Layan iklan

Friday, September 28, 2012

:: Celebrate 5th birthday cik Khaleesa...

Semalam Mummy buat surprise hantar birthday kek untuk cik Khaleesa kat tadika. Masa hantar dia masih dalam kelas. So, Mummy bagi kat teacher dia je untuk surprise. Cik Khaleesa memang tak tahu pape sebab dia ingat celebrate malam je. Dia rehat untuk lunch tiba-tiba ada kek untuk dia. Teacher dia cite, cik Khaleesa terkejut la kejap.he he he... 

Kek coklat oreo ngan strawberry... order khas untuk cik Khaleesa. Kawan Mummy ckp 'besarnya kek!' tapi sebenarnya kek ni 1kg stgh. Nasib baik cukup.

Cik Khaleesa ngan uniform...tudung ntah ke mana dia letak.

Cik khaleesa ngan kawan kawan sekelas dia. Boy yang kat sebelah dia tu memang selalu kacau cik Khaleesa.

Petang amik cik Khaleesa kat sekolah, dia tros update "malam ni mami & ayah nak bawak khaleesa jalan mana?". Wah! dia ingat ok janji kami. Tapi letak syarat, kalo nak jalan-jalan...khaleesa kena cakap ngan dadi dulu. Kebetulan ex hub Mummy nak call cik Khaleesa. Memang terpaksa la Mummy meletakkan syarat. Taknak dia lupa dadi dia. Hope, en ex rajin-rajin kan diri selalu contact cik Khaleesa. Ada masa sila la jumpa dia.

Celebrate sekali lagi kat DIVA... We just bought a slices cake from secret recipe. Durian cake gituh! cik Khaleesa makan sikit je, yang melantak Mummy.

Cayang anak Mummy... *sila abaikan my big muscle tuh!*

Surprise present dari Mummy & Ayah yer... jaga elok-elok tau.

Tak ingat dia layan lagu apa masa nih. Yang pasti, dia soh kiteorg yang nyanyi untuk dia. 

Apa-apa pun, Mummy happy sangat tengok cik Khaleesa happy. Mummy hanya bagi apa yang termampu je. Mana yang terkurang, Mummy akan cuba tambah lagi untuk cik Khaleesa. Mummy berdoa agar cik Khaleesa jadi anak yang solehah. Patuh pada Allah, keluarga... Jadi insan yang berguna. AMIN!

p/s: Thanx to teacher Nadia yang wassap semua gambar celebrate kat tadika. Juga a big THANK YOU pada kawan-kawan yang wish kat fb & blog.

Thursday, September 27, 2012

:: Cik Khaleesa baru 5 tahun...


Happy Birthday to my little cik Khaleesa... Officially you turned 5 darling. Tahun depan dah nak sekolah kan sayang. Mesti Mummy akan rindu keletah awak masa kecik. Owh! Am craving a baby now.he he he... Tapi awak tetap baby Mummy selamanya. Mummy marah ke mengamuk ke menangis ke....awak tetap datang 'cayang-cayang' Mummy. Alamak, airmata dah nak bergenang... Bila diingat balik, banyak btol susah senang kita bersama kan sayang. Nasib baik 'keluarkan' awak sangat mudah. he he he... Ikutkan hati ni, Mummy nak wish masa tu berlalu dengan lambat. Mummy belum sedia nak tengok awak besar. Bukan terasa tua, cuma Mummy nak selalu awak ada depan mata. Pernah gak encik abang tanya something perihal cik Khaleesa bila dia besar nanti & Mummy tak tahu nak jawab... Yang mampu Mummy jawab "Kalau dia berfikir susah senang saya jaga dia selama ni, tak mungkin dia akan buat camtu. Tapi andaikata itu pilihan dia, saya redha & tetap akan kecik hati". Sincerely it came from my heart...owh! ouch! 

Last year, nasib baik la  Cik Khaleesa 4 tahun sempat celebrate ngan dadi dia. Tahun ni celebrate ngan Mummy & ayah je ye... Mcm biasa Mummy akan hantar kek ke tadika cik Khaleesa. Lagi best celebrate ngan kawan-kawan kan. Mesti bingit dieorang nyanyi lagu 'Happy Birthday To You' kan. ha ha ha...

Sorry sayang, Mummy tak mampu nak bagi Ipad ke Tab ke hapa... ala, kalo mampu pun memang Mummy takkan bagi ye. Belum masa lagi awak nak explore sume tu sayang. Apa yang Mummy & ayah bagi cukup la untuk awak memanfaatkan dalam usia camni. Just enjoy your time & don't waste it to 'rubbish' things sayang. Owh! Mummy cik Khaleesa sangat oldish..hu hu hu...

