Layan iklan

Monday, November 9, 2015

:: Diari seorang ibu bekerja

Assalamualaikum... monday blues ditambah officemate ramai ambil cuti sebab bersambung dengan cuti sempena deepavali. Owh!!! Mami dah kehabisan cuti sebenarnya. he he hee...
Menu sarapan pagi kakak hari ni. Roti goreng cheese hangus sikit.he he hee...

Terpanggil untuk entri kali ni cerita mami sebagai ibu bekerja. Yes! sana sini dok viral kelebihan surirumah & ibu bekerja. Masing-masing taknak kalah. Sejujurnya, mami jeles hokkay dengan para ibu yang dapat urus rumahtangga & urus anak-anak. Dapat tengok anak-anak membesar depan mata. Tapi keadaan ekonomi kita yang turun naik, mami kena turut sama bekerja bantu encik suami. Bukan la bermaksud mami menangung separuh keperluan rumah, cuma mami masih ada komitmen peribadi yang masih belum selesai. Kereta, kad kredit, keperluan peribadi....sendiri pakai sendiri bayar. tak sampai hati nak minta suami bayar. If tak cukup baru minta. Bersyukur sangat sebab segala keperluan, encik suami dah sediakan... "TQ Sayang!"

Dapat mami simpulkan, ibu tidak bekerja sebenarnya adalah ibu yang bebas hutang. Syukur ada suami dapat menanggung semua. Pada ibu bekerja, mami faham... bukan duit yang dikejar tapi komitmen hidup dan tidak semua ibu bekerja itu berpasangan. Yes, mami pernah rasa peritnya hidup sebagai ibu tunggal. Terus terang buat masa ni, mami masih belum bersedia untuk menjadi surirumah sepenuh masa. 

Mami akui yang mami ada pembantu rumah tapi tujuannya cuma adalah untuk menjaga anak-anak saja. Bayangkan dengan kos hidup sekarang ni, 1 anak saja sudah rm250.. imagine mami anak 3 ni.. sekurangnya dalam tangan ada rm800 untuk kos hantar anak ke pengasuh sahaja. Bila anak-anak ada kat rumah, mami rasa lapang sikit hati. Rumah pun takde la bersepah bagai. Balik kerja anak-anak sudah siap mandi.

Siapa cakap senang jadi ibu bekerjaya? Sebenarnya terpulang pada individu nak uruskan rumatangga. Seawal jam 5.30pagi, mami akan jadi lipas kudung siapkan lauk untuk lunch anak-anak. Urus hantar anak sekolah, susukan Ammar... Belai-belai si abangnya plak. Siapkan sarapan untuk suami walaupun hanya milo nestum saja. Hari-hari buntu fikir menu untuk anak-anak. Kalau cuti sekolah lagi la buntu sebab fikir nak buat sarapan si kakak. Jam 8 pagi kelam kabut bersiap nak pergi kerja. Sampai opis memang sentiasa lambat tapi alhamdulillah boss faham (faham ke??) he he hee... Kadang-kadang tak sempat sarapan, kena masuk meeting. Masa lunch la baru dapat chit chat gelak bagai gosip sana sini ngan opismate. Itu belum lagi kena hadap dengan bebelan boss. Kalau mood ok, ok laa... Kalau mood ke laut, pekakkan telinga je la. Nak terlelap??? mana sempat...kadang-kadang terlelap la gak lepas solat zuhur. Lagi la kalo migrain datang...memang dok tenung je la laptop ni.

Balik kerja, tanya anak-anak & suami untuk makan malam. Bengkak susu, pam dulu buat stok untuk Ammar. Si abang pun masih nak bergantung lagi...he he hee... sebab dia belum umur 2 tahun so rasa kesian nak putuskan susu badan. Siap semua, mami mandi bersiap untuk maghrib... Kalau baby tak meragam, mami akan terus ajar kakak mengaji. Nak tengok tv pun tak sempat... Segala drama skang ni update dari opismate jela..he he hee... Dah selesai semua, kadang-kadang dok juga la depan tv sambil borak-borak dengan encik suami. Selesai dia solat isya', mami akan tanya soklan wajib 'sayang, nak air panas?'.

Penat?? Hanya Allah je yang tahu betapa kudrat ni sangat letih tapi mami rasa sangat berbaloi. Kadang-kadang bila penat memang ada rasa marah... Terlepas juga kat si kakak... Marah bersebab... Lepas marah, bila dah tenang...mami akan cakap pada anak 'marah bukan sebab tak sayang'. Sapa tak pernah rasa menyesal lepas marah. Encik suami plak bila tengok mami bad mood, memang dia buat bodoh la... takmo provoke katanya. he he hee... makin tua macam bergaduh is for nothing. So baik memasing senyapkan diri kan.

Hujung minggu mami juga sangat la indah... aktiviti macam biasa kalau tak balik kampung. Anak-anak memang suka la kalau mami ngan ayah ada depan mata. Bangun tido sengih je... Kalau badan ok, cuaca cantik.... jalan-jalan cuci mata.

Kesimpulannya.... pengurusan rumahtangga ni terpulang pada individu dalam membuat pilihan. Jangan cakap "tak sempat" kalau belum mencuba. Tepuk dada tanya hati... Buat semua kena ikhlas. Paling penting, encik suami kena bagi sokongan moral. Nampak isteri penat, urut bahu...picit kepala... (TQ sayang tolong picit malam tadi). Kita ni plak, jangan la segan-segan ringankan mulut minta tolong suami picitkan.he he heee.... Pada ibu sepenuh masa dirumah, jangan la terlalu mendabik dada bangga memerli para ibu berkerja. Pada ibu berkerjaya, jangan patah semangat nak kukuhkan ekonomi keluarga. Sebenarnya kita sama saja... Kita adalah ibu yang terbaik & kita sentiasa ingin kan yang terbaik untuk keluarga.

OK... esok pusing balik rutin yang sama. he he hee...

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete