Layan iklan

Tuesday, September 6, 2016

:: Rumah Baru


Alhamdulillah... Secara rasminya mami & encik suami sudah ambil kunci rumah baru. 

Ok, kita bukan nak cerita pasal rumah baru mami tapi kami 'berjuang' untuk taknak bayar "Late payment interest" kepada developer. Pada hari kami dapat surat untuk mengambil kunci rumah, kami memang happy sangat & super excited. Sampai je kami ke pejabat developer, kerani bagitahu amount yang perlu kami bayar lebih kurang rm3k termasuk bayaran meter air. Dalam surat cuma termaktub bayaran meter air saja. Untuk meter api, purchaser kena daftar sendiri. Kami agak terkejut & tanya kenapa perlu bayar. Developer terangkan yang bank lambat release payment progress claim. So bila payment lambat maka interest akan di charge kepada purchaser. Tips kat sini nak bgtahu, term tu memang ada dalam SPA yang kita sign ye... So apa korang nak buat? Bayar atau fight?

Saya bernasib baik sebab tidak la terlalu terdesak nak masuk rumah baru. Kalau ikut developer, dia suruh bayar sebab bank @ lawyer taknak layan kes macam ni. Tapi kami pilih fight sebab buat apa nak bayar kalau kita yakin silap bukan datang dari kita. Kebetulan encik suami kita ni developer and boleh dapatkan advise dari kawan-kawan office.

1st step... kami call lawyer sebab diaorang yang buat kerja preparation document. Mulanya mami call je then request. Tapi bila follow up, lawyer macam taknak layan sangat. So, mami write official letter request kronology dari lawyer. Finally lawyer reply setelah seminggu kami tunggu. Dari situ kami dah nampak, lawyer bagitahu silap dari developer. Then mami write another official letter untuk full waiver. Silap kat sini bila kami ambil lawyer yang sama dengan developer. Nama pun lawyer kan... so macam loyar la kan. After 3 weeks tertunggu-tunggu, lawyer call bagitahu they will only tanggung waiver 20% dan dah inform developer. Bila mami pertikai tugas beliau, lawyer reply very rude. Macam lepas tangan...

Dalam masa yang sama, mami juga turun naik bank... Teringat lagi clerk developer cakap kat mami yang bank takkan layan. Takut gak memula... Then after mami cerita the problem, bank layan baik. Setelah check proses loan, takde masalah. Bank advise masalah datang dari developer & lawyer prepare document.

2nd step... mami follow up dengan developer status waiver request. Setelah dikira tambah tolak, kami masih perlu bayar dalam jumlah amount yang besar. Kat sini, mami kena ingatkan.... segala email or conversation kena record. Kami masih tetap taknak bayar untuk jumlah yang tak sepatutnya kami tanggung. Kami study lagi kronology dan mami dapati puncanya sebab lambat dapat surat SUK untuk bumiputra lot. Procedure yang betul, sepatutnya developer kena apply bumi lot sebelum loan purchaser approve. Surat SUK kena attach dalam SPA. So, mami write official kepada boss marketing developer untuk waiver lagi. Mami dapati, waiver tu juga tak termasuk 20% yang konon lawyer nak tanggung. 

Akhirnya, kami bayar 25% je daripada jumlah tak termasuk bayaran meter air. So total RM1.4k... Tapi kami tetap merasakan yang kami tak sepatutnya bayar. Memandangkan dah delay 2 months, kami bayar that amount.

Nak beli rumah bukan senang... Macam-macam kena fikir. Bila jadi camni, kepala jangan stress sangat-sangat. 

- Try google search pengalaman orang lain. 
- Study slow-slow... tanya kawan-kawan yang berpengalaman. Kalau boleh mintak pendapat beberapa orang. 
- Jangan mengalah. 
- Jangan tunjuk rasa terdesak kepada pihak lawan.hu hu huu
- Paling penting, konfiden level wajib 101% ye. Sila tunjuk ketegasan muka bila berhadapan dengan depa semua. Tujuannya sebab nak tunjuk yang kita bukan 'bodoh' percaya bulat-bulat. 
- Kena tahu procedure authority yang terlibat.



Alhamdulillah... semua ni rezeki anak-anak. Nak senang bukan senang. Jangan malas nak buat research. Encik suami selalu marah-marah sepanjang process 'fight' kami ni tapi mami ada point. Bukan malas cuma banyak perkara nak research. Mami banyak bertanya kepada kawan-kawan. Paling penting mami taknak terlalu nampak terdesak. Cool & relax je. Semoga segala tips dapat tolong serba sedikit kepada sesiapa yang ada masalah yang sama macam mami ni. Pada sesiapa nak bertanya lanjut or nak advise sample surat or email boleh la email personal mami norlezah.razali@gmail.com





6 comments:

  1. say apun ada beli rumah ni tapi baru sgt... rumah pun baru naik ceracak ..hihi kalau nanti ada problem nk email minta advice boleh tak ? hihi harap2 xde la pape masalah ...hhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee....boleh jek.insyaAllah xde pape masalah. tapi kalo dapat surat developer mintak byran...jgn terus byr. write tanye sebab kena bayar.nanti at the end xboleh refund, naya...kena rajin tanya progress.. sepatutnya kita cuma bayar kepada bank saja. ingat tu.heheee

      Delete
  2. alhamdulillah syukur dapat akhirnya mempunyai rumah sendiri...mesti seronok dan lega ada bumbung bawah kepala...kalau la akak dan famili ingin berpindah ker. Boleh cuba perkhidmatan logistik kami, boleh layari kami di laman sesawang disini.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... Boley x nak minta sample surat rasmi tu dear. Sy pon ada masalah yg sama.. Huhuu..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum... Boley x nak minta sample surat rasmi tu dear. Sy pon ada masalah yg sama.. Huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, boleh ke share sikit dengan saya, mcm mana awak settle kan kes awk ni. Tq 🥲

      Delete