Owh! I will miss the journey of your life sayang... sob! sob! sob!

Goodies untuk kawan-kawan cik Khaleesa kat tadika... Pening kepala Mummy, sambil bungkus dia dok makan gula-gula.he he he... bukan apa, takut tak cukup.

Terima kasih Ibu bagi hadiah...

p/s: 27/9/2012 at 10.04am... belum bagi hadiah lagi & Mummy half day sebab nak surprise kek utk cik Khaleesa.

Wednesday, September 26, 2012

:: Cincin nikah


Customade solemnization ring for my beloved is done. Syukur sangat... Alhamdulillah. InsyaAllah lagi sebulan siap la. Ingat nak gi tempah sama-sama tapi bila difikir balik, tak surprise la kan. So, Mummy tempah sorang-sorang. Dia cuma bagi cincin sample untuk ukur size. Mesti 'pakcik' tu berdebar-debar nak tengok kan kan kan... sila mengaku.hi hi hi... 

pic by google search.

Encik abang request batu bungkus sebab kuat sikit. Kalo ikat, possibility akan longgar. Kebanyakan kedai emas taknak amik tempahan kalau takde batu. Jangan ingat tempah suasa ni murah yer. Lagi la yang customade... Tak kisah la, yang penting dah setel semua.

p/s: Jangan harap la yer awak dapat tengok... sabar tau! he he he
Juz got a call that the customade ring "SUDAH SIAP" Yeay!

Tuesday, September 25, 2012

:: Enjoying the weekend...

Officially, skang weekend Mummy sentiasa sibuk. Tak sempat nak rehat sebab ada je hal nak buat. he he he... Memandang parents Mummy akan mengerjakan haji tahun ni, maka banyak perkara kena setel. So, dieorang balik nanti takde la kelam kabut sangat kan. Setiap kali Mummy balik kampung ingat nak rehat je tapi last minit mesti akan keluar ke bandar gak. Walaupun sibuk tapi syok gak dapat luang masa ngan family kan. Memang tak terasa penat shopping. ha ha ha...

Buah hati Mummy & Puan Chinta yang kadang-kadang taknak dengar kata. Sekali senyap, berlari sana sini. Marah sekali, behave la kejap.

"Not for Sale" ye. Mak Teh dengki cik Sara...he he he

Muka cik Sara yang kena dengki...sangat bersahaja sebab dia memang suka menda yang pelik-pelik.ha ha ha 

The next day, kami ke majlis kahwin kat Ayer Hitam. So, konpem shopping lagi la kan. Macam-macam ada kat Ayer Hitam, especially yang nak kahwin kan. Fuh!!

Some of my part for preparing wedding soon... Sesetengah ada balance barang dari adik Mummy yang lepas. Mana yang boleh guna tu, Mummy amik la. So, takdela membazir sangat kan. Melayang-layang duit kertas berkeping-keping.ha ha ha... Next prepare souvenir for my friends & relatives. jeng jeng jeng...

p/s: Dalam kepala ni memang dok mengira duit je la. ha ha ha... duit! duit! di mana kau duit!

:: Happy Birthday Fatin & Afdal...


Ok, dah besar anak-anak sedara kesayangan Mummy nih. Walaupun selalu tak dengar cakap (sama la ngan cik Khaleesa), Mummy tetap sayang yer.he he he...


Jangan nakal-nakal yer... Belajar pandai-pandai. Dengar cakap ayah & ibu tau.

p/s: Hadiah nanti Mummy bagi yer...

Friday, September 21, 2012

:: Movie #16 ~ Untuk Tiga Hari

Agak lama la juga Mummy tak layan filem melayu. Dah beberapa filem melayu yang Mummy terlepas tengok. Semalam, dengan penuh semangat Mummy menggagahkan diri ke TGV terdekat semata-mata nak layan filem baru Untuk Tiga Hari. Tengok trailer macam sangat best kan. he he he... Kali ni tengok berdua ngan cik Khaleesa sebab encik abang Mummy ke Kenyir Lake. Ikut trip memancing kat sana...hu hu hu


Barisan pelakon Untuk Tiga Hari memang terbaik ah... Yang Mummy tahu, filem ni diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah. Mummy tak pernah baca novel tu tapi filem nya agak menarik. So takde la high expectation sangat macam filem Ombak Rindu.

