Layan iklan

Friday, February 25, 2011

:: Kepenatan

Jumaat mmg hari yg sgt penat. Maklumlah, waktu rehat yg agak panjang. Maka, langkah pun agak panjang la. Nama pun perempuan, bukan kena pergi masjid pun. Tapi, Mummy & kwn-kwn biasa lepak kedai makan...GOSSIP MOMMIES! heheee...
 
gambar dari google search
 
Memang byk sgt gossip. 2 jam mmg tak cukup. Kadang-kadang balik opis pun, kami sambung lagi.huhuuu... Gossip apa? Biasalah, cerita pasal orang yg ngada-ngada la, over la, mcm-mcm la. Gossip artis pun ada. Yang paling best gossip artis kami ni, blogger-blogger gossip kat luar tupun tak tau. Ni kalau sampai ke wartawan, mmg glamer la kami.heheee...

Tapi, situasi yang paling tak best skrg ni 2 org dari department Mummy kena transfer lak.huhuu...sedih oooo...dah rasa mcm adik-beradik tiba-tiba kena berpisah. Itu yang Mummy kepenatan ni. Isnin ada buat potluck. Balik kerja tadi terus singgah JUSCO cari souvenir & tempah kek utk belated bithday opismate. Jenuh la jugak cari souvenir tadi. Bajet mmg tak banyak. Keluar masuk Mummy kat Memory Lane & Lovely Lace. Dah jumpa yg berkenan, tgk harga....mak aihh! Last-last Mummy masuk JUSCO. Pusing-pusing dlm 10min, dah jumpa...harga pun reasonable. Ada less 20% lagi. Wrapping pun free.
 Inilah hadiahnya!

Dah settle urusan hadiah, bergegas plak nak order cake. Mcm biasa la, kek kegemaran semestinya dari Secret Recipe. Yummy! Yang selalu Mummy order, chocolate fudge, chocolate indulgences & carrot cake. Kali ni, Mummy order pecan butterscotch. Konpius la gak tadi sbb ingat nak order white chocolate macadamia. So, ahad malam Mummy akan pergi amik sbb isnin pagi dah kena get ready. Dahla nak masak utk potluck. Main course nanti, lontong kering. Mummy cuma masak sayur goreng je.heheee...tak larat nak masak berat-berat sbb weekend skrg ni Mummy sibuk mengemas rumah. Phase by phase. Mana yg tak patut blh dibuang. Mana yg kurang digunakan, blh simpan dlm kabinet paling atas.heheee...

Pecan Butterscotch - gambar dari google search

Nanti, Mummy akan update pasal potluck opis. Tiba-tiba teringat MENU isnin nanti. Lapar la plak.huhuu...nasib baik dah tapau roti kat Lavender... :D

No comments:

Post a Comment