Okay... belum cuti sekolah dah buat aktiviti pra cuti sekolah. Sesuka hati kan. Takpela, asalkan exam dah tamat. Sebelum ni mak mentua memang ada minta tolong encik suami angkat barang adik ipar yang akan cuti semester & terus sambung praktikal kat Politeknik Melaka. Maklum la kami ni bawak lori kan. he he hee... Sekali ter'plan' nak enjoy kat Melaka. So mak mentua cadang ajak gi Bayou Lagoon Park Resort Melaka sebab tengok macam best je. Lagipun mami pun memang dah pernah ke sana... Waterpark takdela besar sangat tapi still enjoy la. Layankan anak-anak & family mentua.
Sebelum ni memang mami dah survey thru Agoda rates, 1 apartment 3 bilik dalam rm500++, kebetulan 3 hari sebelum pergi Agoda de discount less 30%. Lebih kurang rm300++, so after gedebak gedebuk additional charges... mami bayar dalam rm415. Murah kan.... Included breakfast untuk 6 orang + 6 tiket masuk waterpark. Mami cuma tambah untuk 2 orang je kat sana.
Masa kat waterpark memang takde la gambar sebab malas nak bawak phone. Dah lama tak mandi manda ni. Last datang mami jaga Ammar... skang ni dah ada orang jaga Ammar, so mami apa lagi la kan. Amik kesempatan la terus.
Lepas check out, abah memang dah plan ajak pi museum 3D yang betul-betul sebelah apartment kami stay. Kalo naik kereta lebih kurang 2 3 minit je. he he hee...
Dalam 3D museum ni takde la besar sangat tapi puas la kami bergambar bagai. Anak tido pun gigih amik gambar bergilir. Kalau ikutkan budak-budak la yang paling seronok, tapi rupanya orang tua lagi teruja. ha ha haa...
Okla, layan gambar jela ye... Takde aktiviti penting pun lepas tu... Amik barang then balik sebab esoknya kerja.
Sorry... no caption!
Enjoy...
No comments:
Post a Comment