Layan iklan

Tuesday, January 31, 2012

:: Sepetang di Mary Kay

Memandangkan Mummy tak blk kampung minggu ni maka Mummy mencari aktiviti utk mengisi masa terluang. Kali ni opismate ajak Mummy join facial & make-up session with Mary Kay. Saja suka-suka...boring gak memerap kat rumah je.he he he...

Seawal 9.00 pagi Mummy dah keluar rumah sbb nak breakfast dulu. Sessi start pukul 10.00 pagi. Ingatkan yang datang 10 org je rupanya 80 org. Mende FREE mmg ramai yang suka kan kan kan... Mummy berminat pun sbb FREE.

Muka org baru bangun tido.ha ha ha... sememeh ok!

Sessi pertama buat facial... Bagusnya sessi ni sbb consultant ajar teknik-teknik yang betul bagi penjagaan kulit. Biasa kita cuci muka main tenyeh je kan. Teknik yang betul menjadikan kelainan pd kulit & bentuk muka kita. So far skincare Mary Kay ni bagus lebih-lebih lagi masker. Rasa best sgt bila pakai.

Sessi kedua yang ditunggu semua orang ialah make-up.hu hu hu... Mummy nipun bukanla addicted to make-up. Setakat basic utk gi kerja & jalan-jalan, pandai la. Tapi kalo utk formal, mmg keLAUT la... Mummy paling tak suka eye shadow & mascara. Tak pandai pakai...rasa cam ada benda bergayut-gayut kat mata. hi hi hi...
Tadaa... selepas MAKEUPOVER. Terserlah kehodohan & kebodohan Mummy kalo bersolek...ok, takyah tenung lama-lama.

Cik Khaleesa pun nak gak bersolek... kwn Mummy solekkan dia. Bukan main gedik makcik kecik nih. he he he...

Cik Khaleesa yang sudah meragam kelaparan. Geram gak dibuatnya...

Nasib baik tak susah nak cari makanan sbb Mary Kay session kat Pelangi Mall. Nama pun mall, konpem byk cafe. Perut dah keluar lirik meroyan, cik Khaleesa sudah meragam...maka kami terus pilih Cafe Season's.




Yeay! dah happy semula sbb dah dapat makanan.

Monday, January 30, 2012

:: Movie #2: "Bujang Terlajak, Belum Terlanjur"


Ni kali ke-2 Mummy layan malay movie utk tahun 2012. Nak tgk cite lain tapi 3D la plak. Cik Khaleesa tak suka pakai cermin mata 3D sbb besar sgt, dia tak selesa. Memandangkan kawan Mummy cakap cite Bujang Terlajak ni best, so Mummy tgk cite ni jela...
Biasanya arahan Prof Razak Mohaideen agak mengecewakan tapi Bujang Terlajak ni ok...best! Tapi yang plg Mummy suka ialah............... Fazura sgt ler cantik! 

Friday, January 27, 2012

:: BFF

Pejam celik pejam celik... hampir 18 tahun kami berkawan. Nama je kerja dalam JB tapi susah sgt nak berjumpa. Bila ada peluang ni, mmg kami takkan lepaskan punya. Tupun de gak beberapa org yg takde. 
Kami kenal sejak dari tingkatan 1 lagi. Kalo ikutkan de 5 org tap masing-masing dah ada komitmen. Konpem la ssh nak jumpa selalu kan. Buat jahat ke baik mmg sentiasa bersama-sama. Kami cuma 1 sekolah sampai tingkatan 3 je tapi kami tak pernah lost contact. Walaupun masa tu blom FB, Twitter....telefon kan ado.ha ha ha... Bila dah ada FB, lagi la kami rajin berhubung. hu hu hu...

Cik Mieza... Last jumpa 2 tahun lepas. ha ha ha... tak senonoh kan. Padahal rumah takde jauh manapun.

Cik Pah yang tengah tu je dah beranak pinak. Kami seopis so senang ler jumpa tapi tupun kadang-kadang selalu cancel appointmet.

