Ngerinya dengar tajuk cerita harini...hikhik... Mummy pun tak brape ingat bila kejadian ngeri ni mula terjadi. Yang pasti masa tu Mummy & family on the way ke majlis kahwin. Tiba-tiba adik Mummy jerit "Long, khaleesa ni banyak kutu!". Masa tu rasa cam nak meletup kepala ni. Dah macam-macam fikir dalam kepala otak ni. Macam mana nak solve masalah ni. ha ha ha...gelabah tu! Maklumla... 1st time alami situasi ni. Emak & Ayah soh bli shampoo & sikat kutu. Memang bersemangat waja Mummy dok menyampoo cik khaleesa. Hari-hari dok belek rambut dia cari kutu & telur. Serius! Mummy geli gila tengok binatang yang byk kaki ni. Urghhh!!!!!!
Berkat kerajinan Mummy, Alhamdulillah cik Khaleesa dah clear dari serangan kutu... Tapi, setelah beberapa bulan Mummy rehat dari aktiviti mencari kutu....Mummy tengok cik Khaleesa dok terkeruk-keruk lagi kepala. Bila guna sikat kutu, semua anak branak kutu melekat. Haishhh!!! masalah lagi. Risau sangat sebab possibility Mummy pun akan berjangkit gak kan. So far, Alhamdulillah la takde. Mummy tanye la gak kat teacher tadika, ada ke budak berkutu... Rupanya cik Khaleesa jangkit dari kawan dia. Maka bermula la balik aktiviti menjejak kutu. Tiap-tiap hari Mummy akan update kepala cik Khaleesa. Ada orang suka aktiviti cari mencari ni tapi Mummy penat. Banyak lagi kerja penting yang Mummy nak buat. Dah macam orang tak cukup rehat Mummy dibuatnya.
"Seorang ibu tahu apa yang terbaik untuk anaknya"
Setelah puas berfikir baik buruk & bincang secara mendalam, maka Mummy buat keputusan potong je la rambut cik Khaleesa. Lagipun cik Khaleesa dah masuk sekolah tahun depan. Bukan senang nak pujuk cik Khaleesa berambut pendek. Pada dia "tak cantik" kalo rambut pendek. Part pujuk memujuk memang kena drama la skit. Alhamdulillah, akhirnya dia setuju. Maka semalam lepas balik kerja, Mummy terus bawak dia gi potong. Kena buat cepat takot dia berubah fikiran lak. Fuh! lega Mummy tengok dia happy ngan rambut baru. Lepas gunting, cik Khaleesa ckp "mami, nnati kalo dah takde kutu baru khaleesa boleh rambut panjang kan?". he he he...
Sayang jangan risau ok... Awak tetap nampak cantik walaupun dah berambut pendek. Bertambah comel tau!
p/s: Pagi tadi cik Khaleesa nangis kat taska sebab kawan-kawan dia ejek rambut pendek...terus ckp nak rambut panjang semula. Ala, kejap je tu. Petang nanti elok la dia... hi hi hi
Alahai comel je rambut pendek, macam anak korea je..hehe
ReplyDeleteeh eh.. makin comel ape rambut pendek.. kawan2 khaleesa jeles tuh.. untie tengok khaleesa lagiiiii cantek ngan rambut pendek..
ReplyDeletemummy.. saya suka carik kutu.. memang kepala anis selalu kena audit ngan saya.. padahal kutu tak de pon..cuma mamanye yang terlebih suka carik kutu..hahahahahaha.
akak pun rindu sgt kat mummy jugak... ni tgk dok baca kisah kisah mummy n khaleesa sepanjang akak berehat dari berblog... yea khaleesa tetap cantik, cute, comel, lawa walaupun dah berambut pendek :D
ReplyDeleteChik Na pun ada pengalaman Sufia kena kutu masa sekolah tadika dulu, berjangkit dgn kelasmate dia.. memang mengerikan.. tiap-tiap hari cari n letak ubat kutu..
cantik dan comel bila khaleesa berambut pendek.masa rambutnya panjang nampak cantik can matang..
ReplyDelete