Layan iklan

Monday, July 23, 2012

:: Movie #13 ~ The Dark Knight Rises

Movie minggu ni yang Mummy nak update ialah The Dark Knight Rises... still lagi fresh kat pawagam terdekat. Kali ni Mummy tengok kat TGV Tebrau... walaupun TGV Bukit Indah sangat la dekat ngan rumah tapi Mummy lagi selesa kat TGV Tebrau. Salah satu sebabnya seat yang tersangat la selesa. Mummy amik couple seat sebab senang cik Khaleesa nak tido. Lagipun couple seat kat TGV Tebrau dah macam single bed.hu hu hu... terlalu beza ngan TGV Bukit Indah yang tersangat la sempit tap harga sama.

Pic by google search

Poster kat atas pernah jadi kontroversi sebab ramai yang beranggapan Batman akan mati. Part tu korang kena tengok la sendiri endingnya yer...

Ini adalah kesinambungan Dark Knight... Pada mulanya Bruce Wayne nak bersara daripada dunia kedua dia tapi disebabkan orang ramai masih memerlukan dia, maka BATMAN muncul balik. Biasa la, cite superhero ni kalo de kesinambungan mesti pasal balas dendam punya. Awalan cerita, catwoman dah muncul. Watak catwoman dibawa oleh Anne Hathaway... Serius dia sangat sesuai bawa watak tu. Nasib la bukan Halle Berry ye.ha ha ha... Masih mengekalkan Christian Bale sebagai Batman. Dia agak kurus tapi sangat ohsem dalam Batman suits.he he he...
Permulaan cerita agak membosankan. Mummy ni dok tertunggu-tunggu la bila la en Batman nak kuar kan. Sekali dia kuar, wow! Mummy nak motor dia. Mummy tertarik gak pada satu watak baru yang dilakonkan oleh Joseph Gordon-Levitt. Dia pegang watak sebagai Detective John Blake. Tapi dalam kepala ni Mummy dapat mengagak dia ni akan jadi Robin.he he he... 
Tak nak komen banyak-banyak tapi cukup la Mummy katakan tak rugi tengok. Walaupun boleh agak jalan ceritanya, tapi tetap puashati. Kalau nak tau apa kesudahannya samada the legend ends @ propa semata sila lah tengok di pawagam terdekat.

Rating: 4/5 bintang

p/s: Dalam wayang gemuruh orang ramai tepuk tangan masa tgk ending! :D

1 comment:

  1. seronoknya tgk wayang.. sy dh bertahun tak tengok.. tgk wayang kat rumah je la.. ;)

    ReplyDelete