Layan iklan

Monday, April 30, 2012

:: Selamat Hari Pekerja


Entri last sebelum Mummy balik & bercuti esok...



:: Lunch at Avonday's cafe

Harini...bukan lunch utk Mummy tapi BRUNCH... gila starving! ha ha ha...
Kerja tak banyak so memang konpem 100% Mummy sempat menggoogle destinasi lunch hour. Ada beberapa pilihan, tapi takpe....blh Q. he he he... Lepas bincang & berfikir baik & buruknya (chewahh! poyo sengal...) kami pilih Avonday's Cafe kat Bukit Indah.

 Dijamin HALAL yer kawan-kawan...

Orang tamak memang kena minum air suam jer... (maksudnye, makan banyak la tuh!)

 Ooppss! Ni bukan Mummy punye yer. Konpem tak kenyang meroyan cari makanan lain. Ni lunch kawan Mummy. Sian dia tak kenyang...ingat big portion...skali datang, ciput jek.

Yeaaa!! Ni Mummy punye. Chicken + Fish & Chips. Tamak kan?? Makan pun gelojoh semacam...maklumla tak breakfast...geng ngulor sume cuti... sob! sob! 

p/s: tak sure la perut ni rasa kenyang ke tak... ???

:: Memilih Calon Suami yang Soleh



Memilih calon suami merupakan perkara terpenting dalam kehidupan seorang muslimah kerana :

i) Siapakah pemuda yang akan menjadi pasangan hidup anda?

ii) Siapakah pemuda yang akan menjadi calon ayah dari anak-anak anda?

iii) Siapakah yang akan menjadi pendamping hidup anda sama ada didunia maupun di akhirat kelak?

iv) Siapakah yang akan menjadi pengingat anda menuju ketaatan kepada Allah S.W.T yang akan membawa anda pada kesuksesan hidup baik didunia maupun di akhirat?

Oleh itu, carilah 3 perkara ini dalam memilih pasanganmu :

1) Jangan menikah kecuali anda dan keluarga redha. Jika anda redha namun keluarga anda tidak atau keluarga redha sedangkan anda tidak, maka jangan lakukan.

2) Carilah pada calon suami anda tentang agama dan akhlaknya, kemudian barulah cari hal-hal yang lain.

3) Janganlah tertipu dengan rayuan seorang pemuda, yang menjauhkan anda dari keluarga anda dan membawa anda pergi. Ketahuilah, bahwa ia adalah serigala yang ingin memangsa dan kemudian akan mencampakkan diri anda. Kerana sesungguhnya Allah S.W.T menyuruh kita untuk mendatangi rumah dari pintu-pintunya.Maka apabila ada seorang pemuda yang datang ingin
meminang wanita, maka dia haruslah datang kepada orang tua wanita tersebut, kemudian datang bersama keluarganya dengan perlakuan yang baik.



Sumber: Excel Qhalif

p/s: Serius takde mood nak buat keje ni. Kat opis ni cuma 5 orang yang keje... hu hu hu

:: Burung hantu vs Purple Love

Akibat terlalu 'banyak' tido siang...kesannya dapat dilihat waktu malam. Mummy tak boleh tido.hu hu hu... Sabtu yang baru lepas ni, Mummy bawak Pn Emak keluar seharian. Maghrib baru balik rumah. Memang puas hati la dapat bawa dia jalan-jalan. Sambil-sambil jugak bawak adik yang tak bersalin lagi. Bagi cepat skit baby keluar... baby degil sbb mama asik makan sedap jek, so baby dalam perot pun sedap la. he he he...

Ahad takde aktiviti, Mummy tido... akibatnya, malam tadi Mummy dah macam burung hantu. Dahla, cik Khaleesa tak ikut Mummy balik JB...memamg sunyi gila! Mummy rindu awak la sayang... pujuk ajak balik, dia tak mau.hu hu hu...

