Masuk tahun baru, news feed facebook penuh pasal anak-anak masuk sekolah. Ramai mak pak yang super duper excited bila anak masuk sekolah tak kira la tadika atau sekolah rendah. Rasa excited tu Mummy dah rasa 3 tahun lepas. he he hee... Alhamdulillah Khaleesa sudah masuk darjah 2 sekarang.
Semalam masa hantar dia ke sekolah, nampak la budak-budak pra sekolah jalan sambil dipimpin ibu masing-masing. Terus Mummy cakap kat Khaleesa "Dulu mami antar kakak pra, kakak kecik je lagi". Sebak rasanya... Rasa taknak anak-anak membesar terlalu cepat. Sekelip mata kakak dah 8 tahun.
Zahin plak dah menginjak setahun. Mummy tak terkejar dengan MASA sekarang. Terlalu cepat... sangat! Paling terasa bila semua seluar jeans kakak dah tak muat. Mummy tahu kakak memang dah kuat makan sekarang. he he hee... Betapa tak sedar Mummy yang anak-anak semakin cepat membesar.
Zahin plak dah menginjak setahun. Mummy tak terkejar dengan MASA sekarang. Terlalu cepat... sangat! Paling terasa bila semua seluar jeans kakak dah tak muat. Mummy tahu kakak memang dah kuat makan sekarang. he he hee... Betapa tak sedar Mummy yang anak-anak semakin cepat membesar.
Mummy baru sempat snap pic kakak last week. he he hee... makin besar maka makin banyak la yang dia cerewetkan. Tudung pun sekarang nak yang 2 lapis.
Masuk minggu ketiga 2015, si adik pulak buat hal. Kesihatan tidak mengizinkan. Selalu demam malam. Orang tua cakap demam nak beralih tahun pastu nak meringankan badan. Maklum la Zahin baru nak belajar berjalan kan.
Budak sakit sedang main kemas-kemas... Mummy sakit badan tido hospital... demi anak punya pasal, tak apa la. Janji Zahin sihat walafiat. Kena masuk air sebab dia taknak susu & muntah-muntah. Mula-mula lembik je, takde mood sangat. Tapi bila dah sihat sikit, Mummy dah tak boleh control. Terpaksa menunggu ayah dengan sabar sebab badan Mummy dah tak larat. hi hi hii...
Muka budak sihat beberapa jam selepas discharged hospital. he he heee...
Sekian...
No comments:
Post a Comment