Sinopsis:
Bukan kisah cinta biasa & agak pelik bilamana sepasang kekasih Afin (Rashidi Ishak) & Ujie (Vanida Imran) yang terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga masing-masing & berjanji untuk berkahwin hanya 3 hari. 
Dalam masa tiga hari perkahwinan mereka, Ujie mula sedar yang itulah jodoh terbaik buat dirinya yang telah ditentukan oleh Allah swt.
Agak-agak dapat tak cinta Afin & Ujie bersatu?

Ulasan Mummy:
- Filem ni sangat sesuai untuk pada yang bakal-bakal berkahwin.
- Carilah lelaki yang berani buat keputusan sendiri & tegas pendirian. Tak macam Afin...pendirian tak tetap. Terlalu takut pada ibunya walaupun apa yang ibu dia lakukan tu perkara yang tak betul.
- Ayu Raudah sangat cantik............ he he he
- Banyak part yang kelakar... bising cinema ngan gelak ketawa orang. ha ha ha...
- The best part masa Afdlin brainwash Vanida & then he sing a song for Vanida... yea! i'm crying watching this part...truly!
- Untuk lelaki, even tak cinta pada isteri pilihan keluarga jangan la sesekali jatuhkan talak 3 terus. ermmm.... 
- Ending filem ni...hurmm....urghh...aiyo! sangat frust tapi mesej tu tetap sampai ok.


Rating: 3/5 bintang (gara-gara ending yang... urghhh!)

p/s: cik Khaleesa mkn 2 kotak hot minis...sedap katanya.he he he

Thursday, September 20, 2012

:: New BB cream

Yeay! My new BB cream dah sampai...

BB cream skin79

:: B2B #8 ~ Pelan lokasi majlis

Alhamdulillah... hasil tungkus-lumus & daya kreatif Mummy yang sangat tinggi, maka siap la pelan utk kad kahwin. Nak cut cost punya pasal, memang terpaksa la create map sendiri. Sebenarnya agak malas tapi disebabkan banyak masa free, Mummy siapkan la gak. Nak tempah kad, untuk artwork map je dah rm30 utk 1 map. So skang kami dah jimat rm60 (je...tupun nak berkira ke?). Ye....memang kami berkira. Maybe dari rm60 tu boleh dapatkan something kan kan kan...

Pelan lokasi majlis Mummy... simple je janji boleh baca kan. Nak bazir rm30, jemputan Mummy tak ramai. So apa salahnye Mummy gunakan masa yang ada untuk create map nih.

p/s: Tak sabar nak tengok map encik abang.he he he...

Wednesday, September 19, 2012

:: The poplook alike...

Selamat pagi!
Mood update blog kebelakangan ni memang agak ke laut skit tapi Mummy cuba gagahkan diri gak untuk update. Maklumla, mana nak edit gambar bagai. Nak kena letak cop mohor, mana tau kot ada orang salah guna gambar Mummy kan. 
Okla, biasa dengar website The Poplook? Memang cantik-cantik dress & blouse kat situ. Cuma Mummy fikir banyak kali nak beli atas sebab-sebab tertentu. Paling diambil kira, pasal size. Memang la ada bagi size tapi Mummy kurang yakin. Kedua, harga...memang free delivery tapi still lagi rugi. Sayang duit ooo...he he he. So, solution Mummy...buat sendiri. Pada Mummy lagi jimat sebab beli kain bape je kan? Upah pun standard la. 

Cth:
Harga sehelai blouse poplook = RM59 (paling murah & free delivery)
Kos buat sendiri = RM12 (Kain 1 meter stgh) + RM25 (upah) = RM37
So, dah jimat RM22... Lagi selesa sebab ukur kat badan sendiri & yang paling penting takkan ada pakai yang sama. he he he...

Hitam putih...actually kain tu abstract tapi tak bape nampak sebab cahaya lampu.

Hijau polkadot kecik-kecik...

Lepas ni Mummy bercadang nak buat dress plak. InsyaAllah ada masa, nak cari kain yang sesuai. Maybe chiffon with lining.

p/s: Thinking big polkadot for next blouse.

Tuesday, September 18, 2012

:: B2B #7 ~ Kursus kahwin...


Alhamdulillah, 1 important part of marriage is done. Lega sangat... Sapa cakap dah berpisah takyah gi kursus kahwin lagi? Sebenarnya kalau bercerai mati, tak perlu pergi kursus kahwin lagi. Mana yang bercerai hidup ni kena la pergi ye. Berpasir-pasir mata ni dok dengar ceramah slot-slot dalam kursus tu. Tak kisah la, yang paling penting... Mummy dah ada sijil kursus kahwin. Bagus sebenarnya pergi kursus kahwin ni. Input yang kita dapat tu memang sangat berguna. Dulu pergi masa muda, mana la nak 'input' sangat kan. Rasanya byk yang 'output'.he he he... 