Nasib baik la En ASTRO open 130 channel free sampai 6 Mei... So dapat la Mummy layan semua channel. Nak dijadikan cerita, Mummy tertengok movie 'Purple Love'. Okla, layanla gak... lakonan kumpulan UNGU & Nirina Zubir.Mula-mula cam boring jer...tapi lama-lama seronok plak. Mata tak mengantuk lagi. Awalan cerita, happy jek...pastu dah kat tengah-tengah, jadi sedih plak. Lagi beberapa minit nak ending, sedih....akhirnye happy ending. *phew!!*... berdebar gak sebab Mummy ingat heroin meninggal. he he he...


Nirina Zubir sangat cute... Pasha tak ensem pun...nampak tua.

So far, dalam banyak-banyak indonesian movie yang Mummy paling suka... 

Eiffel, I'm In Love


p/s: Sebelum tido tengok dapur... water filter leaking. Dah siap lap, terus masuk tido...pun tak boleh tido gak. Sempat baca buku... akhirnya paksa diri ni tido gak... pukul 3.00 pagi tido, pukul 6.30 pagi dah bangun semula...


:: Lagu #13 ~ Sejak Kau Ada

MODE: Update blog sampai muntah... Ramai yang sambung cuti rini sbb esok cuti Hari Pekerja.


Lihatlah mataku bersinar
senyumku mengembang berseri
kerna ada kau disampingku
sejak kau hadir di hidupku

tiada kata yang dapat
ku ungkapkan rasa
tiada yang tahu betapa
aku bahagia

ku petik bintangbintang dilangit untukmu
kan ku bawa kau terbang ke bulan

tiada kau tahu
betapa ku sayang kamu

sayang kamu


:: Kupilih Hatimu...

MODE menjiwang dipagi hari...

Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati) 
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
lyricsalls.blogspot.com
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati

Friday, April 27, 2012

:: 10 Resepi Di Dalam Hubungan Percintaan

Cinta. Semua orang pernah rasa cinta, bercinta & dicintai. Di Jumaat yang panas terik nih, Mummy terbaca 1 artikel menceritakan resepi dalam perhubungan percintaan. 

Cinta. Sebagaimana mudah untuk mendapatkannya, begitu jugalah untuk melepaskannya. Tanpa adanya tindakan untuk mengukuhkan sesebuah perhubungan itu, hubungan yang dijalin belum tentu dapat bertahan dengan lama.
Dalam sesebuah hubungan, tanpa kita sedari kadang kala kita kurang dalam memberi sebarang komitmen sehingga lah timbulnya masalah. Keutuhan sesebuah perhubungan itu dapat dipertingkatkan daripada pelbagai aspek. Cuma berbalik kepada keinginan kita sendiri samada ingin mengukuhkannya atau membiarkannya pada tahap biasa-biasa sahaja.

1. Kekuatan Berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut. Berfikirlah tentang ciri-ciri pasangan idaman kamu, walaupun pada dasarnya kamu tidak mungkin mendapat semua ciri-ciri itu.

2. Kekuatan Untuk Menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa sahaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”.
Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan Untuk Memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri.
Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?” dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan Persahabatan

Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama–sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh.Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu. Melalui persahabatan jugalah kamu akan lebih mengenali peribadi masing-masing.

5. Kekuatan Dari Sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. Kekuatan Untuk Melepaskan

Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.
Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.
“Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku, hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan Dalam Komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya.
Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik iaitu “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata–kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan, dan sekarang, kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan Dari Komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah-ruah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu.
Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubungan kamu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan Semangat

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik.
Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta.

10. Kekuatan Dari Rasa Percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang itu pasti menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan.
Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan-akan hubungan kamu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir.
Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar–benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri
“Apakah aku benar–benar mempercayainya sepenuh hati ?”
jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.
Sumber: NotaHati
P/S: Dedicated to Sayang...


Thursday, April 26, 2012

:: Lagu #12 ~ Tiada Duka Yang Abadi

Thanks again to cik Nizrin yang rajin email lagu pada Mummy. Harap kawan Mummy tabah, sabar & jangan sedih-sedih yer...

