Memetik dari karya Zaid Mohamad, Mummy tertarik dengan tajuk "Cegah "Buat Perangai" (Tantrum) Sebelum Anak-anak Jadi Ultramanja (Spoilt)". Pasti ramai ibubapa yang menghadapi masalah yang sama kan. Di sini Mummy berkongsi sedikit dari penulisan Zaid Mohamad.
'Buat perangai', 'mengada-ngada' dan 'menjerit atau menagis tidak tentu pasal' adalah perkara paling menakutkan ramai ibu bapa. Ia biasanya berlaku di tempat awam di saat-saat anda paling tidak bersedia.
Bayangkan anda dengan gembiranya bersantai sambil berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah. Tiba-tiba anak anda ternampak sebuah kedai gula-gula berwarna-warni dan mukanya mula tersenyum ria sambil melompat-lompat menarik tangan anda ke sana. Tetapi anda tahu tidak mungkin anda akan membelinya kerana ia terlalu manis dan juga terlalu mahal untuk kanak-kanak berumur 2 tahun. Anda juga tak mahu ini jadi satu perangkap di masa depan- nampak sesuatu yang dia hendak, menangis berguling-guling, ibu bapa belikan, anak gembira, ibu bapa tertekan dan terpinga-pinga mengawal keadaan.
Sudah tentu anda tidak mahu keadaan ini berlaku. Jadi apakah langkah yang boleh anda ambil seawal mungkin untuk mencantas segala potensi anak anda "buat perangai"?
Sebenarnya KITA BOLEH! Seorang kanak-kanak yang buat perangai biasanya sedang cuba menggunakan kuasanya terhadap anda. Dia tahu bahawa jika dia menangis sepanjang masa ataupun menjerit sekuat mungkin, ibu bapanya akan mengalah juga. Mula-mula dia akan cuba secara perlahan-lahan. Setelah dia merasai sedikit kejayaan, dia akan merancang sebuah 'projek buat perangai' lebih besar lagi. Bersedialah anda dan selamat maju jaya!
Oleh sebab itu, kita perlu menang 'peperangan' ini sebelum ia bermula. Caranya senang sahaja- kita perlu mengawalnya semasa mereka masih bayi lagi.
Jangan sesekali mengalah dengan tangisan mengada-ngada mereka kerana inilah akar umbi punca anak-anak menjadi 'ultramanja' (spoilt). Jika kita bijak menanganinya, kita akan dirahmati dengan hari-hari yang tenang tanpa bermacam ragam dan drama untuk bertahun-tahun akan datang.
Ini sekadar perkongsian... Mummy bukanlah pakar kanak-kanak yang boleh baca pemikiran mereka. Tapi sebagai seorang ibu, ini adalah salah satu masalah yang menghimpit Mummy & Encik Suami. Mummy pernah praktikkan pada Khaleesa sebelum ini dan Mummy menang dalam 'peperangan' ini. he he hee... Mummy lebih selesa bersikap tidak ambil kisah pada permintaan yang remeh dari dia. 'Buat perangai' ni sebenarnya ibarat penyakit kronik sebab tidak boleh sembuh dalam sekelip mata. Ianya makan masa bertahun-tahun untuk pulih. Terus-terang Mummy katakan penyakit 'Buat Perangai' Khaleesa ni masih bersisa. Kadang-kadang memang rasa kurang sabar dan Mummy & Encik Suami memang mengelakkan dari hukuman fizikal. Caranya kami lebih selesa pada hukuman secara mental. Kami biar Khaleesa rasa bersalah dan ambil pengajaran. Kadang-kadang Mummy akan cuba cara 'merajuk' & 'buat muka sedih'. Malah Mummy & Encik Suami juga suka dengan cara 'unexpected appreciation', contohnya rancang percutian panjang atau singkat tanpa pengetahuan dia. Kira macam surprise reward la untuk anak-anak. Secara tak langsung anak-anak akan sentiasa berfikir "bila kita dengar nasihat mami & ayah maka akan dapat ganjaran best". ha ha haa... tapi ikut pada kemampuan mami & ayah ye duhai anak.
Kesimpulan: Beri keperluan bukan keinginan...
Sekarang, kami kena menghadapi si kecik Zahin. Kali ni Mummy bagi peluang kepada Encik Suami untuk mengawal anak bujangnya sebab mereka berdua ibarat 'kembar'. he he heee... Semoga kami berjaya mengawal Zahin yang super duper lain macam sikit ni.
InsyaAllah, Amin
p/s: Paling pasti KAMI bukanlah ibubapa yang sempurna.
p/s: Paling pasti KAMI bukanlah ibubapa yang sempurna.
No comments:
Post a Comment