Layan iklan

Monday, April 1, 2013

:: Movie #25 ~ GI Joe: Retaliation

Macam biasa acara wajib dihujung minggu... Sekurangnya seminggu sekali Mummy & encik suami akan bawa cik khaleesa outing tengok wayang. Movie pilihan kali ni memang encik suami dah highlight awal nak tengok. Excited bila Mummy cakap nak belanja tengok cite dia.he he hee... Setel antar rombongan pengantin jiran, berdesup kami ke bandar. Kalau boleh memang nak tengok current showtime sebab malas nak tunggu lama sangat. Lemau plak jadinya...

Yeah! tu dia GI Joe: Retaliation...

Awesome, best &  best gila... tu je yang dapat Mummy gambarkan.he he hee... Yang 1st GI Joe Mummy tak pernah tengok tapi encik suami pernah cerita sinopsisnya. Maklumla, Mummy ni kalau tengok tak tau hujung pangkal memang mulut ni takkan berhenti tanya macam-macam. Dia buhsan! ha ha haa...

Sinopsis dipetik dari Oh!Bulan :



Bagi yang sudah lama menunggu, kini masanya sudah pun tiba. Plot cerita filem “GI Joe : Rise of The Cobra” yang sebelum ini tergantung bakal dijawab dalam filem terbaru arahan Jon M. Chu iaitu “GI Joe : Retaliation”.
Sebelum ini, anggota GI Joe telah terbabit dalam konflik menyelamatkan dunia dari pengganas Cobra yang menggunakan senjata nanotech yang berbahaya. Kali ini pula, kumpulan askar elit yang telah dilatih ini terpaksa mengharungi kejadian yang tidak pernah mereka sangka akan berlaku. Seluruh pasukan GI Joe diserang hendap disebuah gurun dan menyebabkan ketua mereka iaitu Duke (Channing Tatum) dan semua anggota yang lain mati dibunuh.
Serangan ini telah diarahkan oleh Zartan (Jonathan Pryce) yang telah menculik dan kemudian menyamar sebagai presiden Amerika. Akibat dari kejadian ini, hanya beberapa anggota GI Joe sahaja yang terselamat iaitu Roadblock (Dwayne Johnson), Lady Jaye (Adrianne Palicki), Flint (D.J. Cotrona), dan juga Snake Eyes (Ray Park).
Hanya tinggal mereka berempat yang merupakan anggota asal GI Joe, Roadblock kemudian dilantik sebagai ketua baru dan merancang untuk menuntut bela atas kematian ahli pasukannya. Dibantu oleh General Joseph Colton (Bruce Willis), seorang pegawai atasan yang telah bersara, mereka dibekalkan dengan pelbagai senjata dan juga maklumat sulit.
Dalam pada itu, Storm Shadow (Byung-Hun Lee) yang sebelum ini berjaya melarikan diri telah dihantar oleh Zartan untuk pergi membebaskan Commander Cobra yang telah dikurung di sebuah penjara sulit. Dengan bantuan seorang lagi penjahat iaitu Firefly (Ray Stevenson), Commander Cobra berjaya meloloskan diri walaupun telah ditahan dengan ketat.
Klimaks cerita ini ialah apabila Zartan telah meminta semua pemimpin negara yang mempunyai senjata nuklear, menghadiri sidang kemuncak kuasa nuklear yang diadakan di Amerika Syarikat.
Zartan yang telah menyamar sebagai presiden Amerika ini kemudian telah mengugut kesemua pemimpin negara yang hadir dan mengaktifkan senjata nuklear Amerika dihadapan mereka dan terus mengarahkan senjata itu ditujukan ke negara pemimpin yang hadir. Tindakan ini mengejutkan mereka semua dan tanpa berfikir panjang, kesemua pemimpin negara tersebut turut mengaktifkan senjata nuklear mereka dan mengarahkan ke Amerika pula.
Dalam waktu genting itu, kesemua mereka bertelagah dan secara tiba-tiba Zartan telah menyahaktif peluru berpandu yang dihantar dan ia terus meletup di atmosfera. Sekali lagi, tindakan mengejutkan ini telah menyebabkan pemimpin negara lain keliru dan terpinga-pinga. Akhirnya, mereka terpaksa mengikut langkah yang sama.
Tujuan Zartan melancarkan senjata nuklear ini ialah supaya semua negara yang mempunyai senjata nuklear menggunakan senjata mereka pada waktu yang sama. Ia demi memberi laluan pada Commander Cobra untuk berkuasa tanpa ancaman dengan senjata berteknologi tinggi ciptaan mereka yang dinamakan Zeus.
Anggota GI Joe yang terselamat mengetahui rancangan Cobra untuk menguasai dunia. Mereka kemudian merancang strategi lebih awal dan dibantu oleh Jeneral Colton, Roadblock bersama yang lain telah menyerang hendap sidang kemuncak nuklear tersebut.
Namun ketika mereka sampai, senjata Zeus sudah diaktifkan ke beberapa lokasi dan kesannya, ia mampu membunuh semua populasi manusia di bumi. Dalam ketegangan ini, pertempuran dan perebutan berlaku diantara GI Joe dan Cobra. Sebuah beg bimbit yang mempunyai akses kepada senjata Zeus menjadi penentu hidup dan mati penduduk dunia.



Yang mampu Mummy katakan...filem ni memang wajib tonton. Semua superb mantap. Especially masa scene ninja 'main' swing-swing. Kagum...rasa macam nak join sekali.ahaks! Sekeping tiket rm14 rasa berbaloi sangat-sangat. 

Rating Mummy: 4.75/5 bintang

1 comment:

  1. mesti tgk ni.. tuhari pegi lum keluar..

    dating dgn en somi tgk katun The Croods.. best gak.. hihihii..

    ReplyDelete