Salaam Jumaat...
Wah! Dah masuk Mac baru ada hati nak update gitu. Sibuk ke 'acting' sibuk. he he heee... Rini ramai plak yang cuti, maklumla cuti sekolah dah mula kan. Boss plak meeting KL. Memang panjang langkah skit kot rini.
Ok, sapa nak tengok perkembangan Mummy sepanjang pregnant ni? Sila angkat tangan...ha ha haa
Sepanjang tempoh kehamilan ni sebenarnya memang turun naik berat badan. Tapi tuan badan tengok macam naik je sentiasa. Encik suami kadang-kadang tegur nampak susut, kadang-kadang nampak tembam. Yang pasti memang makin tembam. Makan sikit pun dia dah bising... Selalu cakap "Makan la lagi, bagi anak saya sihat". Nak buat camne, selera makan Mummy waktu malam memang kureng sikit sebab tu siang Mummy akan makan secukupnya. Okla... dah tak sabar nak tonjol diri sendiri ni. ha ha haaa...
Masa ni masih awal-awal lagi. Baru nak masuk 3 bulan. Awal kehamilan memang nampak sangat mendadak. Nak kata makan banyak, tak gak. hurmm... Masa Zahin, kebaya tu Mummy boleh pakai masa 6 bulan. Pregnant kali ni ada yang tilik perut ckp maybe baby girl. Yang pasti range rover bukan hakmilik Mummy walaupun no plat tu nama Mummy.
Pipi kembang semangkuk... Kali ni Mummy selesa berbawal je. Boleh la cover muka montel tu kan.
Tudung hitam lagi terserlah tahap kecomelan pipi tuh... Gambar ni saja nak tunjuk lipstic merah yang baru beli. ha ha haaa... First time ni beli kaler merah sebab warna natural dah biasa sgt.
Ini 2 minggu lepas masa sambutan Chinese New Year office... Genap 5 bulan. Orang dok tanya mana perut, bila nak pakai baju pregnant. he he hee... Gambar nipun orang konpius yang mana satu pregnant. Muka jela tembam kan. hi hi hii...
Yang ni fresh harini punya... Saja suh opismate amikkan sebab nak gak tunjuk perut kan. 22 minggu sudah, Alhamdulillah baby sihat walafiat. Mummy pun dah semakin 'sihat'. Separuh perjalanan dah selamat Mummy lalui dengan tabah.
Alhamdulillah sepanjang kehamilan ni Mummy diberi kesihatan yang baik. Demam sakit pening pun tidak serius mana cuma lumrah bila sakit kan. Untonglaaa ada suami yang paham keadaan isterinya ni. he he hee... Masih diberi kudrat untuk urus rumahtangga walapun tak la sesempurna mana.
selamat berjuang Mummy.. moga kita di berikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh mengandung ini..:)
ReplyDeletetak nampak sangat lagi perut tu...
ReplyDelete