Please ignore the chubby face beside... he he he

Kahwin ni bukanlah perkara senang. Suka nak kahwin tapi sebenarnya banyak perkara kena ambil kira. Kadang-kadang perkara kecik blh jadi isu besar. Semuanya kena buat dengan proper. Too much thing have to done in a few months (like me la). As Mummy yang ada bad experience ni, lagi la kena fikir banyak. Siapa yang nak kahwin banyak kali? Kita kena redha apa yang Allah yang aturkan. Mungkin Allah bagi pasangan yang salah supaya kita belajar dari kesilapan kemudian barulah Allah bagi pasangan yang betul. InsyaAllah... yang penting "belajar dari kesilapan lalu". Jangan terlalu banyak menuding jari mencari silap orang. Mummy pun rasa banyak kekurangan dari kesilapan lalu. Selagi ditegur dengan cara baik, insyaAllah akan diperbaiki perlahan-lahan. Mana ada manusia tak pernah buat silap? 

Kahwin bukan la mudah... kahwin banyak kali pun, prosedur tetap sama gak. Lagi la nak berpoligami kan. he he he... 

p/s: Sila la set kat kepala... kahwin bukan perkara mudah!

Wednesday, September 12, 2012

:: Open House Iskandarians 2012

Whoaa... rasanya macam baru je update pasal open house office Mummy. Dah setahun berlalu rupanya. Masa memang bergerak ngan pantas macam jet ok. he he he... Takde gmbar banyak sebab semua orang bz makan. Gambar yang ada pun amik masa dah nak balik. Tapi sedih takde artis yang dijemput. Bosan sikit la tapi nasib baik rasa bosan tu telah di cover oleh makanan yang super heaven. Paling best kat tekak Mummy nih, kambing panggang... *pengsan!* ha ha ha...

Sempat snap ngan cik seketeri CEO jap... Owh! pipi Mummy yang kembang sa-taman. hu hu hu

Ngan opismate...

Opismate lagi...

Sekian, tu jela gambar sepanjang open house iskandarians tahun 2012. Bosan kan... ha ha ha

:: Alhamdulillah...

Yeay! Alhamdulillah dah selesai submit semua document untuk daftar pra-sekolah cik Khaleesa tahun depan. Mummy ingatkan tak dapat sebab apply sangat last minit. he he he... Tapi Khamis lepas Mummy dapat surat pengesahan permohonan. Mummy jenguk la gak status online tapi takde update pape pun. Lega sangat cik Khaleesa dapat sebab nak bagi peluang rasa 'sekolah' kan. Sekolah pun dekat je ngan rumah Mummy. Kat kepala skang ni memang mcm-mcm fikir. Banyak perkara nak setel tahun depan. Kena organize dengan betul, kalau tak mesti kelam kabut. Dah dapat setel sikit-sikit pun dah rasa syukur sangat.

My little cik Khaleesa... tiba-tiba terasa tua.hu hu hu...

Semua document dah selamat dihantar sekolah cik Khaleesa...

p/s: tinggal tunggu sekolah hantar surat utk yuran plak...

Friday, September 7, 2012

:: "Moving"



We're "moving" to another stage... steps...
LoveHugKiss

:: Checklist...

Alhamdulillah, so many things will happen next year & Mummy have to make a checklist as a preparation. he he he... So far, everything going smooth. curious?? 

Yeah! Diz is the answer... My little cik Khaleesa got a seat at pre-school. Of course am 'terharu'. Cik Khaleesa dah sekolah... & its mean am getting old.hu hu hu... Bila Mummy bgtau, cik Khaleesa sangat happy. At least, dis is first step for her in future being an official student.

Another checklist... guess it? he he he...

p/s: Tak sangka anak dara Mummy dah besar!

Thursday, September 6, 2012

:: Masak-masak #10 : Kari Ikan Merah

Pertama kali dalam hidup ni Mummy masak kari ikan merah. Macam biasa, sumber resepi haruslah hasil dari google search. So far semua hasil google search adalah sama je. Rasa je lain-lain kot.he he he... Cuma Mummy ambil basic je la pastu sampai rumah edit-edit skit ikut version Mummy. Ikutkan nak buat kepala ikan tapi takde plak. Yang tinggal cuma part ekor & isi.

