Setelah bertahun-tahun Mummy tidak melabur membeli novel.... akhirnya gara-gara drama bersiri terbaru TV3, Mummy kembali terjebak. hu hu huu...
Novel pilihan, "Asam Pedas Untuk Dia". Kenapa beriya Mummy beli??? Sebab baru dapat tengok episod 10 & 11. So tak tahu la kan cerita awal-awal. Bila dah baca novel, dapat la sikit bayangan drama adaptasi tu. kih kih kih... Jalan cerita menarik & Mummy suka gandingan Syukri Yahaya (Ziyad) & Dayana Roza (Ainin). Dua-dua comel jek... he he heee... fefeeling kejap baca novel.
SINOPSIS NOVEL "ASAM PEDAS UNTUK DIA" (copy paste ye...)
"Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.
Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri.
Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.
Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya "
Ingatkan dah habis baca novel dah malas nak tengok drama bersiri tu tapi hati meruntun nak tengok gak sampai abes. Baca pun dah gelak sengih sorang-sorang kan... nikan plak drama kat tv. Paling best cerita tak mengganggu rutin harian Mummy sebab ditayangkan setiap hari Sabtu & Ahad jam 7 ptg di TV3. Tapi takut tak sempat tengok, Mummy akan rakam awal-awal. So bila-bila boleh tengok. Paling best Mummy dah tahu endingnya... Ramai yang update geram dengan Ziyad yang ego sangat tapi bila dah baca sampai habis, sebenarnya si Ainin tu ego lagi tinggi.
Ok, tak mau cerita panjang... sila la tonton sendiri ye. he he heee...