cik abang plak amik UV lotion. Maklumla keje kat tempat panas kan... Memang great diskaun la gak. Kalo purchase rm100, dapat tolak voucher rm20. So kalo purchase rm200, dapat tolak voucher rm40. So far ni adalah best produk yang Mummy pernah guna.
Sesiapa yang rasa nak cuba Hada Labo ni & berada kat JB, sila lah pegi ke booth Hada Labo kat Giant Plenting sebelah guardian. Sampai 31 Aug je yer...
No comments:
Post a Comment