Layan iklan

Thursday, September 18, 2014

:: Tak Ada Kerja Cari Kerja

Tajuk entri kemain kan... ok la daripada takde update kan. Maklumla, Mummy berazam nak rajin update blog walaupun tidak la sekerap dulu. Dapat masa terluang, InsyaAllah Mummy akan quick update new entry.

Cerita minggu lepas, Mummy ngan encik suami jalan-jalan survey kawasan. Boring duk rumah katanya. Takde yang menarik sangat. Biasa la keluar cari makan... Encik suami skang addicted Shihlin Taiwan Street Snacks. he he hee... Weekend shopping memang tak best sebab ramai sangat orang. Lagi la JB kan, weekend memang dibanjiri Singaporean. Setakat window shopping cuci-cuci mata ok la. Yes, Mummy prefer shopping weekdays especially Jumaat. Nak tengok wayang, takut Zahin not behave. Setakat ni memang mudah bawak Zahin pi jalan-jalan sebab masih breastfeeding. Bab makan pun dah tak risau sebab Mummy dah bagi makanan pejal untuk dia. Dah tak mau makan blended food, dia prefer nasi or bubur. Tapi make sure it's safe for baby. My officemate bising bagi process food kat baby. Since Zahin 6 months memang Mummy bagi pure puri home made. Cuma sejak ada gigi, Zahin dah tak pandang puri especially puri sayur. Walaupun bekerja, tu bukan alasan Mummy akan bagi processed or junk food untuk baby. Memang kena rajin hokkay.

Budak kena paksa selfie... Kakak takde, adik jadi mangsa. Naik kereta Mummy, terpaksa dok belakang sebab malas nak cabut car seat Zahin.

Kisah kelisa @ "che minah" ayah yang baru dapat rumah baru. Rumah lama dah sempit sebab "che minah" dah besar. Rumah lama kami letak "che Ali". Encik suami pun bangun pagi sengih je tengok "che minah". Sanggup bersengkang mata siapkan setting rumah baru "che minah". 

p/s: Tengok ikan ni sebenarnya terapi yang bagus.

Monday, September 15, 2014

:: Road Trip Honeymoon

Finally, Mummy & encik suami 'honeymoon'... Sangat........ he he hee...
Perancangan asal cuma teman encik suami cari barang tapi dah macam roadtrip pulak. Kali ni kami berdua je. Anak-anak tinggal kat rumah mentua. Bukan nak jalan-jalan sangat, cari barang. Kesian kat anak-anak kepanasan & kepenatan dalam kereta. 

Buat pertama kali Mummy menjejakkan kaki ke Kelantan. Macam jakun skit la. Walaupun kampung encik suami kat Kelantan, Mummy memang tak pernah diajak kesana. Sebabnya encik suami lahir, besar, sekolah, kerja & kahwin kat Johor. hi hi hi... InsyaAllah nanti nak bawak anak-anak bercuti ke Kelantan. Mummy suka sebab bandar yang bersih, makanan yang sedap & murah.Yes! another place which i recommended "Kelantan".

Memandang kami gerak siang maka kami sampai sana hampir Maghrib. Paling best booking hotel masa otw ke sana. Alhamdulillah senang je nak cari hotel hasil bantuan "Google map". Taknak guna waze sebab bad experience masa gi KL (KL je pun..). 1 word yang keluar dari mulut Mummy sampai ke Kelantan "macam kat mekah".  Signage kedai wajib ada tulisan jawi... Tengok betapa jakunnye Mummy.

Seawal pagi kami dah check out sebab nak mencari Pasar Mundok. Katanya pasar ni seberang Sungai Golok. Barang-barang memang murah gila. Memandangkan tak pernah pergi maka sesat la gak. Tapi akhirnya sampai la juga. Nak ke Pasar Mundok ni tak payah guna passport pun. Kira kami ni "pendatang haram" gitu. Naik bot RM2 pergi balik. Tak perlu risau sebab ada askar yang jaga kat sekitar perairan situ. Barang-barang terkawal memang tak boleh beli la contohnya beras. Setakat nak sekilo dua lepas la. Beli borong pun kena tahan gak tapi boleh je mintak tolong orang sana bawakkan. Mummy memang tak pandai ckp sana, maka encik suami soh Mummy kunci mulut. Encik suami yang deal harga sebab kalo orang asing memang dieorang pancung harga. Barang harian memang murah gila la... Mummy beli toto rm29 je. Narita kat sana rm37, kalo kat JB dah beratus kot. Mak mentua siap kirim asam keping. 3 cupak tros Mummy beli, buat stok. hi hi hi... Tudung manik tepi, Mummy dapat rm12 sehelai. Kalo kat Pengkalan Kubor dah rm30. Bantal kekabu 3 biji rm10. Cuma jangan la mengharapkan Mundok tu pusat borong. Sebenarnya lebih kurang pekan kecil je.

Siap shopping, barang yang encik suami cari takde... Last minute decision, kami turun KL. Huh! gila penat tapi dah alang-alang rasa penat baik kami penat tros. Target nak terus ke KL, tapi masuk Raub kami dah flat, maka tidur la semalam. Macam orang baru kahwin kan...so gediks kan.

Finally, apa yang dicari jumpa kat KL. Shopping macam xde anak kan. hi hi hi...

Sebenarnya trip tanpa anak adalah waktu terseksa kami. Rindu sangat-sangat... Rasa pelik bila tak pegang baby. Rasa pelik bila pandang belakang kakak takde baring. Rindu nak dengar suara dieorang. 

Ok, layan la gambar gediks kami ni...




p/s: Selamat membayar saman kepada encik suami.... sekian

Friday, September 12, 2014

:: Time flies...

Pejam celik pejam celik... Anak-anak dah membesar dengan cepatnya. Especially si Zahin yang semakin lasak. Dah ada 2 batang gigi, dah mula makan bubur. Kadang-kadang suap dia, si kakak pun dok nganga mulut gak. hi hi hi... anak-anak, memasing mintak perhatian. Perkembangan baru Zahin, dah ada aksi panjat memanjat. Sedang berusaha untuk berdiri tapi masih belum pandai imbang badan. Sangat suka coklat tapi Mummy serik bagi coklat sebab aktif lain macam. hu hu hu...

Ayah selalu cakap, Zahin anak Mummy... sebabnya..................... pantang Mummy hilang depan mata konpem melalak dok mencari emaknya. Sampai ke dapur dia mencari. Nak tido malam pun kena ada Mummy tapi nak main mesti cari ayah. Kalo weekend seharian dok rumah, mula la dia cari pasal mengamuk bagai.. Maka terpaksa la Mummy & ayah bersiap bawak anak-anak makan angin kejap. Janji dapat keluar rumah, gi shopping complex or makan-makan kat luar terus dia senyap. Behave je...he he hee...

Lain anak makan lain la peelnya.... Si kakak memang Mummy puji la bab menjaga adik. Kadang-kadang Mummy sibuk memasak soh la kakak jaga adik. Tau-tau je senyap kat depan. Rupanya si kakak dah tidokan si adik. Si kakak agah skit, beriya adiknya ketawa.



Bila dah lasak, badan makin kurus...