Lagi seronok kalo sume ada...mesti lagi kecoh. Tapi paling kesian Cik Khaleesa kena ngorat ngan anak Cik Pah. Asik kena cium jer sampai Cik Khaleesa jadi takot. Rupanya anak Cik Pah sgt suka perempuan rambut panjang. Siap ckp 'I Love You' kat Cik Khaleesa... phewiitt!!

:: Satu Malam PERAWAN

Dengar tajuk dah takut kan kan kan...
Mummy ni bukanlah jenis yang setia tgk drama sampai abis & layan iklan skali.he he he... tapi tajuk telemovie tu membuatkan Mummy nak tgk apa kesudahannya. Tajuk yang menarik mmg mampu menarik penonton kan. Ditambah plak barisan para pelakon yang sgt berbakat. Rupanya telemovie ni hasil buah tangan dari JS Pictures yg Mummy rasa selalu menghasilkan cereka yang berkualiti. Syabas kepada Sheila Rusly & Diana Danielle yang membawa watak yang sgt berkesan. Tahniah juga kepada pelakon-pelakon lain Wan Nor Azlin (dr dulu dia mmg talented), Razak Ahmad, Erin Malek & yang lain-lain (terlupa pulak nama mereka).


Sinopsis: Aisyah dan kawannya, Mira (Erin Malik) telah diculik dan dijual kepada Mummy Nora dan akhirnya dilacurkan dalam usia yang begitu muda, iaitu 16 tahun. Walaupun tersiksa, Aisyah tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk melarikan diri. Saban hari Aisyah menghitung hari sehinggalah hari ke-21 tiba.


Ulasan Ikhlas dari Mummy: Awalan cerita yang memang tidak membosankan. Mampu membuatkan kita rasa takut. Yerla kan, sebagai seorang mak perasaan takut akan terjadi pd anak perempuan kita. Ayat 1st yang keluar dari mulut Mummy adalah "KEJAMNYA!!". Walaupun Sheila Rusly membawa karakter sebagai ibu ayam 'bertudung' tapi dia mampu buat Mummy rasa marah & benci pada dia. Thumb up to her!! Pada Mummy telemovie ni mengangkat reliti hidup yang sebenar. Ending sgt sedih... Unexpected ending.

Sebenarnye jalan cerita ni lebih kurang filem hollywood "TAKEN" lakonan Liam Neeson (feveret actor Mummy). Awalan cerita yang agak sama tapi kelainan di endingnya. Tak salah rasanya mencedok idea hasil dari cereka lain asalkan ada kelainan.  


Thursday, January 26, 2012

:: Lagu #3 ~ SEMPURNA

Dedicated to Cik Khaleesa... 

Sayang, kalo mami marah & pukul... tu maknanya mami sangat SAYANG kat awak.
Mami nak awak jadi insan yang berguna...mendengar kata...
Mami telan je bila awak cakap "MAMI JAHAT"...
Mami sedih bila awak cakap macam tu... bila mami pukul, mami akan usap balik tempat yang sakit. 
Mami terpaksa biarkan awak tertidur ketika menangis...sbb lepas tu mami akan kucup-kucup awak bertalu-talu...
Mami teringin nak tengok awak jadi DOKTOR Pakar Sakit Puan...kuat berangan kan mami nih...he he he... itu impian mami.
Sayang belajar la rajin-rajin, jangan malas & cepat bosan yer...
Bukan mami tak nak manjakan awak, cuma mami nak awak lebih berdikari sbb kita hanya berDUA je sayang.
Takpe, sampai masa awak akan faham betapa mami sayang sangat kat awak...


