Layan iklan

Monday, October 22, 2012

:: Konvokesyen & Ihtifal 2012

Alhamdulillah, cik Khaleesa dah pun selamat konvo semalam...so sayang, pasni dah boleh cari kerja yer.he he he... Bersyukur sangat sebab Mummy masih bernafas & diberi peluang tengok cik Khaleesa konvo diusia 5 tahun. Paling best dapat tengok cik Khaleesa perform. Maklumlah, biasa tengok dia praktis sorang-sorang kat rumah. Kali ni baru dapat tengok live gituh. Tiba-tiba rasa terharu sangat tengok semua budak-budak tuh. Yerla, Mummy datang berdua je kan...hu hu hu... Kagum tengok parents student semua dah macam nak gi kenduri kahwin ok. Mummy jela yang simple bagai. Ingatkan dah abis cantik rupanya ada lagi yang voger de bassss! 

Kat depan dewan besar SMK BBU...complete ngan baju rasmi tadika.

Am impressed tengok student 5 & 6 tahun dapat baca doa, solat perfectly (for their age la...) Yang pelik, cik Khaleesa ni bila soh baca kat umah asik bg alasan lupa jek. Tapi bila dia main sorang-sorang boleh plak baca ngan lancar. Bila Mummy soh ulang, tiba-tiba ckp 'lupa la mami'. huh! Anggap jela dia malu. So far, cik Khaleesa dah tau baca doa makan (semua budak tau kot), doa iftitah, al fatihah... bab solat plak, Mummy tengok tunggang tonggek dia ikut rukun yang betul la. So next year wajib hantar mengaji plak. 

Cik Khaleesa bucuk-bucuk nipun dapat 1st prize tulisan rumi cantik. he he he... Tapi bab baca membaca dia failed.ha ha ha... sapa yang patut disalahkan??? Mummy la sebab malas ajar. aiyokk!



Cik Khaleesa buat 2 performance... yang ni 1st performance dia. Nyanyi lagu sudirman...hari-hari dia nyanyi lagu tu kat rumah. Mummy pun tak ingat apa tajuknya.he he he.. Sebelum perform siap pesan "mami duk depan tau".


Last performance tadika cik Khaleesa... Melenggang lenggang dia kat atas pentas. Mummy ada gak rakam tapi tak sempat nak download lagi. Pun hari-hari dia praktis kat rumah...tiap-tiap malam ok. Sila bayangkan la kalo dah tiap-tiap malam dia praktis...sakit mata. ha ha ha... Nasib baik la turn performance tadika cik Khaleesa yg ke-3. Dapat la Mummy cabut awal.


Ok, abes majlis trus Mummy balik...hujan lebat gila! Tupun main redah je sebab adik-adik Mummy dah tunggu kat AEON Bukit Indah. Basah kuyup kami...santai-santai makan kat KFC (menu diet!).

PEACE!

3 comments:

  1. anak anak selalu macam tu, bila kat rumah semua x boleh, tak ingat tapi bila kat sekolah pandai plak...

    ReplyDelete
  2. bangga sungguh bila anak kita perform kan. :-) kejap je masa berlalu.....

    ReplyDelete