Layan iklan

Tuesday, March 11, 2014

:: Seperti sediakala

Alhamdulillah... Mummy dah selamat menempuh pantang 44 hari & 60 hari bercuti. 10 Mac 2014 secara rasmi Mummy dah naik kerja. Mata masih menenung emails & documents yang melambak.hu hu hu... Kakak khaleesa & baby zahin pun dah mula duduk dengan babysitter. Agak kelam kabut la gak, macam 1st day school. Tapi Mummy percaya, tak lama nanti Mummy dapat biasakan diri. Maklum la dah lama takde anak kecik, rasa kekok sikit. Ada la beberapa rutin yang berubah.

Encik suami juga adalah insan yang paling banyak membantu Mummy dalam uruskan anak-anak seharian. Penat tapi bahagia gitu. he he he... Baby zahin pun masih BF & Mummy bersyukur dikurniakan susu yang banyak. Ramai yang tanye Mummy makan & ambil supplement apa. Terus-terang, Mummy takde ambil apa-apa suppliment. Mummy bertuah tergolong dalam golongan banyak susu. Cuma masalah terbesar skang ni zahin tak mau puting botol. Bukan tak ajar masa cuti, dia hanya minum sikit je. Puting original lagi best...he he he... masuk kerja, terus Mummy google search the best bottle for fully breastfeeding baby. Tanya-tanya gak kawan-kawan. Mummy akan cuba dan jaya. Sian kat zahin asik kembung jer.

Kakak khaleesa pun dah dapat biasakan diri ngan sekolah. Mula-mula agak risau sebab kakak takde transit. Balik sekolah rendah dia akan terus ke sekolah agama. Dari sekolah agama, dia akan balik rumah babysitter. Paling kesian waktu hujung minggu kami. Cuti negeri johor kan jumaat sabtu, kami mak pak lak cuti sabtu ahad. So masa nak jimba-jimba agak limited. Tapi kami tetap enjoy weekend & kena la tunggu kakak balik sekolah. Lagi 2 minggu nak cuti sekolah, so skang dia hari-hari dok belek kalendar. Menghitung hari nak ke Gambang waterpark. Disebabkan cuti sekolah hujung tahun lepas takde kemana sebab Mummy due, so cuti sekolah bulan 3 ni kira ganti la. Alhamdulillah rezki 2014 agak baik... syukur sangat-sangat.



Zahin turned 2 months and 6kg already... ayahnya ckp "anak Mummy". Memang manja banyak ngan Mummy. Melekat jer..hi hi hi...


Aktiviti kakak khaleesa bila balik sekolah. Pandai jaga adik bila Mummy buat kerja rumah & memasak tapi kakak cepat bosan gak. Pandai plak zahin senyap bila ngan kakaknye... Kakak makin gelap & kurus sejak sekolah ni.





Our weekend activities... kakak & adik bosan dok rumah jer. he he hee...

p/s: Nothing much to say "Mummy bahagia"

Wednesday, February 19, 2014

:: Mummy kembali!

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Fuh! lama sungguh Mummy tak jenguk-jenguk blog. Bersawang bagai...he he he... Last update pun November 2013. Ada ke yang rindu & tunggu update dari Mummy. Wah! perasan hokkay.ha ha ha...
 
Alhamdulillah, Mummy masih diberi peluang update blog malam ni. Mood ter 'rajin'. Ok la, untuk pengetahuan semua... Mummy dah selamat delivered adorable 2.85kg baby boy pada 8 Jan 2014 jam 3.56 ptg & normal deliver. Dah macam retis gitu siap announce kan. Semuanya selamat dan takde sebarang komplikasi. Mummy & baby sihat walafiat.
 
