Layan iklan

Thursday, March 13, 2014

:: Fully breastfeed

Alhamdulillah sepanjang pantang 60 hari, baby zahin memang susu badan sepenuhnya. Hajat dihati memang nak bagi sepenuhnya secara exclusive. Mummy memang buat stok untuk hantar ke rumah babysitter tapi dalam masa yang sama Mummy letak gak susu formula. Cuma masalah terbesar Mummy bila zahin tak mahu teats lain selain Mummy punya. he he he... as experienced, masa kakak khaleesa pun sama gak tapi masa tu taska ngan tempat kerja dalam 3 - 5 minit je. So memang Mummy berulang la susukan dia. Sekarang ni plak, rumah babysitter ngan office Mummy agak jauh la gak. Agak payah la Mummy nak berulang tapi nak ke taknak Mummy tetap berulang. 

Sebelum ni Mummy dah beli botol mimijumi konon sebagai persediaan untuk zahin practice. Malangnya zahin taknak walaupun teats mimijumi look a like teats original. Maybe air susu keluar laju & baby tak dapat control sendiri. 
Botol memang cantik & harga pun lagi la cantik... he he he tapi sayang zahin tak nak.

Setelah puas tanya kawan-kawan & google search, Mummy pilih botol pigeon plak. Harga pun boleh tahan tapi tengok review para ibu yang ada masalah macam Mummy, semuanya amat berpuas hati. Memang Mummy nekad beli botol pigeon tu selepas 10kali berfikir. ha ha ha...



Ini la botolnya PIGEON PERISTALTIC PLUS BOTTLE (BPA free)... ada banyak jenis tapi ini yang terbaik (hasil risikan).he he hee.. harga rm55 together teats 0 months

Bila dah beli, maka hati ni memang tak sabar nak sumbat ke mulut zahin. Kalau ikutkan hati nak beli teats yang 0 - 3 months tapi takut membazir plak. So, Mummy guna je teats yang sedia ada. Sampai je rumah, Mummy keluarkan stok susu. Lepas cairkan, terus masuk botol. Agak risau sebab 5 auns tu takut tak abes. Biasa zahin akan hisap tak sampai 2 auns pun. Sekali Mummy sumbat, terus dia hisap macam biasa sampai HABIS. Masa tu, hilang sakit kepala Mummy. Lega sebab dah jumpa botol terbaik.

REVIEW: Teats pigeon sangat lembut dah hampir menyerupai teats original. Susu juga tak meleleh bila diterbalikkan. Terbaik adalah bila teats tidak dihisap, susu takkan keluar. Tips Mummy pemilihan teats, baby berumur 1 - 3 bulan yang bf sepenuhnya, better guna teats 0months. Sebabnya baby tidak suka aliran yang laju. Mummy biasa akan pam dulu sebelum direct feed sebab zahin sangat marah kalau susu laju. Dia suka santai-santai gitu.he he he...


Zahin minum dengan selera. 2 3  hari ni zahin terpaksa campur minum susu formula sebab tinggal dengan mak mentua. Babysitter issue...hu hu hu...

Muka budak kekenyangan...hik hik hik... terlebih kasih sayang gitu.

4 comments:

  1. hari tu saya tgk botol mimijumi tu dkt one bb world..sy tgk harga dia rm80 lbh, sy pikir knp mahal sgt ari akak beli murah..lps tu baru la sy ingt yg akak punya botol kecik RM 80 lbh tu yg besar huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee...akak beli rm60. puting agak keras, mmg baby tolak.huhuu

      Delete
  2. lega rasa hati kalo bb dh mula terima botol kan~
    senang lah sket hati nak keje..:)

    ReplyDelete