Layan iklan

Friday, October 31, 2014

:: Bila si kecik jatuh sakit

Kali ni cerita sehari lepas deepavali... Si Zahin dah ada flu yang agak teruk cuma takde batuk & demam. So lepas beraya, dia terus ikut mak mentua balik. Saja mak amik stay ngan dia sampai hujung minggu. Tapi esoknya masa Mummy sedang bekerja, mak call bagitau Zahin batuk teruk & berkahak. Mak mintak permission nak bawak ke klinik. Yes, mintak permission sebab mak tau kami agak kurang mengamalkan ubat atas sebab-sebab tertentu. Then tengahari, mak call lagi cakap doktor nak explain kat Mummy. Lepas explanation, Mummy & encik suami bergegas amik Zahin untuk refer specialist. Untuk Zahin, memang kami ada doktor khas since baby.

Bila baru kena, Mummy memang taknak biar kan je sebab pengalaman sebelum ni dia admitted 6 malam. Paling haru bila sampai kaunter cakap doktor dah tutup klinik & masuk wad. Tapi akhirnya doktor accept cuma kena tunggu lama sikit la. Bila masuk bilik doktor & bincang, kami decide nak admit sebab setiap 2 jam Zahin kena neb & Mummy nak dia buat pre-suction.

Keadaan orang sakit masa mula-mula admit. Nasib la dapat bilik single. Kerjanya menjerit je. Kena neb meraung bagai. Nampak doktor dari jauh dah melalak. Slowkan aircond, melalak gak sebab kepanasan. Habis pusing sudah katil dok main itu ini. Paling haru bila dia taknak makan bubur hospital sebab tak sedap. ha ha haa... Paling best, gara-gara melalak masa neb semua nurse kenal dia. Mummy jalan-jalan kat luar, nurse tegur "Ni syamil ea". he he hee...

Dalam sejarah dia boleh tido 3 jam kat wad. Kalau kat rumah, stgh jam pun susah... Maybe penat melalak lepas neb & fisio. Takpela sayang, janji cepat sihat. he he hee...

Alhamdulillah, kami cuma check in 2 malam saja. Mummy paling takut kalau melarat sebab kesian kat dia. 
Now, dia semakin sihat & aktif sesangat. Letih melayan tapi Mummy tak kurus gak. huh!



Thursday, October 30, 2014

:: Deepavali kami...

Alhamdulillah tahun ke dua celebrate deepavali. Yeay! dapat rasa food sedap... Bukan senang dapat rasa original tosei, idli kan. Kalau lepak mamak, rasa masam sikit sebab biasa adunan tu akan diperap. Tahun lepas makan tosei kosong tapi tahun ni Mummy bantai tosei masala. Sedapnya.... Maruku plak, memang peluk balang je la kan. ha ha haa... Tapi kami tidak ler pergi sembarang rumah. Cuma beraya ke rumah family members je la. So takde ragu-ragu kan. 

Kami... sila la abaikan bantal kat perut encik suami tu. Memang sengaja letak. hi hi hii...
Kisah sehari sebelum raya, Mummy bergegas mencari outfit yang sesuai. Sebagai menghormati tuan rumah kan. heh!

Kami plus new baby girl yang memang suka amik gambar. Agak manja sikit ngan family Mummy. Ngan mami dia pon tak melese camtu. he he hee...

Anak-anak kami...

 Mak Pak pun nak jugek kan... selfie, wefie. 



Ni kami last year... masa ni zahin dalam perut. hi hi hii...





Wednesday, October 8, 2014

:: Aidiladha Kami

Salam Aidiladha...
Walaupun lambat tapi masih boleh terima kan. he he hee... Tahun ni balik mana? Mummy sekeluarga takde balik kemana tapi kami menuju ke Kuala Terengganu. Ramai yang ingat balik kampung tapi sebenarnya kami hantar kawan encik suami yang bernikah kat sana. Kali ni kami anak-beranak pergi. 2 hari 1 malam je tapi persiapan macam pergi 4 5 hari. Encik suami ada berbunyi 'jangan bawak sangat sayang'. Biasa la orang lelaki mana nak fikir kalau ada EMERGENCY kan. Lagi la bila melibatkan anak-anak. Untung ada Pengurus macam Mummy nih... in order gittew. Perancangan memang sentiasa lebih sehari. ha ha haa... Bab mengemas/ packing memang encik suami serah 100% kepada Mummy. 

Ini adalah pertama kali kami beraya di perantauan ok. Kedai makan di Terengganu memang kebanyakkan tutup. Nasib baik tempat berteduh, makan minum ditanggung sepenuhnya. Sempat lagi beraya rumah kawan encik suami. 1 kelainan beraya di tempat orang... dapat rasa gulai Terengganu. 

Ceria bagai kan masa nak bertolak ke Terengganu. Si kecik tu tak reti senyap. hu hu hu...

Kami... simple-simple jek. Takde baju raya sebab lepas majlis nikah, kami gegas balik JB.

Zahin 9 bulan... terasa macam dah besar sangat gituh. Habis dia tawaf dalam masjid tu. Terjerit-jerit tengok budak-budak main lari-lari.

Selamat pengantin baru Abg Ayub & Mimi... 


p/s: Kumpul duit sebab setiap bulan banyak gi holiday!