Layan iklan

Thursday, November 14, 2013

:: Mummy Chubby Chomel yang terkini...

Syukur Alhamdulillah Mummy almost turned 8 months... Sekejap je dah nak sampai masa. Lagi sebulan je lagi & of course semakin berdebar nih. Selepas 6 tahun mestila Mummy lupa rasa bersalin tu. Dok recall2 pun tak datang gak. Doktor siap tanye "ingat lagi tak rasanya". he he hee... Tak kisah la asalkan semuanya selamat. Early 5 months doktor baik hati buat 4D untuk Nik Jr... agak jelas mukanya (sebijik ayahnye). he he he... tapi a few months lately doktor scan 4D, Nik Jr taknak tunjuk. Bukan malu cuma tali pusat lindung muka dia. So far semua ok takde masalah. Walaupun pregnancy at age above 30 ni, Mummy takde masalah kencing manis & darah tinggi. Cuma agak penat sikit la...

Kakak Khaleesa most person yang paling excited... early pregnancy, dia panggil "baby dania" tapi semalam dia sudah tukar "baby adam". he he hee... Ayahnya pun excited gak tapi Mummy tau dia nervous tu nak pegang baby nanti. hi hi hi...



6 - 7 months



7 - 8 months

Lagi sebulan je Nik Jr nak keluar, hopefully everything goes well. (Arghh!!! nervousnye)

:: Alhamdulillah... she's taken



Alhamdulillah my younger sister a.k.a pengapit Mummy is officially taken. Kira pengapit kahwin pengapit la. Lega sungguh dan insan paling lega bukan pengantin tapi emak & ayah. he he hee... Setting majlis ni cuma 2 bulan je. Last minute punye desicion. Semua kena rushing update. So, sila la bayangkan ye how fast kami buat semua persediaan. Finally, majlis berjalan dengan jayanya. Emak & ayah dah ada pengalaman handle majlis so perjalanan majlis memang agak smooth. Semua adik beradik & menantu bekerjasama sepanjang majlis. Sistem emak & ayah sangat simple, semua buat sendiri. Jadi rumah tak bersepah sangat. So lepas ni tinggal yang bongsu je... macam dah de bau-bau nasi minyak lagi tapi nanti dulu. Penat pun tak hilang lagi ni.he he hee... 

Tak banyak nak Mummy cerita tapi cukupla gambar menceritakan suasana majlis... Tak banyak gambar yang Mummy snap... kena tunggu softcopy dari cameraman la... Sian my sister dapat kakak-kakak yang sengal.he he hee...

Malam berinai.






Majlis







Bertandang


Mummy doakan Puan Jamilah lebih bahagia dan hidup lebih diberkati bersama Encik Alang dunia akhirat till Jannah.

Tuesday, October 1, 2013

:: Happy 6th Birthday cik Khaleesa

27 September 2013

Alhamdulillah... Dah besar anakanda intan payung mummy sorang ni. Tak lama nak jadi kakak sudah. Tapi sejak membesar & nak jadi kakak ni, cik khaleesa makin tak berapa dengar cakap. Ada je buat perangai... penat dah mummy ni membebel. Kadang-kadang manjanya terlebih sangat. Bila tengok muka kesian...tapi bila buat perangai geram plak.he he hee... Beberapa hari sebelum birthday, dia asik update je. Nama pun budak kan...

Macam biasa seperti tahun-tahun sebelum ni, mummy akan buatkan surprise kat taska @ tadika dia... Selagi belum masuk primary school, mummy bagi peluang dia celebrate dengan kawan-kawan. Tahun depan baru leh celebrate kat rumah. Ingatkan nak masak nasi lemak & hantar ke sekolah tapi kesihatan mummy kurang mengizinkan. So, mummy buat goodies jer. Tupun dapat isi 30 goodies je sebab last minute punye decision. Kek memang dah tempah awal-awal... Mummy memang tak dapat join so awal-awal dah pesan kat cikgu amikkan gambar then wassap mummy. 

Surprise kek untuk cik khaleesa... rainbow kek. Comel je & macam sayang nak makan. Sepatutnye minnie tapi mintak baker tukar princess...

Terima kasih kat cikgu yang tolong arrangekan...


Cik Khaleesa ngan kawan-kawan... semua muka excited. Happy tengok cik khaleesa happy ngan surprise party untuk dia.

Tengahari ambil dia kat taska, excited cerita cakap cikgu bagi kek. Dia memang tak tahu langsung yang kek tu dari mummy ngan ayah. Masa mummy register sekolah agama untuk dia, encik suami pecah rahsia kat dia yang kek tu dari kami. he he hee...

Nasib la cik khaleesa tak demand sangat...celebrate malamnya, dia cuma request KFC. Birthday girl, so layankan je la. Sian dia kepenatan layan mummy ngan ayah shopping barang baby kat baby fair expo. Beli 1 slice mango kek kat secret recipe then tiup lilin kat KFC. Siap makan... baru bagi hadiah. he he hee... Tengok hadiah, nampak la dia semangat sikit.he he hee... Esoknya mummy bawak dia gi waterpark mandi manda. Tapi tak dapat lama sangat sebab hujan lebat dan sangat sejuk.

Celebrate birthday ngan mummy & ayah plak...

Thanks IBU yang wish birthday cik khaleesa...lama ibu tak update blog.hi hi hi...



P/S: Last week berlangsung mom & baby expo fair... sempat la kami shopping barang baby. Worth it la beli barang yang besar macam stroller, strelizer & warmer. Much excited of coz la encik suami...he he he... (nafsu shopping dia lagi dasat dari mummy)