Alhamdulillah... Mummy masih bernafas di 11 Ramadhan ini.
Semalam, 10 Ramadhan akhirnya Mummy berIftar di luar disebabkan mood malas memasak @ berjalan-jalan di bazar. Rasanya sepanjang Ramadhan ni, baru 2 kali pegi bazar. Hari-hari lain, masak sendiri.
Tempat pilihan berbuka Mummy bufet di restoran Mak Tok kat Setia Tropika. RM20 untuk seorang & kanak-kanak 6 tahun keatas RM10. Nasib baik cik Khaleesa baru 5 tahun. Pada Mummy harga tu reasonable la dengan makanan yang kiteorang amik.hu hu hu... kuih muih best. Jemput-jemput sedap... Lauk pauk pun not bad. Finally, Mummy dapat gak makan kupang. Susah nak cari kupang fresh...
Kesayangan Mummy... cik Khaleesa makan awal sebab dah lapar. Siap request telur dadar. Orang tu dah kurus ok! hurmmm.............
Penuh pinggan ok... Roti jala pun sangat sedap.
Ini semua Mummy punye. Kagum tak? Sila lah kagum.hu hu hu...
Sebelum balik, staff restoran siap bungkuskan makanan ok. Takyah bayar...daripada membazir kan. Alhamdulillah, rezeki.
Yeay! Dah lama tak exposekan diri... happy me!!
p/s: Saved the Date!