Layan iklan

Monday, November 16, 2015

:: Bertandang mokcu di Segamat/Pahang

Alhamdulillah selesai sudah majlis bertandang adik mami di belah lelaki... Parents mami ngan adik-adik pergi awal sehari & bermalam kat sana. Mami ngan encik suami jela yang pergi balik hari sebab kerja lagi kan Jumaat. Kami dah kehabisan cuti tahun ni. he he hee... Lagipun mami malas nak packing bagai... Dengan anak kecik lagi.

Takut sampai lambat, sebelum tido mami dah siap gosok baju semua. Packing barang baby... Lepas subuh, kejut anak-anak untuk bersiap. Paling dugaan nak kejut si Zahin... Tengah mandi pun mata dok pejam lagi. Tapi nampak je baju kemeja, terus cerah biji mata sebab dia tahu nak gi jalan. he he hee... Setel semua, baru la mami yang mandi & bersiap. Adik memang dah bagitahu awal-awal sanding jam 12.30pm... Tengok map, perjalanan dari rumah mami lebih kurang 2 - 3 jam. Jam 8 lbh dah keluar rumah sebab nak sarapan dulu. Kena makan kenyang-kenyang. Jam 9pagi dah masuk highway secara rasmi. Biasa la bila dah ramai, memang banyak ler tempat menyinggah kan. 

Sampai majlis lebih kurang 12 lebih tapi rupanya adik dah siap makan damai. huh! cepat la plak. he he hee... maka kami makan je la, takde nak join berarak. selesai sesi fotografi family, mami join mak ayah gi homestay sebab nak Zuhur dulu. Dapat la dok rehat-rehat kejap sejukkan badan.

Adik beradik mami... tak cukup sorang je sebab suaminya kena kursus. Dia pun malas nak turun dari Melaka. Ada anak kecik leceh katanya. he he hee...

Ex flower girl... yang sorang lagi tak dapat dikesan. Rupanya tengah beratur kat luar makan aiskrim free katanya. Maka penggatinya kumbang kat tengah tu. he he hee...

Satu-satunya hero dalam family mami...


Nik's Legacy... Encik suami sejak ada 2 hero ni makin suka ajak bergambar. 

Sejak ada banyak 'handbag' ni... gini la gayanya kalo nak wefie 1 family. Kakak kalo dah jumpa geng memang susah la. senang cite tak nampak batang hidung terus. 

Mak tok cakap " Ni kalau dok umah mak, memang mak potong pendek rambut".. ha ha haaa... tak dapat la. Gigih tau mami dok trim rambut Zahin.

Sebelum balik, wefie ngan encik suami... Dia memang suka buat muka comel camtu. 


InsyaAllah awal Disember ni kami akan ada family day acara wajib tahunan keluarga mami. Tempat semua dah booking cuma untuk confirmation makanan yang kena bawak. Tahun ni macam meriah sikit la sebab adik beradik semua dah kahwin. Cucu-cucu plak dah semakin bertambah. Maklum la mak ayah mami kan tiap-tiap tahun naik pangkat. hu hu huu...

Update skit bujang kecik mami ni... Dah pandai gelak bila selfie sebab dia ingat ada budak kecik yang dok agah dia. Padahal tengok muka sendiri. Dah bambam skang... geram mami! Sayang Ammar...

1 comment:

  1. comelnye Ammar.. boleh lah geng dengan Amzar. makin bam bam.

    ReplyDelete