Layan iklan

Tuesday, March 18, 2014

:: K.U.S.U.T

Entry hari ni agak emo sikit... he he he.. ye! dah a few days Mummy kusut. Bukan Mummy je, encik suami pun kusut sekali. Sapa-sapa yang alami memang akan kusut seperti kami. Ntahla, nak marah mende dah jadi. Yang kami mampu cuma SABAR dan mengharapkan HIKMAH. Kami dah seiring kemarau tunggu hujan tak turun-turun, tau-tau kena catu. Ok, ni bukan pasal air ye. he he he... melalut sudah. Sebenarnya masalah pengasuh. Seawal zahin 7 8 bulan dalam perut memang Mummy dah deal pengasuh baru. Tapi.... baru hantar 2 hari, Mummy dah kena minta cuti sebab pengasuh request cuti. Tak marah atau bengang cuma ada issue dalaman skit yang tak boleh diterangkan. ha ha haa... Seminggu dua ni kami suami isteri memang struggle cari pengasuh baru untuk zahin & khaleesa. Mummy memang mengambil kira keselesaan anak-anak. Bukan masalah duit cuma kami perlukan pengasuh yang ikhlas dapat menjaga amanah yang diberi.

Alhamdulillah, berkat kesabaran kami... memang ada HIKMAH semua kesulitan tu. Akhirnya dapat juga last minit pengasuh baru. Keselesaan tu memang terasa sangat kat hati kami suami isteri. InsyaAllah, awal bulan depan zahin & khaleesa mula duduk ngan pengasuh baru. Buat masa ni zahin terpaksa rotate hantar ke rumah mak & mak mentua. Rindu kat hati ni, ALLAH saja yang tahu. Sapa nak berjauh ngan anak-anak kan.

Sedih tengok domok Mummy nih...

Mummy pun tengah kusut ngan kerja-kerja pending masa cuti bersalin. Neway, terima kasih kat officemate especially sis AZILAH (mesti dia baca punye entri ni). Tak terbalas apa yang uols dah tolong ni. Cuma kusut nak register & sorting. Maklumla, company ada ISO...tak buat kena NCR lak. Bila NCR dah banyak, tak dapat BONUS plak. hu hu hu...

Ok, sempat selfie ngan documents yang di sort tu. he he he... Tu memang kulit muka saya ye..takde makan double or triple sterm cell, shaklee or apa-apa la.ha ha haa...

Separuh stok breast milk Mummy... memang working hard untuk zahin. Hajat dihati nak 2 tahun (konfiden je kan) tapi dapat 6 bulan pun dah kira ok.

p/s: Mengharap semoga semuanya dipermudahkan olehNya. AMIN

Thursday, March 13, 2014

:: Fully breastfeed

Alhamdulillah sepanjang pantang 60 hari, baby zahin memang susu badan sepenuhnya. Hajat dihati memang nak bagi sepenuhnya secara exclusive. Mummy memang buat stok untuk hantar ke rumah babysitter tapi dalam masa yang sama Mummy letak gak susu formula. Cuma masalah terbesar Mummy bila zahin tak mahu teats lain selain Mummy punya. he he he... as experienced, masa kakak khaleesa pun sama gak tapi masa tu taska ngan tempat kerja dalam 3 - 5 minit je. So memang Mummy berulang la susukan dia. Sekarang ni plak, rumah babysitter ngan office Mummy agak jauh la gak. Agak payah la Mummy nak berulang tapi nak ke taknak Mummy tetap berulang. 

Sebelum ni Mummy dah beli botol mimijumi konon sebagai persediaan untuk zahin practice. Malangnya zahin taknak walaupun teats mimijumi look a like teats original. Maybe air susu keluar laju & baby tak dapat control sendiri. 
Botol memang cantik & harga pun lagi la cantik... he he he tapi sayang zahin tak nak.

Setelah puas tanya kawan-kawan & google search, Mummy pilih botol pigeon plak. Harga pun boleh tahan tapi tengok review para ibu yang ada masalah macam Mummy, semuanya amat berpuas hati. Memang Mummy nekad beli botol pigeon tu selepas 10kali berfikir. ha ha ha...



Ini la botolnya PIGEON PERISTALTIC PLUS BOTTLE (BPA free)... ada banyak jenis tapi ini yang terbaik (hasil risikan).he he hee.. harga rm55 together teats 0 months

Bila dah beli, maka hati ni memang tak sabar nak sumbat ke mulut zahin. Kalau ikutkan hati nak beli teats yang 0 - 3 months tapi takut membazir plak. So, Mummy guna je teats yang sedia ada. Sampai je rumah, Mummy keluarkan stok susu. Lepas cairkan, terus masuk botol. Agak risau sebab 5 auns tu takut tak abes. Biasa zahin akan hisap tak sampai 2 auns pun. Sekali Mummy sumbat, terus dia hisap macam biasa sampai HABIS. Masa tu, hilang sakit kepala Mummy. Lega sebab dah jumpa botol terbaik.

