Tajuk entri kemain kan... ok la daripada takde update kan. Maklumla, Mummy berazam nak rajin update blog walaupun tidak la sekerap dulu. Dapat masa terluang, InsyaAllah Mummy akan quick update new entry.
Cerita minggu lepas, Mummy ngan encik suami jalan-jalan survey kawasan. Boring duk rumah katanya. Takde yang menarik sangat. Biasa la keluar cari makan... Encik suami skang addicted Shihlin Taiwan Street Snacks. he he hee... Weekend shopping memang tak best sebab ramai sangat orang. Lagi la JB kan, weekend memang dibanjiri Singaporean. Setakat window shopping cuci-cuci mata ok la. Yes, Mummy prefer shopping weekdays especially Jumaat. Nak tengok wayang, takut Zahin not behave. Setakat ni memang mudah bawak Zahin pi jalan-jalan sebab masih breastfeeding. Bab makan pun dah tak risau sebab Mummy dah bagi makanan pejal untuk dia. Dah tak mau makan blended food, dia prefer nasi or bubur. Tapi make sure it's safe for baby. My officemate bising bagi process food kat baby. Since Zahin 6 months memang Mummy bagi pure puri home made. Cuma sejak ada gigi, Zahin dah tak pandang puri especially puri sayur. Walaupun bekerja, tu bukan alasan Mummy akan bagi processed or junk food untuk baby. Memang kena rajin hokkay.
Budak kena paksa selfie... Kakak takde, adik jadi mangsa. Naik kereta Mummy, terpaksa dok belakang sebab malas nak cabut car seat Zahin.
Kisah kelisa @ "che minah" ayah yang baru dapat rumah baru. Rumah lama dah sempit sebab "che minah" dah besar. Rumah lama kami letak "che Ali". Encik suami pun bangun pagi sengih je tengok "che minah". Sanggup bersengkang mata siapkan setting rumah baru "che minah".
p/s: Tengok ikan ni sebenarnya terapi yang bagus.