Wednesday, January 25, 2012

:: Cer Cite Cuti

Seronok btol bila dapat cuti panjang. Macam-macam dalam kepala ni set aktiviti. Cuti Mummy takdela happening sgt sbb simpan duit.he he he...
Nasib baik la gaji masuk awal, so Mummy blh la servis kereta yang dah lain macam bunyinya. Sebarang keinginan & nafsu utk bershopping terpaksa di postpone ke bulan depan. Bulan ni kena beli mende yang teramat penting ke...
Ahad seperti biasa mesti attend kenduri kahwin. En Ayah ckp, serba salah tak pergi sbb org dtg ke rumah menjemput. Lepas gi kenduri kahwin, kami terus menuju ke Muar rumah makcik. Hajat nak ke Gunung Ledang tapi konpem chalet penuh. Maghrib baru kami sampai Muar sbb En Ayah & Pn Emak mmg suka menyinggah kat R&R layan minum petang. Cik Khaleesa lak asik nak ke toilet. Maklumla, kat Johor skang selalu hujan lebat dipetang hari.

Cik Khaleesa sebelum bertolak ke Muar... yg bag pack kat blkg tu Mummy punye.he he he...

Tak sangka lak sume cousin Mummy pun balik gak. Mmg kecoh la kami 'bergossip'.ha ha ha... Masing-masing tido bergelimpangan sbb dah mengantuk sgt. Sejuk sgt sbb hujan lebat...syok! Tapi kami tak blh lelama kat Muar sbb Pn Emak de misi yg belum tercapai. ha ha ha... Dia ajak menyinggah ke Air Hitam utk bershopping barang-barang rumah barunya.

 Yer! Misi Pn Emak adalah mencari karpet utk bilik... setelah menapak 2 3 buah kedai, akhirnya dia surrender. Beli je yg berkenan...

 Rupanya En Ayah pun ada misi...mencari karpet utk bilik solat tapi tak jadi beli sbb harga yg suka suki tokey bangla tu bagi. Mula-mula ckp RM135 pastu tanye kat org lain RM175. Hangin la gak En Ayah. he he he

 Cik Khaleesa kepenatan sbb baru bangun tido...

 Masih gigih mencari...

 Mummy kureng skit mende2 camni... yang kat rumah tupun orang bagi. (selamat duit ku!) ha ha ha



Alhamdulillah akhirnye berjumpa gak karpet yg diidamkan. Pusing-pusing gak mencari keperluan lain tapi takde.

Misi makcik ni plak mencari tikar sederhana utk biliknye...konon nak alas buat solat. Tu yg tersenyum lebar sbb dah jumpa. Yeay!

Perjalanan kami diteruskan mencari lunch sbb Cik Khaleesa dah merengek kelaparan. Jumpa akhirnya warung nasi campur. Murah la gak sbb kami ambil byk lauk. (huh! nmpk sgt slalu mkn yg mahei2 ni).ha ha ha... sebelum menuju ke Kota Tinggi, singgah masjid dulu.

Hujan sgt ler lebat menuju ke Kota Tinggi. Memang memerlukan pemanduan yg sgt fokus. Mummu menguap berkali-kali. Passenger sedap2 jer tido... Sampai je bandar Kota Tinngi, misi mencari blouse Mummy lak. Pn Emak blh lupa lak kedai blouse tuh, ber'tawaf' la kejap mencari. Alhamdulillah berjumpa akhirnya... Sebelum balik, kami sempat makan petang...he he he

 Muka-muka org yg tak bape puas shopping. he he he...

Kami sedang berbincang... ha ha ha

* Mummy sgt ler kuat makan bila blk kampung...hu hu hu
(so, dah tak boleh balik selalu yer Mak)

:: WW #8 & Lagu #2 ~ Kenangan Hidupku...

Rabu yg superb lemau dimulakan dgn MV dari GEISHA... Chill!


Wednesday, January 18, 2012

:: Lagu #1 ~ Sedang Apa dan Dimana...

