Telemovie ni mmg sgt cool. Jalan cerita yg sgt tidak boring & ringkas. Tipikal drama melayu, ending mmg blh agak la tapi nice story. Jujur Mummy katakan 'buah tangan' dari Radius One Production mmg tidak mengecewakan. Emil Emilda, Kerana Cintaku Saerah, Cinta Balqis, Sindarela, Rona Roni Makaroni (banyak lagi la)...semuanya masih melekat jalan cerita di kepala kita.huhuuu...
Tapi penangan 'Isteriku Zulaikha' malam tadi membuatkan airmata Mummy merembes beriya.hahaaa...mmg cerita ni sedih. Awal-awal cerita ada kelakar sikit la. Tapi Mummy mmg enjoy. Mummy jarang tgk drama melayu dari awal. Cerekarama TV3, Mummy dah tak tengok. Kali ni dgn iklan-iklan sekali Mummy layan.hahaa...
pic by Liyana Lunia
Sinopsis sikit:
Kisah cinta tak kesampain 'abang' & 'adik' yg berputik dari kecil. Kemudian si 'abang' terpaksa berkahwin dengan pilihan ibunya, Zulaikha. 5 tahun kemudian, si 'abang' berjumpa semula dengan kekasih lama & cinta kembali berputik. Dalam syok bercinta, Zulaikha disahkan mengandung. Sebenarnya Zulaikha tak boleh mengandung & dia tahu hubungan suaminya dengan 'adik'. Dalam diam, Zulaikha telah meminang 'adik' sbb rasa bersalah telah merampas kebahagiaan org lain. Penamat cerita, Zulaikha meninggal slps bersalin. (Mummy mmg sgt tidak pandai menulis sinopsis dgn penuh perasaan).
Antara dialog yg Mummy suka ialah antara Si 'abang' dgn staffnya:
Staff: Boss. kalau boss dah tak nak Zulaikha, bgtahu saya.
Abang: kenapa?
Staff: Biar saya saja yg kahwin dgn dia.
Abang: Tapi kau tak cinta dia.
Staff: Boss. Allah tu maha berkuasa......bla bla bla (Mummy tak ingat la plak!)
Ini ada 1 lagi telemovie yang blh tahan hebatnya. Kashaf Imani...pun sgt best! 1 kelainan.
Tak pasal-pasal si Kashaf (Beto Kusyairy) ni jadi glamor. Dulu takde la plak org google dia. Bukan kerana dia handsome (tak handsome sbnrnya cuma sumthing) tapi disbbkan lakonan mantapnya, konpem ramai girlfriend kat luar buat homework lebih masa dok search dia kat FB @ Twitter.heheee...
Sinopsis sikit:
Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.
Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.
Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.
Cuma dlm Kashaf Imani ni, gambar agak pucat sikit. Maybe nak bg nmpk semua roh2 ni nmpk pucat kot.
Oklah, kesimpulannya...Mummy belum pernah rasa kecewa dengan semua karya-karya dari Radius One Production ni. Harap-harap lps ni karya mereka akan lebih mantap!
No comments:
Post a Comment