TIADA DUKA YANG ABADI


Tiada duka yang abadi didunia 
Tiada sepi merantaimu selamanya 
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti 
Takdir hidup ‘kan dijalani 

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring 
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu 
Namun ku percaya hati meyakini 
Semua akan indah pada akhirnya 

Andai bisa ku mengulang 
Waktu hilang dan terbuang 
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi 
Tapi waktu tak berhenti 
Tapi detik tak kembali 
Harap ampunkan hamba-Mu ini 

Waktu berputar rebulan dan matahari 
Bunga yang mekar akan layu akan mati 
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti 
Takdir hidup ‘kan dijalani 

Andai bisa ku mengulang 
Waktu hilang dan terbuang 
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi 
Tapi waktu tak berhenti 
Tapi detik tak kembali 
Harap ampunkan hamba-Mu ini 

Andai bisa ku mengulang 
Waktu hilang dan terbuang 
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi 
Tapi waktu tak berhenti 
Tapi detik tak kembali 
Harap ampunkan hamba-Mu ini 
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Wednesday, April 25, 2012

:: WW #15 ~ Gaji oh Gaji



OK, GAJI BELUM MASUK LAGI...

???




:: Lagu #11 ~ Cerita Dia

Ok, lagu takde kena mengena ngan sesapa. Cuma kawan Mummy, cik Asmah beriya cari lagu ni. Motifnya, (1) lagu ni best! (2) Sakit hati ngan penyanyi perempuannya... Vokalis tarik punyela best, si perempuan mendatar jer. Kami yang dengar cam geram plak. he he he... jangan emo ok! 

Kalau tak percaya, sila lah dengar...



Monday, April 23, 2012

:: Lagu #10 ~ Tentang Rasa

Mummy baru tau lagu ni best... lambat kan? he he he...


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan aku lepas penatku
'tuk sejenak dibahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau & aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Kutitipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda & masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau & aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau & aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya




Friday, April 20, 2012

:: Farewell Cik Asmah

Officially rini last day Cik Asmah dgn Educity... huhuhuu... walaupun tempat kerja baru Cik Asmah dekat la sgt, kami tetap rasa sedih ni. sob! sob! 2 tahun kita 1 team. 

Semalam seharian Mummy ngan Cik Mazuin arrange farewell dinner utk Cik Asmah. Cari hadiah yang paling dugaan. Penat sangat ditambah lagi ngan hujan lebat. Buat reservation dinner kat Banafee Village. Pilih menu yang memeningkan kepala sebab takut lari bajet. Lagi sakit hati bila ramai yang tak bagi confirmation. Masalah kecik je... janji settle.

Layan gambar sampai muntah yer... 

 Inilah Cik Asmah kita...



 Celebrate skali April Birthday

 Zaireen & family... mcm kena 'tambah' lagi nih...

 Cik Azie & family... pun kena 'tambah' lagi nih...ha ha ha...

 Antara AJK majlis...

 Sebelum speech kena gaya ala2 retiss...

 Cik Asmah ngan 'bf' Educity



 Yang paling depan masih single tap not available kot.hi hi hi... 





* Menu sangat hampeh...!


Thursday, April 19, 2012

:: Aquara Spray Giffarine

Teruja untuk membeli bila baca entry dari  blog Diari Reality......Perjalanan Hidupku 

Saja gatal-gatal nak cuba sebab tak pernah mencuba sebarang spray untuk mengekalkan make-up. Lagipun spray2 yang ada agak mahal. Aquara spray agak murah la... hanya rm18.90 je tapi tak taula sesuai ke tak ngan kulit Mummy. Ala, setakat spray je kan.he he he...

Mummy akhirnya mengorder la Aquara spray ni thru FB. Ptg masuk ofis, dah terletak atas meja. Memang agak teruja nak mencuba. Nak tau keberkesanannya... Maklumlah...kulit muka 'flawless' la sgt. Dinner malam ni akan dicuba...

Beriya la gak bungkusannya...

Rupa bentuk Aquara Spray Giffarine ni.

Kalau rasa nak mencuba blh klik blog Cik Sue Elle @ FB Group 


Wednesday, April 18, 2012

:: Lagu #9 ~ Maha Melihat

Opismate send lagu kat Mummy... 
Maha Melihat by Opick feat Amanda


* Thanks to Ms Nizrin... Really nice song.


