Layan iklan

Friday, November 20, 2015

:: Hobi baru katanya...

Biasa tengokk kawan-kawan update pasal hobi baru ni... sekali dua dok update, dok puji je laaa. Bila selalu update, alamak! macam nak buat gak. Akhirnya terjebak la gak mami ni.

Hobi apa ni? Skang ni tgh trending "coloring book for adults". Tujuan untuk destress katanya. Sekali buat memang dah tak fikir lain. Dok ralit sangat mewarna kan. Dah macam buat kerja sekolah anak plak kan. he he hee...


Buku pilihan pertama mami kali ni pasal bunga saja. Ni mukaddimah muka surat pertama. Test skill dulu. Mami guna ink pen je. So takde la curi masa dok korek pensil kaler kan. Cuma kalo guna ink, pilihan kaler tak banyak. So memang kena kreatif.


Ok, yang ni kedua mami buat. tak bape cun sangat la. Maklum la tangan masih keras gitu. Nak buat ni memang passion is wajib ada.


Ini plak yang ketiga... nampak ringkas tapi mami amik masa 3 minggu ok. he he hee... Paling susah kat part yang kecik-kecik tu. Mata boleh juling. ha ha haa...


Yang ni paling latest... in progressing... Ni da masuk minggu ketiga, masih kat situ lagi. Belum ada masa yang cun nak sambung. hu hu huu...

Mami jarang buat kat rumah sebab fulltime buat kerja rumah kan. Kalau terbuat pun lepas subuh bila malas nak tido balik. Biasanya mami buat kat opis bila ada masa terluang. Terus-terang mami happy dengan hobi baru ni. Pening kepala, marah, tension... bila buat ni memang release sangat.

Mana nak dapat?? Ok, mami beli kat Popular bookstore tapi kat situ tak banyak pilihan. Kawan ada cakap kat MPH lagi banyak pilihan. Nasihat mami, sila sediakan duit secukupnya sebab anda akan rambang mata nanti. he he hee...





3 comments:

  1. boleh destress betol eh mummy??
    teringin jugak nak cuba. warna jer kan??
    ikut suka hati kita lah kan nak warna camner kan??
    hehehehe.. banyak plak tanya.

    Mummy punye hasil warna tuh memang cantik~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! warna je ikut kreativiti kita..sbb tu la destress..hahahahaaa....dah terjebak, anak kat sebelah pon tak perasan tau.

      Delete
  2. Assalamualaikum.. lama tak jengok sini.. dah banyak ketinggalan cerita mummy.. anak -anak pun dah bertambah..alhamdulillah.

    Cantik cantik nya colouring mummy..terpegun tgk

    ReplyDelete