Jatuh cinta sama vokal si Sammy Simorangkir nih...
OST Ariana Mikhail

dulu selalu ada waktu untuk kita
kini ku sendiri
dulu kata cinta tak habis tercipta
kini tiada lagi (lagi)
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
sedang apa dan dimana dirimu yang dulu ku cinta
ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
menjalani janji hati kita
sedang apa dan dimana wooo
sedang apa dan dimana dirimu yang dulu ku cinta
ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
menjalani menjalani menjalani janji hati kita


Tuesday, January 17, 2012

:: Warung Sonto Corner

Hari ni Mummy lunch jauh byk dari opis. Seawal 12.30tghari kami dah kuar opis, padahal lunch hour 12.45tghari. Dah bebarapa minggu la gak opismate update pasal Warung Sonto berkenaan. Warung Sonto ni cendawan special & terletak kat Jalan Kempas. Berhimpit-himpit kami dalam kete dah mcm ikan sardin. Memang kebas la kaki memasing. he he he... 
Mummy 1st time makan kat Warung Sonto nih. Special kat sini cendawan goreng & sup cendawan. Cendawan fresh dari ladang. Sup cendawan lak leh tambah daging, ayam, perut, tulang, gear box @ tetel. Boleh pilih nak makan ngan nasi impit, mee hoon @ nasi putih.

 Cendawan goreng yg rangup walaupun dah sejuk. Kawan Mummy ckp mcm makan ayam.he he he...

Sup cendawan... Mummy tambah ngan daging + tetel. Ok la rasanya...

Jeli kelapa ni pada Mummy tak sedap... he he he




Nasib baik la nak balik tu muat masuk kereta. ha ha ha

Sempat drive thru beli rambutan... 4kg = RM10.00
Sedap!


Monday, January 16, 2012

:: Weekend yang ceria...

Happy Monday! 
Rini tak bape nak blues sbb Mummy tak banyak kerja... *wink! wink!*
Weekend Mummy kali sgt ceria sbb rumah dikunjungi En Ayah & Pn Emak. Sis Nina pun turut bermalam di rumah Mummy. Riuh gak la ngan kekecohan anak-anak beliau yg seriously Mummy sendiri pun takleh nak handle mereka. ha ha ha... bayangkan la pukul 1pg leh mengayuh basikal dgn penuh bertenaga.

Sabtu, takde aktivity menonton wayang sbb takde cite menarik. So, Mummy juz bawak Cik Khaleesa gi makan-makan & layan playground je. Lewat petang gak la Mummy balik rumah, lagipun parents Mummy sampai dah nak dekat maghrib. Sis Nina lak sampai tgh malam sbb layan wayang dulu. Konon request by anaknya. he he he
Sempat soh Mummy snap pic dia kat decoration CNY di JUSCO...

Ahad lak, Sis Nina ajak singgah KFC sbb nak celebrate birthday anak daranya cik Athirah yg ke-4.. Cik Athirah teringin nak celebrate kat KFC. Bdk2 skang mmg sgt demand, cik Khaleesa pun dah request nak buat majlis masa birthday dia nanti tapi dia nak buat kat rumah je. Pastu nak semua org datang.

Cik Athirah senyum comel tap cik Khaleesa masam mencuka sbb baru lps kena marah. Tula, sapa soh tak reti dok senyap. Lari sana sini...

Sis Jay yang baru sampai dari Kedah bersama Pn Emak...

Bkn senang nak tarik En Ayah ke fastfood nih... cucu punye pasal, dia layankan jela. Tapi yg pasti, selera gak En Ayah mkn kat KFC.ha ha ha

Selesai celebrate kecil-kecilan, kami kena bergegas ke "Camp Pas"...oppss!! Kempas la.he he he... majlis kawen cousin Mummy. So, kena berkampung kat sana la. Mummy sampai lambat sbb teman Sis Nina bershopping jap. Cari baju anak-anaknya... Tak sempat nak amik pic byk kat majlis tuh sbb semlm sgt ler panas. Memasing dok lepak dalam rumah jer...pelamin lak kat luar. 
Acik yg 'bercuti' seminggu sbb nak balik Melaka...

Sempat la gak bergambar dgn Pn Emak sblm balik...

Sis Nina yg sengal asik tanye "aku & along mana lagi cantik"...of course kak long lagi cantik. ha ha ha... ko jgn sentap yer!

Cik Khaleesa yg suka buat pose ntah pape...

Pose manja gedik dari cik Khaleesa... dia sgt happy sbb disolek oleh Sis Nina..kalo ngan Mummy, tak dapek la.