Pengalaman bersalin?? 7 tahun jarak kakak & adik, agak ngeri la bagi Mummy. Walaupun masa bersalin kakak dulu agak mudah, orang cakap lain anak lain rasanya. Bayangkan masuk 35 minggu darah asik naik je. Nurse tanye "akak takut ke?". Gila dik tak takut...7 tahun jarak. Dah lupa semuanya.ha ha ha... Ok, bersalin kali ni Mummy & en suami dah decide nak keluarkan baby bila kandungan masuk 38 minggu. Tapi bukan la suka-suki je ye... mende camni kena la diskas ngan doctor tentang baik buruk. Kena tengok condition baby sesuai atau tak. Alhamdulillah, perkembangan baby semuanya stabil & minggu ke 38, Mummy induce. Ramai yang takut dengar 'induce' tapi Mummy yakin boleh je.ha ha ha... 7 Jan, lebih kurang 10.30mlm, doctor dah masuk ubat... esok paginye Mummy dah masuk labor room. Agak ngeri la gak... berdebar gila! Masa kakaknye masuk labor room kul 8 pagi, kul 6.30 ptg baru bersalin. Kali ni masuk labor room kul 10.30 pagi, kul 3 lbh dah selamat... Sepanjang menunggu, sakit & baby keluar, en suami sentiasa ada kat sebelah. Malam bersengkang mata teman isteri kesayangannya ni. kan kan kan...ha ha ha...
 
 
Introducing Nik Syamil Zahin.
 
 
Kakak khaleesa yang selalu request nak angkat adiknya. Dia ingat zahin dah cukup kuat kot leh angkat-angkat. he he he...
 
 
 
 
Zahin the latest...sebulan dah 4.4kg...skang rasanye dah lebih 5kg. Kami panggil dia budak domok.
 
 
Mummy the latest...hi hi hi... berselfie ngan anak-anak. Mummy masih lagi maintain ngan chubbynye.he he he...
 
Mummy dah letih, mengantuk...esok pagi nak entertain kakak gi sekolah. Maklum la, Johor skang cuti Jumaat Sabtu. 100% rutin harian dah berubah skang. Office Mummy maintain cuti Sabtu Ahad. So sila bayangkan betapa kelam kabutnye Mummy. InsyaAllah, nanti Mummy sambung lagi cerita new life 2014.


Thursday, November 14, 2013

:: Konvokesyen Cik Khaleesa

Wah! Update facebook bulan ni semua pasal Konvo anak-anak... So Mummy pun nak update gak. maklumla, tahun depan kakak Khaleesa dah masuk Tahun 1. Nak bersalin nervous, anak nak masuk sekolah pun nervous gak. he he hee...

Kalau ikutkan Mummy tak dapat nak pergi sebab dah apply cuti untuk bawak kakak Khaleesa jalan-jalan cuti sekolah. Tapi cikgu dia pujuk untuk datang juga sebab kakak Khaleesa dapat anugerah khas. Kebetulan Mummy demam so gagahkan diri juga pegi konvo dia.

Seawal 6.15 pagi Mummy hantar dia ke sekolah sebab student semua kena pergi ngan cikgu. Berpasir mata ni subuh dah keluar rumah. Nasib baik program mula jam 8.30 pagi. Tapi Mummy masuk lambat sebab 3 kali pusing cari parking. hu hu hu...



Alhamdulillah kakak Khaleesa dapat anugerah khas. Terus terang Mummy katakan dia bukanlah seorang genius. Masuk pra sekolah umur 6 tahun tanpa tahu apa-apa. Padahal sebelum masuk pra sekolah, Mummy hantar tadika swasta. Langsung takde kemajuan... Mula sedar bila dia tak boleh baca suku kata. Serius Mummy sangat risau. Mak ayah mana tak sayang dan risaukan anak kan. Mummy & ayahnya bertungkus lumus ajar dia sampai tengah malam. Dia menangis pun kami buat pekak je. Mummy selalu follow up dengan cikgu dia & tanya perkembangan dia kat sekolah. Alhamdulillah, tengok report pertengahan tahun dia ada perubahan. Walaupun dia masuk kelas ke 2, dalam kelas dia masih ada beberapa budak yang dah 2 tahun kat pra sekolah. Lega Khaleesa dapat mengatasi dieorang. Anugerah khas tu merangkumi akademik, tulisan cantik & homework.





Semoga kakak Khaleesa jadi anak yang bijak... dapat jadi contoh untuk adik-adik.
AMIN!