REVIEW: Teats pigeon sangat lembut dah hampir menyerupai teats original. Susu juga tak meleleh bila diterbalikkan. Terbaik adalah bila teats tidak dihisap, susu takkan keluar. Tips Mummy pemilihan teats, baby berumur 1 - 3 bulan yang bf sepenuhnya, better guna teats 0months. Sebabnya baby tidak suka aliran yang laju. Mummy biasa akan pam dulu sebelum direct feed sebab zahin sangat marah kalau susu laju. Dia suka santai-santai gitu.he he he...


Zahin minum dengan selera. 2 3  hari ni zahin terpaksa campur minum susu formula sebab tinggal dengan mak mentua. Babysitter issue...hu hu hu...

Muka budak kekenyangan...hik hik hik... terlebih kasih sayang gitu.

Wednesday, March 12, 2014

:: Kawan baru

Kawan baru?? Mummy memang dah ada kawan baru skang ni...sapa lagi kalau bukan baby zahin. Rupanya si ayah pun nak kawan baru gak. Dah lama simpan angan-angan nak ada kawan baru. Kalau setakat kawan macam tak best...nak lagi best 'kawan-kawan'. Ayah kalau balik kampung Mummy memang selalu survey-survey je. Memendam rasa nak amik ke x, nak amik ke x.

Minggu lepas, encik suami dah ckp awal-awal...nak gak amik kawan-kawan baru. Semangat memilih...he he he... nasib baik dapat nego harga terbaik dari tokey kedai. Dah la dapat diskaun banyak, pastu dapat lagi free gift. 


Misi mencari kawan-kawan ayah...hi hi hi... Kakak khaleesa masa ni sedang lena diulit mimpi. Penat sangat la tu ikut Mummy ngan ayah jalan-jalan. Zahin je la yang melayan ayah pilih kawan-kawan.

Yeay! tula kawan-kawan baru ayah... bila tutup lampu, ke sana ke mari dieorg. Bila buka lampu, kelam kabut menyorok. Ala-ala Edward Cullen gitu. ha ha ha... Ayah skang pun senyum je balik kerja tengok kawan-kawan. Addicted!


Tuesday, March 11, 2014

:: Seperti sediakala

Alhamdulillah... Mummy dah selamat menempuh pantang 44 hari & 60 hari bercuti. 10 Mac 2014 secara rasmi Mummy dah naik kerja. Mata masih menenung emails & documents yang melambak.hu hu hu... Kakak khaleesa & baby zahin pun dah mula duduk dengan babysitter. Agak kelam kabut la gak, macam 1st day school. Tapi Mummy percaya, tak lama nanti Mummy dapat biasakan diri. Maklum la dah lama takde anak kecik, rasa kekok sikit. Ada la beberapa rutin yang berubah.

Encik suami juga adalah insan yang paling banyak membantu Mummy dalam uruskan anak-anak seharian. Penat tapi bahagia gitu. he he he... Baby zahin pun masih BF & Mummy bersyukur dikurniakan susu yang banyak. Ramai yang tanye Mummy makan & ambil supplement apa. Terus-terang, Mummy takde ambil apa-apa suppliment. Mummy bertuah tergolong dalam golongan banyak susu. Cuma masalah terbesar skang ni zahin tak mau puting botol. Bukan tak ajar masa cuti, dia hanya minum sikit je. Puting original lagi best...he he he... masuk kerja, terus Mummy google search the best bottle for fully breastfeeding baby. Tanya-tanya gak kawan-kawan. Mummy akan cuba dan jaya. Sian kat zahin asik kembung jer.

Kakak khaleesa pun dah dapat biasakan diri ngan sekolah. Mula-mula agak risau sebab kakak takde transit. Balik sekolah rendah dia akan terus ke sekolah agama. Dari sekolah agama, dia akan balik rumah babysitter. Paling kesian waktu hujung minggu kami. Cuti negeri johor kan jumaat sabtu, kami mak pak lak cuti sabtu ahad. So masa nak jimba-jimba agak limited. Tapi kami tetap enjoy weekend & kena la tunggu kakak balik sekolah. Lagi 2 minggu nak cuti sekolah, so skang dia hari-hari dok belek kalendar. Menghitung hari nak ke Gambang waterpark. Disebabkan cuti sekolah hujung tahun lepas takde kemana sebab Mummy due, so cuti sekolah bulan 3 ni kira ganti la. Alhamdulillah rezki 2014 agak baik... syukur sangat-sangat.



Zahin turned 2 months and 6kg already... ayahnya ckp "anak Mummy". Memang manja banyak ngan Mummy. Melekat jer..hi hi hi...


Aktiviti kakak khaleesa bila balik sekolah. Pandai jaga adik bila Mummy buat kerja rumah & memasak tapi kakak cepat bosan gak. Pandai plak zahin senyap bila ngan kakaknye... Kakak makin gelap & kurus sejak sekolah ni.





Our weekend activities... kakak & adik bosan dok rumah jer. he he hee...

p/s: Nothing much to say "Mummy bahagia"