Layan iklan

Friday, July 26, 2013

:: Persiapan raya cik Khaleesa...

Erk! Alhamdulillah...kenyang. Perut ni memang kena isi sikit walaupun sikit. Mummy kena ada tenaga gitu. he he he...

Mana yang ada anak, mesti dah sibuk buat persiapan untuk dieorang kan. Mummy pun memang tak terlepas. Gaji masuk je, setel hutang piutang. Then kena setel persiapan anak dara Mummy lak. Tahun ni sederhana je sebab dia ada beberapa helai baju yang masih bertag. Mummy ni pantang keluar, mesti akan beli something untuk dia. Tahun ni Mummy cuma belikan dia kasut & gaun baru. Tupun dekat rm200 melayang. Apparel untuk budak-budak dah mengalahkan harga orang dewasa punye skang ni. ha ha ha... Tapi untuk budak-budak ni tak boleh la beli banyak contohnye jeans sebab cepat membesar kan. Cik khaleesa tu walaupun baru 6 tahun, dia kena pakai jeans 7-8 tahun punye. Cepat tinggi makcik kecik tu. Baju pun sama...ramai ingat dia dah darjah 2.

Tahun ni baru Mummy bagi dia pilih kasut raya wedges... Dah lama dia teringin tapi Mummy tak bagi takot terpelecok & terkehel. Masa test, dia jalan ok....maka boleh la belikan. So anak dara skang. Gaun pun dia pilih sendiri. Tahun ni pun dia nak tudung. So, Mummy belikan halfmoon customade khas untuk dia. Suka la dia sbb dah lengkap raya dia. Untuk baju raya, Mummy tak buat sebab dress masa majlis Mummy ritu baru pakai sekali. Sayang kalau terbiar macam tu je.

Alhamdulillah, puasa dia masih cukup... Tengok dia happy je dapat puasa. Mummy & encik suami tak paksa, tapi cik khaleesa dapat bertahan. Tak pernah miss bangun sahur. Minggu depan Mummy nak pasang cadar princess kat bilik dia, konpem dia happy. 

Cik khaleesa yang masih aktif main kat playground walaupun puasa...

Test tudung raya... Suka dia! Gambar kasut & baju-baju lain Mummy tak snap. 

p/s: Ni baru belanja untuk sorang anak...kalo 2 3 orang camne la agaknye kan?? ha ha haa... Takpe, rezki tu Allah yang bagi.

:: Baby on board...

Alhamdulillah... 17th Ramadhan dan Salam Jumaat.


Hari ni saja Mummy nak cerita perkembangan diri sendiri. InsyaAllah, jika diizinkan Allah... little angle will coming soon on January 2014. he he hee... Alhamdulillah sekarang ni dah nak masuk 4 bulan. Awal-awal ritu Mummy ok je cuma penat je la... Tapi bila masuk Ramadhan, mengada la plak kan. Mummy cuma dapat puasa hari pertama je. Tupun dah macam apa kan. Melepek jer... Perut masuk angin, lepas berbuka terus muntah semula. Ingat nak cuba puasa lagi, tapi lepas sahur pun muntah lagi. Akhirnya encik suami cakap takyah puasa.he he he...

Sebenarnya perut Mummy takleh kosong & takleh penuh sangat. Bila perut kosong, masuk angin & mula la badan ni bisa-bisa. Tapi bila perut penuh sangat, mula la mual...takyah tunggu lama, konpem muntah semula. So, Mummy amik makanan dalam kuantiti yang sikit tapi kena kerap. Bulan puasa nipun berat turun 2kg walaupun tak puasa. huh! Harap-harap next month dan seterusnya Mummy akan ok.

Alhamdulillah, walaupun badan agak letih... Mummy dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, mami & pekerja. Masih lagi mampu bangun pagi sediakan sahur untuk encik suami & cik khaleesa. Teman dieorang makan. Bulan puasa ni Mummy pilih 8.00pg - 4.30ptg, so sempat la masak juadah berbuka. Puas hati masak sendiri bagi elak membazir.