:: Facebook


Server agak lembab, maka seharian mengadap Facebook... masih mengutip sisa-sisa kekuatan untuk mendelete Facebook acc.

Haishh!! Mampu, tak mampu, mampu, tak mampu, mampu, tak mampu...

*Tepuk dahi, tanya hati*
Aiyakk!!


:: WW #14 ~ Seriously wordless




:: WW #13







Monday, April 16, 2012

:: Lagu #8 ~ By Suki Low

Pagi tadi terdengar lagu ni masa nak pergi kerja... Kat telinga rasa best je...




:: Movie #7 ~ BATTLESHIP

Sementara cik Khaleesa pergi rombongan, Mummy layan movie. Spending quality time with him.

Ok, movie kali ni BATTLESHIP. Trailer mcm gempak... Review dari kawan-kawan pun gempak... kesimpulannya... BATTLESHIP memang gempak. Ada yang cakap, starting agak slow... tapi pada Mummy good starting with good ending. Semua watak dalam battleship ni penting & serasi. Pada sesiapa peminat setia Transformers, sila la tgk Battleship ni. Berbaloi & menjanjikan kepuasan (wah! dah mcm iklan plak). Keseluruhan cerita sangat la tidak membosankan & rugi kalau tertinggal skit scene. Mummy de tertinggal la gak 5-10min sebab perlu bergegas ke tandas. Tapi takpe, ada orang tolong ceritakan scene yg tertinggal tu. he he he... Walaupun Battleship sangat cun dalam 3D, malangnya tiada dlm bentuk 3D...yang ada cuma 2D, tupun dah kira ok sebab quality gambar puas ati.

Dengan beraninya Mummy meratingkan BATTLESHIP ni 5/5.

Kitsch nampak matang bila berambut pendek...

Tips menonton BATTLESHIP: Sila la bawa mates. Kalau pergi sorang-sorang pastu nak ke toilet sgt2, nanti takde orang nak cite apa yg kita terlepas.he he he...

SEKIAN, Terima Kasih...




:: Rombongan pertama cik Khaleesa

Pertama kali anak pergi rombongan, rasa excited la gak. Selasa lepas, cik Khaleesa excited tunjuk surat dari cikgu pasal rombongan ke zoo pada hari Ahad (semalam), 15 April 2012. Siap cakap "mami tak boleh ikut tau sebab mami budak besar". Amboiii....tu dia. he he he... Bila acah dia "Khaleesa takyah pegi la. Kan dah penah pegi dulu". Terus tunjuk muka merajuk...

Bila tgk surat... ada 3 tempat akan dilawati. Balai bomba, Zoo Johor & Pusat Petrosains. So far, rombongan ni tak perlu bayar sebab dah masuk sekali dalam yuran yang ala-ala U fee tu.he he he... Seawal pagi Mummy bangun. Ingatkan sempat nak sediakan breakfast untuk cik Khaleesa...tapi apakan daya, tak sempat. Pukul 7.15 pagi terus start kereta cari stall breakfast. Mummy cuma mampu tapaukan dia biskut oreo & 3 ketul karipap. Sampai tadika, dah ramai yang berkumpul. Muka cik Khaleesa agak mendung la gak. Maklumla, kena bangun pagi. Sementara tunggu bas sampai, macam-macam amanat la gak Mummy bisikkan kat dia.ha ha ha...

Beratur menuju ke bas...

Cik Khaleesa with pink body pack...


Muka murung cik Khaleesa, langsung tak pandang Mummy.

****************************************************************

Tepat 2.30 ptg Mummy dah parked dpn tadika cik Khaleesa. Kalau ikut jadual, bas akan sampai 2.45 ptg. Baru stgh hari dah rindu kat dia. Lebih kurang pukul 3 ptg, bas sampai. Terus nampak muka dia... Cik Khaleesa happy sangat. Beriya dia bercerita pasal rombongannya... asik cerita pasal balai bomba je. Ingatkan dia kepenatan, rupanya diajak ke playground. Takpe, layankan jela...


Friday, April 13, 2012

:: Friday mode

Totally SPOILED!

