Layan iklan

Friday, July 26, 2013

:: Baby on board...

Alhamdulillah... 17th Ramadhan dan Salam Jumaat.


Hari ni saja Mummy nak cerita perkembangan diri sendiri. InsyaAllah, jika diizinkan Allah... little angle will coming soon on January 2014. he he hee... Alhamdulillah sekarang ni dah nak masuk 4 bulan. Awal-awal ritu Mummy ok je cuma penat je la... Tapi bila masuk Ramadhan, mengada la plak kan. Mummy cuma dapat puasa hari pertama je. Tupun dah macam apa kan. Melepek jer... Perut masuk angin, lepas berbuka terus muntah semula. Ingat nak cuba puasa lagi, tapi lepas sahur pun muntah lagi. Akhirnya encik suami cakap takyah puasa.he he he...

Sebenarnya perut Mummy takleh kosong & takleh penuh sangat. Bila perut kosong, masuk angin & mula la badan ni bisa-bisa. Tapi bila perut penuh sangat, mula la mual...takyah tunggu lama, konpem muntah semula. So, Mummy amik makanan dalam kuantiti yang sikit tapi kena kerap. Bulan puasa nipun berat turun 2kg walaupun tak puasa. huh! Harap-harap next month dan seterusnya Mummy akan ok.

Alhamdulillah, walaupun badan agak letih... Mummy dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, mami & pekerja. Masih lagi mampu bangun pagi sediakan sahur untuk encik suami & cik khaleesa. Teman dieorang makan. Bulan puasa ni Mummy pilih 8.00pg - 4.30ptg, so sempat la masak juadah berbuka. Puas hati masak sendiri bagi elak membazir.

Ok...doakan Mummy & baby selamat sihat sejahtera ye. Expecting gender?? Tak kisah la asalkan selamat... Tapi dalam hati ni, nak girl lagi...he he hee...

2 comments:

  1. Tahniah Mummy..
    saya tumpang happy..

    moga mummy dan baby sentiasa sihat k~
    jaga diri..:)

    ReplyDelete
  2. Tahniah...jaga baby baik2 tau jgn lasak2. Risau u.

    ReplyDelete