Layan iklan

Tuesday, April 19, 2016

:: Diapers dilemma...

Semenjak abang semakin membesar, maka kalau 'shishi' confirm diapers akan penuh. Jangan kata mami, ayah pun kusut.. Kadang-kadang bocor tepi bila dah penuh sangat. Maka, mami pun mula la start survey the best choice diapers. Alhamdulillah ramai gak blogger yang buat perbandingan diapers dari yang mahal sampai la yang murah.

Sebelum cerita lebih lanjut, mami nak share experience guna beberapa diapers.

HUGGIES:
Zaman kakak pernah cuba sebab kakak ada masalah rashes area miss V. Tapi masalah tak selesai gak sebab tisu HUGGIES sangat soft & berderai bila dah penuh sikit. So sempat la guna sepeket then tukar jenama lain.

PETPET:
Khaleesa guna jenama ni agak lama. Alhamdulillah sesuai dengan dia. Baru-baru ni mami ada beli sepeket untuk Ammar. Belum rasmi lagi sebab nak abiskan dulu diapers sedia ada. Hasil pemerhatian mami, PETPET sangat lembut tapi size agak kecil sikit. Ada blogger update PETPET ni bagus tapi bila penuh akan berbau hancing kuat. Harga dulu agak murah tapi sekarang dah naik sikit. he he hee... Harap sesuai la untuk Ammar.

WHOOPEE:
Mungkin terpengaruh iklan?? he he hee... Harga agak murah dan memandangkan mami ada 2 orang yang masih guna diapers so bajet kena amik kira gak. Encik suami tak berapa suka sebab perekat tak tahan & cepat koyak. Sekali tarik, 'prakk!!'. WHOOPEE ni takde size XXL so memang tak sesuai untuk abang. Adik Ammar kecik je so sesuai je la kan... Encik suami dah ban jenama ni. sekian...

ONWARDS:
Jenama ni kami beli masa baby fair. Harga berpatutan... RM112 / 4 pek. Masa tu kami amik 2 paket untuk abang & 2 paket lagi untuk adik. Saja nak cuba kan... So far, encik suami puas hati guna ONWARDS ni. Tapi sayang xde size XXL. hu hu huu...

DRYPERS:
Sapa tak kenal kan jenama ni. Harga berpatutan kalau pandai cari. Sangat tak sesuai untuk abang. DRYPERS cepat penuh & agak berlendir. Kadang-kadang bocor gak. Ayah dah bising jenama tu tak bagus. Pernah gak kami beli pek promotion yang jual bundle 1 kotak. Bukan nak cakap apa la, kualiti memang tak sama mcm beli pek biasa. Memang harga agak murah tapi tak jaga kualiti.



Itu la kisah mami ngan semua jenama diapers anak-anak. Bila nak jaga budget, kualiti kami abaikan. hu hu huu... Bila ada yang within budget, size plak jadi masalah. Akhirnya, lepas puas buat survey.... mami bincang dengan encik suami untuk tukar diapers abang kepada MAMYPOKO.



MAMYPOKO:
Kami cuba beli 1 paket sebagai percubaan. Alhamdulillah abang sesuai dengan jenama ni. Walaupun penuh, diapers tetap kering & tidak berlendir. Encik suami pun puas hati. Harga??  Mami tak tahu actual price tapi kena rajin survey sebab harga berlainan setiap mall. Untuk bulan ni, AEON Jusco paling murah RM45.99 tapi kebanyakkan size XXL sold out. Di GIANT plak agak mahal, RM53.99... Survey TESCO online, RM47.99... Akhirnya mami ke sana la kan. Beli 2 paket terus. 1 paket untuk size XXL hanya 34 keping tapi sebenarnya jimat dari segi penggunaan.






Takde gambar diapers, so belanja gambar anak-anak je ye...



4 comments:

  1. Zura setakat nih guna Drypers & Whoopee.
    x de masalah pulak. mungkin sebab Amzar masih kecik.
    air kencing x banyak. Masa Delisha dulu dia stop guna diapers masa guna whoopee saiz XXl.

    Manisnye muka Ammar. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg si adik ok je.pakai je la jenama apa.cuma si abang sbb dah size XXL, bdn plak debab pastu kuat mkn..maka terpaksa la guna mamypoko..

      manis cam mami kan kan kan

      Delete
  2. bagus info ni nk simpanlah buat rujukan bila perlu nanti :)

    ReplyDelete