Layan iklan

Monday, December 17, 2012

:: Short weekend at Melaka Bandaraya Bersejarah...

Masih lagi mood menghitung hari & sedar tak sedar dah masuk pertengahan bulan. Yea! Memang Mummy sangat berdebar. Ok, last week Mummy berada di Melaka menghadiri dinner office. Sebelum pergi tu agak kalut gak sebab nama Mummy takde dalam senarai hotel. Risau ingat sistem salah, rupanya Mummy silap klik " tak nak accommodation". Sangat bijak kan kan kan...he he he...sendiri silap rupanya. Since Tuesday tu memang Mummy work hard dapatkan bilik. Dahla Mummy masuk stage performance. Risau weh! Finally, last minit Mummy dapat gak hotel. Lega sangat-sangat... Baru la rasa tenang nak training. he he he... The best part ialah bilik Mummy tu sebelah Dataran Pahlawan. Jalan kaki je.

OTW ke Melaka singgap jap RnR Machap..

Last minit bilik hotel...besar & sangat puas hati. Complete with bath tub. Kalo dah kahwin, mesti syok punye.ha ha haa...

Bilik Mummy tingkat 14 & see the view...nampak bandar Melaka ok.

Sehari sebelum stage performance...training lepas balik keje. Menggedik jap ngan cabarets.



Rehearsal sebelum dinner... muka penat + lapar sebab masa ni baru sampai.



Yeay! a night of stage performance... Jadi perempuan cabarets u. 

Watak utama... Kami buat sketsa Pak Maun. he he he... awesome! 

Dinner kali ni tema Baba Nyonya... of course la semua berkebaya bagai. The worst is my kain batik zip 'rosak'. Stress tu...nasib baik bawa pin lebih.he he he... Cik Khaleesa juz pakai gaun je. Dia pakai mana yang selesa lagipun bukan reti dok senyap. Dok ke hulu hilir ngan kawan-kawan dia. Lagipun lepas dinner dadi Khaleesa nak amik. Tu yang Mummy malas nak pakaikan ikut tema. 

Nasib baik kebaya tu masih muat... kebaya Puan Emak 10 tahun lepas. hu hu huuu

Beriya dia soh Mummy amik gambar dia dok atas beca tu.he he hee...



So far the night going very well but the food so-so. Mummy makan sikit je sebab tak kena ngan selera. Mummy prefer appetizer yang hotel sediakan kat stall luar ballroom. Ingat Mummy je yang takde selera, rupanya ramai gak yang tak puas hati. ssshhh...senyap-senyap sudah. Akibat lapar tahap melampau, kul 1 pagi dok lepak kat McD Dataran Pahlawan. Sempat gak jalan-jalan kat uptown dengan berkebaya. Dah macam nyonya gila plak. ha ha ha...

Tu bukan botol mabuk-mabuk ye. Dalam tu air soda...susah nak jumpa skang & kami jumpa kat stall uptown.

Pagi Sabtu Mummy check out awal sebab nak amik cik Khaleesa then terus ke rumah adik Mummy. Lagipun parents Mummy ada turun Melaka jenguk adik & cucu. Mummy sempat la juga shopping barang sekolah cik Khaleesa. Barang sekolah takde la mahal sangat, banyak berhabis kat gaun-gaun & jeans cik Khaleesa. Makin banyak la rambut Mummy gugur ye sayang...kalo daun tu duit, dah lama dok kutip-kutip pastu simpan kat bank.hu hu hu...

Sebelum gerak balik JB... Abaikan la pipi yang mekar selambak tu. isk! isk!

Sekian...

* Antara entri yang banyak gambar... mood Isnin yang super lemau!



1 comment:

  1. canteknye mummy dengan kebaya tuh~
    seronok lah dapat joint dinner.. kampeni saya x de dinner gempak2 cam tuh~ huhuhu

    ReplyDelete