Private message to whom it may concern:
Tujuan saya ada blog ni juz nak share 1 sisi hidup saya. Takde niat nak menyakitkan hati, memalukan @ seangkatan dengannya. Cuma kadang-kadang ada manusia tak faham bahasa @ masih berfikiran kebudakan. Adakah kerana cemburu saya masih bergembira walaupun dugaan hidup terlalu mencabar? Kenapa nak tambahkan garam kat luka? Jangan risau la... saya takde rasa berkecil hati dipanggil apa panggilan pun sebab dugaan ni terlalu kecil. Belum sampai tahap untuk saya melatah dengan hal remeh-temeh ni. Pada sesiapa yang membaca blog saya & mengata yang bukan-bukan, baik takyah baca. Bukan saya tak bagi cuma takut anda makin sakit hati. Saya masih bersabar dan belum berniat @ bernazar membuka pekung sesiapa. Orang tua selalu berpesan, "selagi tak kena batang hidung sendiri, jangan lah dok mengata orang". Nak tau sebab apa orang tua berpesan camtu? Sebab kita tak tahu mcm mana keadaan kita kalo terjadi kat diri sendiri. Mungkin lagi teruk... Selagi saya tidak memburukkan sesiapa...sila la jaga bahasa anda. Saya nak berpesan la juga kat sini, manusia kalo nak berubah bukan sebab sesuatu terjadi dalam hidup. Manusia perlu berubah kalo dia tahu apa itu tanggungjawab. 

Saya tahu ada sesetengah orang akan terasa bila baca entry saya ni. Berfikirlah dengan cara matang. Jangan la menuduh pada sesuatu yang orang lain tak buat. Kena dengar penjelasan kedua belah pihak. Saya senyap tak bererti saya ni kalah... cuma saya malas nak panjangkan cerita. Saya move on my life being better... Rasanya much more better sekarang. Yang membaca ni mungkin tak rasa apa yang saya alami tapi kawan-kawan yang melihat hidup saya sebelum ni tentu faham. Terima kasih pada kawan-kawan yang selalu pinjamkan bahu mereka untuk saya. Terima kasih pada tangan mak ayah adik-adik yang selalu peluk saya bagi semangat. 

* Thanks to cik Khaleesa yang jadi power supply untuk mami awak ni jadi better.
&
* Also a big thanks to Sayang yang sudi kongsi senyum, marah & semua lah dengan saya ni yang selalu moody.kan? 

Thursday, April 12, 2012

:: Movie #6 ~ Mirror Mirror

Movie update kali ni Mirror Mirror. Dongeng Snow White yang sangat menarik. Rasanya semua orang tak kira tua @ muda tahu dongeng Snow White ni kan. Tapi dalam Mirror Mirror ni ada kelainan skit. Mummy taknak cite banyak sinopsis Mirror Mirror ni. Mummy juz nak share kelainan Mirror Mirror ngan original dongeng Snow White.


1. Biasa dalam story book, permaisuri jahat akan ckp kat cermin "Mirror mirror on the wall, who is the fairest in this world". Dalam Mirror Mirror juz " Mirror mirror on the wall" then si permaisuri masuk dalam cermin. This part mmg kagum skit la...tak caya, kena tgk sendiri.

2. 7 orang kerdil yang kita selalu baca, sangat baik & bekerja sebagai tukang kayu. Tapi dalam Mirror Mirror, dieorang ni penjahat. Kerjanya pencuri tapi masih mengekalkan sifat baik hati.

3. Snow White yang kita bayangkan, sangat la sopan tapi Snow White kali ni agak ganas skit la... sikit jer...

4. Dalam dongeng macam-macam si permaisuri buat supaya si Snow White ni mati. Contoh, ikat reben ketat kat perut la... bagi epal beracun la.. Tapi kali ni mmg lain sgt. Sangat tak boring & kelakar.

5. Sepatutnya Snow White mati sbb telan epal beracun & dapat ciuman pertama dari putera raja... Kali ni putera raja yang kena sihir then Snow White yang bagi ciuman pertama utk buang sihir.

6. Dalam dongeng kita tak tahu apa jadi kat raja (ayah Snow White), tak sangka dalam Mirror Mirror ni ada part si raja yang masih hidup.