Bahan-bahan:
- 2 biji bawang besar, 3 biji bawang putih, 2 lada kecik (dikisar kering)
- Santan kotak.
- Asam jawa
- Halba campur
- 1 biji bawang besar, 2 biji bawang puting & 1 biji lada kecik (Mayam halus)
- Daun kari (4 tangkai)
- Terung/ bendi/ tomato
- 2 paket kari ikan
- 2 cawan air
- kayu manis campur
- Garam secukup rasa
- Minyak masak
- Ikan merah

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sampai matang
2. Tumis bahan yang dikisar kering.
3. Naik bau, terus masukkan bahan yang dimayam halus, daun kari, halba campur & kayu manis campur.
4. 1/3 dari santan kotak Mummy masukkan dalam mangkuk & campurkan 2 sudu air & 1 sudu asam jawa instant. Gaul sekali kemudian campurkan 1 stgh paket serbuk kari ikan. Gaul rata... (tujuan campur skali supaya ikan tak berbau & wangi).
5. Masukkan campuran kari & santan dalam tumisan... dan tumis sehingga pecah minyak dengan api yang kecik. (kena selalu kacau sebab takut hangus la plak).
6. Kemudian masukkan 2 cawan air, ikan & terung/bendi/tomato. (Mummy suka terung & tomato).
7. Mummy tutup kuali/periuk sehingga menggelegak. (Api yang kecik ye)
8. Masukkan 2/3 santan kotak & garam secukup rasa. Biarkan selama 10 minit...kalao suka pekat, lamakan skit dalam 15-20 minit.
9. PALING PENTING! agak-agak dah masak...sila lah panggil sapa-sapa utk rasa tahap kemasinan @ ketawaran kuah kari yer... he he he...

Sekian cara-cara orang yang pertama kali masak kari ikan merah... Selamat mencuba!

Monday, September 3, 2012

:: Movie #15 ~ The Expendables 2

2 minggu lepas tengok tapi baru berkesempatan nak update... Maklumla, orang sedang bersenang-lenang cuti raya...Mummy dah start kerja. Tapi biasala, opis mmg takde orang. So Mummy pun bersenang-lenang la gak. Nasib baik ada orang baik hati temankan Mummy. Lepas window shopping, kami tgk showtime movie. 

The Expendables 2
 Inilah movie yang ditunggu-tunggu en Sayang saya...

Bagi penggemar filem aksi, ini mungkin adalah pilihan yang terbaik. Tapi sila jangan mengharapkan hero yang hensem dalam expendables 2 ni yer sebab hero hensem sorang je. Tupun mati awal.ha ha ha... Walaupun semuanya barisan otai, expendables 2 ni tidakla mengecewakan sangat. Memang full of action. Membunuh memang takde teragak-agak punya. Tembak terus. Kalo ikutkan banyak plot yang tak bape nak logik tapi layankan je. Yang pasti movie ni enjoy laa... Muka serius tapi ada masa buat lawak. Memang menjadi la... yang paling penting, Mummy tak tido ye.ha ha ha...

Rating Mummy: 4/5 bintang

:: Salam Merdeka

Fuh! fuh!... Buang habuk jap. he he he...
Salam Merdeka!

Alhamdulillah... 55 tahun sudah kita 'bebas'. Takde sambutan apa-apa pun, juz tgk siaran langsung kat tv jek. Sepanjang cuti 31 Ogos, Mummy dok rumah je sebab makcik dari JB nak datang anak beranak. Mummy memang rapat ngan sepupu semua, lagipun umur kami lebih kurang. 

1 Sept baru la Mummy keluar ngan adik-adik pergi wedding opismate Mummy & open house kawan adik. Berpeluh-peluh la gak Mummy dok pusing-pusing cari rumah kawan. Setengah jam sesat...finally tanye orang. Sampai je, tgk dah takde orang...rupanya majlis abes awal.he he he... dia jemput tak ramai orang sebab ni 2nd wedding. Tapi yang bagusnya dapat la kami berborak kejap... Simple & cantik.

Happy for her happiness... Mummy doakan semoga dia berbahagia kekal dunia & akhirat.

Setel majlis kawan Mummy, bergegas plak ke open house kawan adik. Actually familiy kawan adik ni jiran family Mummy. Memang macam rumah sendiri la kami buat. he he he... ingat nak lepak lama lagi tapi cik Sara dah melalak kepanasan. Masuk je kereta, cik Sara trus senyap sebab dah dapat aircond. Sebelum balik, singgah jap ke pasaraya.. Mama Sara nak beli stock susu & diapers. Mummy dok kat kereta je sebab baby sit cik Sara.

Cik Sara yang tak reti dok senyap...Asik nak kita layan dia je. Otw balik, dia 'pengsan'.he he he...

2 Sept lak, dok umah je...rehat sampai tak tahu nak buat apa. Hari plak panas rentung.

p/s: Takziah kepada en Sayang diatas pemergian pak long awak. Al Fatihah...