Ok...doakan Mummy & baby selamat sihat sejahtera ye. Expecting gender?? Tak kisah la asalkan selamat... Tapi dalam hati ni, nak girl lagi...he he hee...

Friday, July 19, 2013

:: Am 32 now!

Alhamdulillah... on 12 July 2013, am officially 32 years old. Tiada rahsia pada umur...nombor je pun kan (ayat sedapkan hati) he he he... Tahun ni Mummy sambut pada 3 Ramadhan & sememangnya Mummy dilahirkan pada bulan Ramadhan. Tak ingat plak bape Ramadhan. Takde special event tapi Mummy happy dapat berbuka bersama keluarga mentua sambil tiup lilin (siap nyanyi bagai).he he he... 1st wish mesti la dari encik suami kan... siap wassap gitu di awal pagi saat dia dibilik & Mummy menyiapkan sahur. 

Actually, encik suami dah bagi hadiah awal 3 bulan atas alasan yang munasabah ye. huh! Kebetulan phone Mummy rosak, maka dia terus belikan & declare it's a birthday present advance. So kena jaga baik-baik la kan... Alhamdulillah masih dalam kondisi yang baik buat masa ni. Mak mentua awal-awal dah bagi dress cantik...siap soh Mummy test. Teringin nak tgk menantunya yang comel ni pakai. InsyaAllah raya nanti akan dirasmikan. Sebenarnya encik suami bagi lagi hadiah tapi Mummy pilih sendiri la... Apa bentuk hadiah, tak penting. Yang penting dapat celebrate sama-sama.

Bagi Mummy, glad having this beautiful loves...

p/s: Now am feeling old with beautiful 'anak dara' & upcoming little angel... :)

:: R.I.N.D.U

10 Ramadhan 1434H

Rindunya nak berblog tapi kengkangan masa amat mencemburui Mummy. So banyak kerja sampai tak tahu nak mula dari mana. Hari-hari stress...bayangkan la, nak cuti @ MC fikir banyak kali. Terlepas sehari bermaksud bertambah bebanan kerja. Nak cuti pun kena plan betul-betul sebab kalau boleh taknak bebankan opismate.hu hu hu... 

Bulan May adalah bulan stress untuk Mummy. Awal bulan May, Encik Suami dah set untuk buang tonsil & sinus. Sakit pinggang gak 2 malam tido hospital. Nasib baik cik khaleesa dok ngan mak mentua. Dugaan jaga orang sakit ni especially bab makan.he he hee... Sian encik suami, dekat 3 minggu la gak makan makanan lembut je. Alhamdulillah, masa birthday encik suami... dia dapat makan ice cream cake baskin robin. Syukur encik suami dapat sihat sepenuhnya.

Yeay! Ni la birthday boy yang happy sebab dapat beli hadiah sendiri.he he he...

Sempena cuti sekolah, encik suami memang dah janji ngan cik khaleesa nak bawak dia jalan-jalan. Trip kali ni kami bawak dia ke Sunway Lagoon then naik ke Kedah join trip geng memancing encik suami. Unexpected trip kami adalah Penang... penat nak drive balik & encik suami demam la plak kan. Yang pasti memang enjoy la. Paling seronok cik khaleesa sebab dapat jalan-jalan & tido hotel (katanya). he he hee... 

Cik khaleesa yang semakin montel... masih lagi puasa penuh dengan alasan "nak duit raya". Taat setia bangun sahur...proud of u sayang!

Trip Kedah & Penang... Sila abaikan Mummy yang semakin comel tu.hik hik hik...

Banyak nak cite tapi nanti Mummy susun dulu ye. La ni baru ada mood nak update blog gitu tapi tak tahu la sampai bila mood ni bertahan.