Malam lak, macam biasa la...kemas umah. Basuh baju & gosok baju keje, uniform tadika. Paling tak best ialah, allergic Mummy semakin trok. Dah jumpa pakar kulit, kalo tak baik gak mmg tak tau nak buat apa lagi.hu hu hu

Sekian...

Friday, January 13, 2012

:: Lunch at SDS Cafe

Owhh!! Rini takde rezeki makan FREE lagi. he he he... cuma breakfast je tadi opismate tapaukan makanan & Mummy bwk Cheese cake. 
Biasa la, lunch break Jumaat agak lama.. dr 12.15 - 2.45ptg...jenuh gak fikir nak ke mana & makan apa. Tapi rini, kami keluar lambat skit. Kena isi minyak site car dulu then baru pk nak ke mana. Dah boring gak sebenarnya asik makan kat shopping mall. So, kami decide makan kat SDS Cafe jer. Leh chill lama skit sambil borak-borak gelak-gelak. GOSSIP!! ha ha ha...


Fried Chicken Chop ~ Kwn Mummy ckp biasa-biase je. Black pepper sauce tak menarik. Terlalu pekat.

Nasi Goreng Cina ~ Udang tempura tu kecik jer. Rasa nasi goreng tu Mummy lupa nak update kat kawan rasanya cane. he he he

Laksa Penang ~ Kwn Mummy makan tak sampai separuh. Kuah cair gila. Rasa plak so so jer. Kurang asam, ikan...serba serbi la kurangnya...

Menu Mummy Fried America Rice ~ Mummy pernah makan sbb tu order nasi goreng ni. Blh tahan la rasanya. Janji kenyang tapi sbnrnya tak kenyang pun. ha ha ha

Appertizer tambahan Mummy ~ Fried Calamari. Rasa mcm makan jemput-jemput. Mummy ingat goreng ala tempura tapi camni rupanya bila sampai. Tepung agak tawar la skit...

Last-last balik tu kami tapau apam balik depan Maybank. Lagi sedap!

Sekian...

:: Tahniah!!!


Entry ni ditujukan khas utk adik Mummy a.k.a Cik Puan LUVLYNEENA diatas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  2010 beliau di Majlis Agama Negeri Johor.

"Tak sangka ko yang SENGAL nih dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yer... Kerja rajin-rajin yer, jgn malas-malas. Gaji naik, blanje aku tau.ha ha ha... SAYANG KO!! "

Thursday, January 12, 2012

:: Rezeki lagi...

Minggu ni memang rezeki makanan betul laa... semoga segala kenikmatan ni berkekalan la hendaknya. ha ha ha... Adakah Mummy patut bertukar menjadi penternak lemak berjaya? Owh! tidak ler... tapi rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari. Kalo musuh dtg mencari pun, SILA lah jgn dilayan. Tak mendatangkan faedah pun. 

Ni lunch FREE semalam. 

Al kisahnya, biasala... site staff call tanye 
" Akak...akak kerja tak rini?"
" Kerja la sayang. Nape?"
"Kak, skang kat opis ada bape org?"
"Jap akak kira... satu dua tiga empat lima enam..yg lain meeting"
"Ok kak"
Tapi Mummy ni sengal la plak, lupa nak tanye apa sbb dia tanye...dalam pale ni mmg terfikir gak, mesti dieorg nak antar lunch nih. Mummy dgn rasa tidak malu, tel balik...ha ha ha

"Dik, tadi tu tanye staff kiteorg bape org @ kat opis skang ada bape org?"
"Skang kat opis akak de bape org tggl. Eh! akak dah kuar lunch ke? Tunggu kak, nak antar barang"
"Barang tu makanan ke document?"
"Lunch la akak tapi lambat skit sbb saya tgh tunggu"

Sah!! Lunch FREE lagi harini... *wink! wink!*

*
*
*
*
*
TADAAA!!
1 bucket KFC spicy...

Cute cuppies ni dari client staff. Lebih kurang velvet cake...