Layan iklan

Tuesday, December 15, 2015

:: Etika nak memotong jalan...



Tak tahu nak bagitahu ni entri marah atau apa... hu hu huu... Nak cerita sikit etika ketika nak potong jalan orang. Nak kata tak sekolah, takkan boleh dapat lesen kan. Nak kata cacat, takde plak sticker OKU. 

Nak cerita mentality sesetengah orang... Lelaki... bila keluar simpang atau potong jalan, nampak je perempuan yang drive memang sesuka hati la dia keluar atau potong. Kau paham tak perempuan ni cepat gelabah. Bila nak tekan brek tertekan minyak, pastu gedebuk langgar ko... mula la viral sana sini cakap salah perempuan. Kau sedar tak masa keluar or potong tu takde pasang signal or angkat tangan??? 

Paling sakit jiwa, aku jauh lagi kau terhegeh-hegeh nak keluar ke taknak... eh! eh! bila aku dah dekat, tetiba keberanian kau muncul. Biasa kes macam ni perempuan la kan. 

Dah banyak kali kena... Tu belum lagi yang bawak 60kmj tapi dok lorong kanan. Bila naik lampu, mencecet-cecet ke kiri tapi dok pandang-pandang tak puas hati konon. 

Kesimpulannya, nak keluar simpang atau potong jalan tu....

- Pastikan lampu signal tu pasang... Sayang Allah bagi cukup lengkap sempurna anggota badan tapi tak digunakan.

- Pastikan kereta dari arah depan belakang masih jauh... jangan la terhegeh-hegeh.

- Hormat sikit dengan angkat tangan kalau rasa diri tu dah buat salah... sekurangnya kurang la skit kena maki belakang-belakang. Maki tu kan doa. haishh!!!

Ok la... tu jela nak bebel rini. Sekian

Monday, December 14, 2015

:: Family day 2015

Monday blues kita rini... So pengubatnya, kita update la blog bagi edisi baling belakang punya cite. he he hee... 

Alhamdulillah, pada 5 & 6 Disember ritu telah selamat berlangsung hari keluarga family mami bagi kali ke 3. Tapi untuk mami, ni kali ke 2 la mami join. Last year tak dapat join sebab terlibat dengan event office. Family day terserentak plak. So terpaksa la pergi mana yang plan dulu. Yang office ni plak bukan boleh suka-suka cancel kan. Nak kena ada alasan kukuh, pastu siap kena dapatkan approval HOD. Leceh laaaa...

Malam sebelum bertolak, mami demam panas. Dah la tak packing barang pun. Maka subuh tu la baru kemas. Nasib baik la tido semalam je, kalo tak kusut gak kepala otak nak berkemas. Dah la kepala sakit, badan lenguh-lenguh... 

Sempat singgah kenduri kahwin sebelum bertolak ke Mersing.. Padahal dah cakap tak dapat datang, tapi alang-alang lalu depan dewan kami singgah la...


Acara wajib berselfie dengan anak-anak... Abang adik gilir-gilir dok ngan mami. hu hu hu...


Nama pun yang ke 3, so organizer kali ni konpem la adik yang no 3 yang arrange. Cuma tahun ni kami ada penganjur iaitu Ayah & Mak. Untuk tempahan chalet 100% sponsored by diaorang la. Kami adik beradik cuma bawak diri je... eh! takla... bawak makanan.he he hee... setiap family kena sediakan makanan untuk BBQ. Kami juga kena sediakan 1 hadiah untuk cabut undi. Untuk cabut undi para anak-anak, kena sediakan ikut bilangan anak. Maklum la, bila melibatkan event ni memang budak-budak la paling teruja.

Tempat pilihan kali ni adalah Air Papan Beach Resort Mersing. Chalet & cuaca sangat menarik. Memang budak-budak la paling eksited. Ke hulu hilir tak sabar nak mandi laut.

Yang ni chalet mami... Anak no 1 maka no bilik harus la no 1 gak. Kata organizer, senang ingat...ha ha haa...

Kami sampai lebih kurang jam 3 ptg... letak barang semua, terus gi ke bilik mak ayah. Perut lapar kan... nasib baik mak dah siap masak. Anak-anak bila jumpa sepupu diaorang memang dah tak ingat apa-apa. hi hi hi... 

Aktiviti pertama petang tu adalah sukanika untuk anak-anak di tepian pantai. Suka la budak-budak sebab pemenang akan dapat hadiah. Mana anak yang kecik lagi memang berair la biji mata sebab konpem kalah. ha ha haa... 

Para ayah dok tepi back up anak-anak masa sukanika...

Para mak plak dok tepi je layan angin pantai...


Makin gelap la ko anak hai...

Ni organizer untuk tahun depan... he he hee...

Selpie ngan mak buyung...

Ini budak dah tak sabar nak mandi laut... Ayah memang kena bodyguard sebab pantang ada peluang je dia memang terus lari ke laut. ha ha haa... budak bandar jakun

Demok mami baru bangun tido, terus mami ajak selpie... 

Selesai aktiviti, semua lari masuk laut... Bapak budak dah macam budak-budak layankan anak-anak. he he hee...

Malam, selesai maghrib semua berkumpul kat depan bilik mak ayah sebab masa untuk BBQ. Memang telan lauk je la.. sedap-sedap semuanya. he he he... Budak-budak paling tak sabar aktiviti cabut undi hadiah.




Deretan hadiah... Kami buat collection rm50 setiap family. So, dapat la door gift. Saguhati untuk anak-anak. Hadiah untuk sukanika. Malam tu juga berlangsung pertandingan rebut kerusi dewasa. he he hee....


Penyampaian hadiah of course la dari Tok ayah kan... siap de ucapan dan pengumuman gitu. Apapun, terima kasih banyak mak ayah atas pengumuman mengejutkan tu. ehem...ehem...

Penganjur family day kami...


Organizer family day tahun 2015... antara yang terbaik. Tahniah!!!





Tak cukup lagi 2 family sebab lambat sangat bersiap... Masa ni mami ngan ayah nak pi kenduri kawen. Tu yang kena gerak awal.


Maka selesai la sudah family day kami bagi tahun 2015. InsyaAllah, tahun depan jumpa lagi... Lagi bertambah anak sedara. Biasa la mak ayah memang tiap-tiap tahun naik pangkat.










Thursday, December 10, 2015

:: Mami dan bawal

Update cerita ntah apa-apa sebab kes dah lama tak update blog. Nak bagi blog ni hidup sikit. Bukan takde cerita nak update cuma takde masa yang sesuai nak create story. Banyak kerja... huahuahuaaa....

 Cerita pendek kali ni kisah mami dan bawal je. Dulu takde anak kecik, lilit-lilit shawl bagai kan. Skang ni dah ada 2 hero memang tak keruan la kalo mami pakai shawl. Nak pakai instant shawl pun kadang-kadang kena tarik ngan anak gak. Last solution, mami back to bawal for temporary. Less pin gak. Cuma guna 1 brooch je laa. Then ikat depan ala-ala aidijuma. hu hu huu... senang & nampak kemas gak.





Kebanyakan bawal mami semua below rm20 je... yang penting senang pakai. Banyak lagi collection tapi ni je la yang sempat upload. Nama pun quick update kan. Pilihan bawal random x semestinya aidijuma jek. Cantik dimata mami maka cantik la dimata orang. muahahahaaa....

Ok, tamat... Tunggu next update. Nak cite family day keluarga mami.