Ini cerita seminggu selepas family day Mummy.
Alhamdulillah, adik yang paling kecik a.k.a bongsu telah selamat mengikat pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya. cewah! ayat kan... hi hi hi
Si adik yang officially dah jadi tunangan orang. Anak-anak sedara ingat Mokcu depa ni kahwin. Siap berebut nak makan beradab dok sebelah. Adeh!!!
Ikut urutan dari baju merah... eh eh... dari baju biru (Paling pendek ke???) Lengkap 6 orang adik beradik Mummy.
InsyaAllah ini adalah majlis terakhir dalam keluarga Mummy. Lepas ni mak ayah tunggu cucu menantu pulak. Nampak macam berangan tapi kenyataannya anak-anak semakin membesar. Hakikat, kita semakin tua. Majlis kali ni masih lagi dalam suasana yang serba ringkas. Takde la kami dok uar-uarkan sebab baru dalam alam pertunangan kan. Tak elok terlalu dihebahkan. Kadang-kadang manusia sekeliling pemikirannya agak terpesong. Kita niat lain tapi disalahertikan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan hanya dihadiri ahli keluarga saja. Family Mummy cukup la setakat kami adik beradik. Itupun dah riuh rendah dengan budak-budak. Jamuan makan pun, mak masak sendiri. Senang tak payah fikir kan... Lauk kampung je la paling menyelerakan bila musim hujan ni kan.
Jika panjang jodoh, InsyaAllah majlis hujung tahun depan selepas Aidiladha. Ikut perancangan konon nak buat awal tetapi memandangkan adik ipar Mummy masih di Lubnan, maka kami nak tunggu dia. Baru seronok semua ada kan.
Anak dara yang sorang ni siap request snapkan gambar dia. Perasan dah abes cantik kononnya. hi hi hi... Tahun depan dah 8 tahun tapi tinggi hampir paras bahu Mummy. Lagi 2 tahun orang ingat adik plak. kihkihkih....
Belanja gambar encik suami & zahin. Malas nak tukar baju hero Mummy sebab kejenya makan je. Abis baju kotor. Selesai majlis, siap mandikan wangi-wangi.