Layan iklan

Tuesday, March 11, 2014

:: Seperti sediakala

Alhamdulillah... Mummy dah selamat menempuh pantang 44 hari & 60 hari bercuti. 10 Mac 2014 secara rasmi Mummy dah naik kerja. Mata masih menenung emails & documents yang melambak.hu hu hu... Kakak khaleesa & baby zahin pun dah mula duduk dengan babysitter. Agak kelam kabut la gak, macam 1st day school. Tapi Mummy percaya, tak lama nanti Mummy dapat biasakan diri. Maklum la dah lama takde anak kecik, rasa kekok sikit. Ada la beberapa rutin yang berubah.

Encik suami juga adalah insan yang paling banyak membantu Mummy dalam uruskan anak-anak seharian. Penat tapi bahagia gitu. he he he... Baby zahin pun masih BF & Mummy bersyukur dikurniakan susu yang banyak. Ramai yang tanye Mummy makan & ambil supplement apa. Terus-terang, Mummy takde ambil apa-apa suppliment. Mummy bertuah tergolong dalam golongan banyak susu. Cuma masalah terbesar skang ni zahin tak mau puting botol. Bukan tak ajar masa cuti, dia hanya minum sikit je. Puting original lagi best...he he he... masuk kerja, terus Mummy google search the best bottle for fully breastfeeding baby. Tanya-tanya gak kawan-kawan. Mummy akan cuba dan jaya. Sian kat zahin asik kembung jer.

Kakak khaleesa pun dah dapat biasakan diri ngan sekolah. Mula-mula agak risau sebab kakak takde transit. Balik sekolah rendah dia akan terus ke sekolah agama. Dari sekolah agama, dia akan balik rumah babysitter. Paling kesian waktu hujung minggu kami. Cuti negeri johor kan jumaat sabtu, kami mak pak lak cuti sabtu ahad. So masa nak jimba-jimba agak limited. Tapi kami tetap enjoy weekend & kena la tunggu kakak balik sekolah. Lagi 2 minggu nak cuti sekolah, so skang dia hari-hari dok belek kalendar. Menghitung hari nak ke Gambang waterpark. Disebabkan cuti sekolah hujung tahun lepas takde kemana sebab Mummy due, so cuti sekolah bulan 3 ni kira ganti la. Alhamdulillah rezki 2014 agak baik... syukur sangat-sangat.



Zahin turned 2 months and 6kg already... ayahnya ckp "anak Mummy". Memang manja banyak ngan Mummy. Melekat jer..hi hi hi...


Aktiviti kakak khaleesa bila balik sekolah. Pandai jaga adik bila Mummy buat kerja rumah & memasak tapi kakak cepat bosan gak. Pandai plak zahin senyap bila ngan kakaknye... Kakak makin gelap & kurus sejak sekolah ni.





Our weekend activities... kakak & adik bosan dok rumah jer. he he hee...

p/s: Nothing much to say "Mummy bahagia"

1 comment:

  1. suka baca nota p/s mummy tuh.. saya tumpang happy baca n3 mummy nih..:)

    ReplyDelete