Okla, Mummy taknak cite banyak sgt... nanti tak bape nak surprise sangat. Watak Snow White cantik & thumbs up to Julia Roberts yang pegang watak permaisuri jahat. 

Mummy bagi 4.5/5 bintang.


Ending song dalam Mirror Mirror.
I Believe (In Love) 


Tuesday, April 10, 2012

:: Melaka bandaraya "bersejarah"

Eeemmm... Agak lama la juga Mummy tak jejak kaki ke bandaraya "bersejarah" ni. Terlalu banyak "sejarah" ngan En Ex.he he he... Tapi tujuan datang bukanlah nak menyingkap balik "sejarah" tu. Saja datang melawat bekas mentua yang semestinya rindu kat Cik Khaleesa. Kebetulan adik Mummy nak antar barang ke rumahnya sblm bersalin, Mummy singgah la kejap kan. Mummy cuba untuk ikhlaskan hati ni demi Cik Khaleesa.he he he... Sedih la juga lihat keadaan bekas mentua Mummy tuh. Dalam keadaan tidak sehat & usia semakin lanjut, masih bekerja untuk menanggung hidup. Tapi apa yang terjadi ni semuanya ketentuan Allah. Mummy dah cuba untuk mengubah tapi Allah tak izinkan.

On da way ke Melaka

Baru sampai rumah adik

Cik Khaleesa tak dapat jumpa daddy dia sbb En Ex kerja...eemmm...baguslah dah kerja. Boleh la gak bantu family. Manala tau kot2 nak dapat baby baru nanti. Dah tak boleh nak biar isteri tanggung sorang2 semua kan...lain la kalo dapat isteri "mithali" yang sanggup berkorban apa saja. Untuk En Ex, kalo ada masa terluang lawat la Cik Khaleesa ni yer... Harap-harap takde yang "meroyan" dgn ayat Mummy tuh. 

Bila dah sampai Melaka ni, macam rugi la plak tak pusing-pusing. Bukan senang En Ayah & Pn Emak nak sampai Melaka. Kalo tak asik memerap kat Kota Tinggi jek. Kebetulan malam minggu, bandar Melaka jammed. Penat gak menahan sabar...perut lak dah kelaparan. Tak lama kat bandar Melaka sbb Cik Khaleesa dah kelaparan. Last-last makan kat restoren yang dekat ngan rumah adik. Menu agak kureng skit...

 Tak abes2 ngan phonenya...



Adik yang tak lama lagi nak "meletop"

Pagi Ahad, baru Mummy singgah rumah bekas mentua. Tak boleh nak lepak lama sbb kami kena bergegas ke Muar plak. Dalam sejam la gak Mummy berada kat situ lps tu adik dah msg...

Sampai je kat Muar, tros lepak rumah makcik. Paling ditunggu-tunggu lunch treat. Dah beberaoa hari asik makan luar, skali dapat lauk kampung....jilat-jilat jari. Selesai Zuhur, kiteorg gerak ke Air Hitam plak... Merealisasikan misi Pn Emak mencari karpet (karpet lagi!).he he he... Ada gak kawan ingat Mummy cari barang kahwin...lambat lagi nak end up ye.ha ha ha... Kalau dah sampai seru, Mummy akan announce. (Wah! mcm artis gitu...)

Alhamdulillah, Maghrib Mummy dah selamat sampai rumah Pn Emak. Penat & happy... Penat sbb kena drive. Nasib baik ikut shift...tukar drive ngan adik. Happy sbb dapat spend time ngan family walaupun short vacay.

Friday, April 6, 2012

:: Happy Birthday...

Happy Birthday to my dearest sis Luvlyneena yang ke...?


Nothing much to say... juz, I Love U lah sis...



Thursday, April 5, 2012

:: Jangan Berhenti Berkenalan...


Insafilah selalu, bahawa setiap manusia sememangnya diciptakan berbeza (termasuk suami isteri) dengan manfaat dan ruang untuk bertaaruf ( saling mengenal ) di antara mereka. 

Firman ALLAH SWT :

“ Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” - Surah Al-Hujurat ayat 13 -

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.



* Sumber dari FB