Layan iklan

Tuesday, November 18, 2014

:: Kemusykilan ~ Hamil tapi masih menyusukan anak....

Ok, sila jangan musykil terhadap Mummy yer...

Kemusykilan ni memang Mummy dah fikirkan masa lahirkan Zahin. Ramai yang berpendapat bila fully breasfeeding, kita tidak akan datang bulan serta possibility untuk mengandung adalah sangat tipis. Tapi, pengalaman Mummy dari kakak Khaleesa & Zahin, cukup 40 hari Mummy akan datang bulan seperti biasa walaupun anak-anak fully breastfeeding. Last follow up dengan doktor Mummy selepas habis pantang, Mummy ada bertanya kemusykilan ni. Doktor cuma cakap " Kalau lepas 6 bulan takde datang bulan, set appointment dengan saya". he he hee...maksudnya ialah siapa yang tidak datang bulan masa full breastfeeding, there's sumthing wrong with their body system...or mungkin mengandung lagi. Oooppss!!

Hamil tapi masih menyusukan anak.... hurmmm.... kalau tanya orang tua, memang konpem la dieorang tak bagi. Disuruh putuskan susu sebab katanya anak tu hisap darah. he he hee... mana de darah warna putih kan. Agak tak masuk akal alasan tu. Tapi alasan takut bayi dalam kandungan tak cukup nutrisi, Mummy agak setuju. So, tangan ni memang laju je google pendapat pakar sakit puan sendiri.


Dr Zubaidi adalah antara yang Mummy follow... Kemusykilan Mummy terjawab dengan penjelasan Dr Zubaidi. Berikut adalah pandangan beliau: 



Tengok...malas nak taip, kita printscreen jek. hi hi hiii....

So, pada ibu-ibu kat luar yang rasa dah ready nak tambah zuriat walaupun masih breastfeeding tak perlu risau lagi ye. Paling penting kena jaga nutrisi pemakanan. Amalkan susu & nutrisi yang baik untuk tambah tenaga terutama pada ibu yang ada anak-anak besar & berkerjaya. Peduli apa orang cakap yang penting cari info yang sahih dulu. Cuma ada kawan Mummy suggest bila kandungan masuk 6 bulan, seeloknya stop breastfeeding sebab takut early contraction. Tapi sebenarnya ramai je yang teruskan breastfeeding sampai bersalin. Terpulang pada tuan empunya badan selagi tidak memudaratkan.

Mahap la, topik harini agak lari sikit. Sekadar perkongsian bersama.






1 comment:

  1. hehehhe.. ingatkan Mummy peknen lagi.. kikikiki
    setakat nih belom pernah terlintas nk tambah anak masa masih menyusu badan.
    kalo tereksiden tak boleh nak kata ape lah kan. hehehe

    ReplyDelete