Tak tahu mana nak mula... Mummy pernah janji nak cerita kan macam mana kenal encik suami kan. Risau bila cerita nanti akan ada salah faham. he he hee... Pertama kali jumpa encik suami 26 Oct 2010 & am still a wifey to my ex-hub. Masa tu Mummy schedule interview untuk encik suami as M&E site engineer. Tengok resume 'ensem'..ha ha haa... Sekali jumpa, agak berlagak la muka. Senyum pun taknak tapi masa tu Mummy takleh la nak menggatal kan. Nama pun isteri orang kan (ye! saya isteri yang sangat setia). Kat situ la pucuk pangkal bermula kenal dia tapi dia tak ingat kita pun. huh! Sepanjang 2 tahun dia kat site (before my divorce), rasanya 2 kali je jumpa. Masa interview & serah laptop. Dia cakap de gak nampak Mummy masa berbuka puasa treat tapi mana la Mummy nak perasan. Lagipun masa tu bukan single & Mummy kena jaga batasan sebagai seorang isteri.
2012... 2-3 minggu sebelum Mummy menunaikan umrah, Mummy jumpa dia untuk kali ke-3. Dia datang office sebab nak hantar kunci kereta site. Agak pelik sebab dia tak serajin tu & biasa orang lain hantar. Walaupun dah officially single, Mummy tak pernah rasa apa-apa pun masa tu sebab semuanya kerana kerja kan. Lagipun Mummy takde target nak cari pengganti. 2-3 hari pastu officemate Mummy cakap ada orang suruh add FB.ha ha haa... Takkan nak terus add kan. Kenala jual mahal sikit. Akhirnya, Mummy add gak tapi tak pernah komen & text dia pun. Tiba-tiba dengar dia jatuh motor...akhirnya Mummy text dia kat wall. Berani tak saya?? Owh! takde niat apa-apa pun memang ikhlas nak tanye condition dia. Masa tu Mummy ingat dia ada gf, so taknak la kacau sangat. Sedar diri ok, takkan orang bujang nak pandang Miss J cam Mummy kan (jangan marah ye sayang! ampun...he he he)
1st sms dari dia 14 Feb 2012, sehari sebelum Mummy berangkat ke Madinah. Unexpected dia text & wishie Mummy. Starting on that date, kiteorang memang keep on messaging (tapi skang dah kurang...he he he). Even Mummy kat kota Mekah & Madinah, kami active chatting (masa tu total charge roaming rm2k!!!). Dia bukan 'sweet talker' tapi dia mampu buat Mummy ketawa. Tapi Mummy masih anggap dia kawan. Masa umrah tu memang Mummy doa sangat semoga Allah bagi jodoh yang terbaik sekiranya jodoh tu masih ada. Umrah 2005, Mummy tak dapat nak daki Jabbal Rahmah... Tapi umrah 2012, Mummy bawa cik khaleesa daki Jabbal Rahmah mohon Allah bagi jodoh yang terbaik supaya boleh jaga kami berdua.
Seminggu lepas balik umrah, kami jumpa. 1st date for us la walaupun tak declare apa-apa. 1st met, cik khaleesa dah mesra dengan dia. Banyak persoalan yang Mummy tanya dan dia memberi jawapan yang mampu meyakinkan Mummy. Soalan apa biarlah rahsia...takkan semua nak cerita kan. he he hee... Sebenarnya bukan senang nak sorok relationship kiteorang. Memang tak pernah cerita kat kawan-kawan & family. We kept it secret until am ready... Bayang kan la kalau encik suami datang meeting, terpaksa buat-buat tak kenal. Hampir setahun ok tapi kami berjaya! Sepanjang berkawan & bercinta (cewah!) tak banyak sangat dugaan cuma kadang-kadang perangai Mummy yang agak paranoid sikit. Dia kena faham because of my bad experience. Dia banyak mengubah Mummy... Satu sudut yang Mummy respect & love him so much sampai sekarang adalah 'MATANG'.
13 Julai 2012, a day after my birthday...encik suami officially proposed Mummy as his wife. Laut danga bay sebagai saksi. Wah! ha ha ha... And of course i say "YES!". Am very confident that he can be the best guidance to us. Terharu tak?? Tapi takdela sampai melutut & sarung cincin...encik suami bagi loket jed. Apa-apa pun dia ada cara tersendiri nak lamar Mummy. After that we moved to other step to met our family. Minggu pertama raya, jumpa bakal mentua minta restu...Alhamdulillah everything goes well...senang hati tengok penerimaan family dia pada Mummy. Family Mummy ok je walaupun mulanya emak kurang yakin.he he hee...maklum la orang bujang nak kahwin Miss J. Memang kena bersedia dari segi fizikal & mental terhadap perspektif orang ramai. Minggu kedua raya, family dia datang membawa hajat. Really a small event...awalan hanya majlis merisik tapi finally we declared that "engaged" terus.
3 bulan jadi tunangan orang kali ni takde banyak dugaan sangat. Segala masalah kami setel cara baik (kan kan kan sayang...he he hee). Urusan majlis pun banyak kami setel sendiri. Ingat nak buat ringkas-ringkas je tapi dapat request melampau-lampau lak dari adik-adik & kawan-kawan. Syukur, doa terbaik sentiasa mengiringi kami. Masuk Disember barula kami berani mengumumkan hubungan kat kawan-kawan. Ramai yang terperanjat...ha ha haa... biasala, bila dah tau memang hari-hari la kena ejek. huh!
Memilih Januari sebagai hari bersejarah untuk kami banyak sebabnya... Maklum la, dah ada anak sekolah...so kena setel urusan persekolahan dia dulu. Lagipun Januari 2013 permulaan yang baik untuk mulakan kehidupan & azam yang baru.
* Sayang, am really glad having you as my friend, soulmate, imam... seriously, am damn 'sayang' awak seadanya because of YOU. Also thanks being my follower kat blog ni...kalau ada silap, rumah cerita ya. he he hee...
Our 1st date... kat kolam memancing tuh! he he hee...