Layan iklan

Wednesday, October 8, 2014

:: Aidiladha Kami

Salam Aidiladha...
Walaupun lambat tapi masih boleh terima kan. he he hee... Tahun ni balik mana? Mummy sekeluarga takde balik kemana tapi kami menuju ke Kuala Terengganu. Ramai yang ingat balik kampung tapi sebenarnya kami hantar kawan encik suami yang bernikah kat sana. Kali ni kami anak-beranak pergi. 2 hari 1 malam je tapi persiapan macam pergi 4 5 hari. Encik suami ada berbunyi 'jangan bawak sangat sayang'. Biasa la orang lelaki mana nak fikir kalau ada EMERGENCY kan. Lagi la bila melibatkan anak-anak. Untung ada Pengurus macam Mummy nih... in order gittew. Perancangan memang sentiasa lebih sehari. ha ha haa... Bab mengemas/ packing memang encik suami serah 100% kepada Mummy. 

Ini adalah pertama kali kami beraya di perantauan ok. Kedai makan di Terengganu memang kebanyakkan tutup. Nasib baik tempat berteduh, makan minum ditanggung sepenuhnya. Sempat lagi beraya rumah kawan encik suami. 1 kelainan beraya di tempat orang... dapat rasa gulai Terengganu. 

Ceria bagai kan masa nak bertolak ke Terengganu. Si kecik tu tak reti senyap. hu hu hu...

Kami... simple-simple jek. Takde baju raya sebab lepas majlis nikah, kami gegas balik JB.

Zahin 9 bulan... terasa macam dah besar sangat gituh. Habis dia tawaf dalam masjid tu. Terjerit-jerit tengok budak-budak main lari-lari.

Selamat pengantin baru Abg Ayub & Mimi... 


p/s: Kumpul duit sebab setiap bulan banyak gi holiday! 




1 comment:

  1. Dah besar dah anak teruna Mummy.. hensem sangat~

    ReplyDelete