Layan iklan

Tuesday, April 10, 2012

:: Melaka bandaraya "bersejarah"

Eeemmm... Agak lama la juga Mummy tak jejak kaki ke bandaraya "bersejarah" ni. Terlalu banyak "sejarah" ngan En Ex.he he he... Tapi tujuan datang bukanlah nak menyingkap balik "sejarah" tu. Saja datang melawat bekas mentua yang semestinya rindu kat Cik Khaleesa. Kebetulan adik Mummy nak antar barang ke rumahnya sblm bersalin, Mummy singgah la kejap kan. Mummy cuba untuk ikhlaskan hati ni demi Cik Khaleesa.he he he... Sedih la juga lihat keadaan bekas mentua Mummy tuh. Dalam keadaan tidak sehat & usia semakin lanjut, masih bekerja untuk menanggung hidup. Tapi apa yang terjadi ni semuanya ketentuan Allah. Mummy dah cuba untuk mengubah tapi Allah tak izinkan.

On da way ke Melaka

Baru sampai rumah adik

Cik Khaleesa tak dapat jumpa daddy dia sbb En Ex kerja...eemmm...baguslah dah kerja. Boleh la gak bantu family. Manala tau kot2 nak dapat baby baru nanti. Dah tak boleh nak biar isteri tanggung sorang2 semua kan...lain la kalo dapat isteri "mithali" yang sanggup berkorban apa saja. Untuk En Ex, kalo ada masa terluang lawat la Cik Khaleesa ni yer... Harap-harap takde yang "meroyan" dgn ayat Mummy tuh. 

Bila dah sampai Melaka ni, macam rugi la plak tak pusing-pusing. Bukan senang En Ayah & Pn Emak nak sampai Melaka. Kalo tak asik memerap kat Kota Tinggi jek. Kebetulan malam minggu, bandar Melaka jammed. Penat gak menahan sabar...perut lak dah kelaparan. Tak lama kat bandar Melaka sbb Cik Khaleesa dah kelaparan. Last-last makan kat restoren yang dekat ngan rumah adik. Menu agak kureng skit...

 Tak abes2 ngan phonenya...



Adik yang tak lama lagi nak "meletop"

Pagi Ahad, baru Mummy singgah rumah bekas mentua. Tak boleh nak lepak lama sbb kami kena bergegas ke Muar plak. Dalam sejam la gak Mummy berada kat situ lps tu adik dah msg...

Sampai je kat Muar, tros lepak rumah makcik. Paling ditunggu-tunggu lunch treat. Dah beberaoa hari asik makan luar, skali dapat lauk kampung....jilat-jilat jari. Selesai Zuhur, kiteorg gerak ke Air Hitam plak... Merealisasikan misi Pn Emak mencari karpet (karpet lagi!).he he he... Ada gak kawan ingat Mummy cari barang kahwin...lambat lagi nak end up ye.ha ha ha... Kalau dah sampai seru, Mummy akan announce. (Wah! mcm artis gitu...)

Alhamdulillah, Maghrib Mummy dah selamat sampai rumah Pn Emak. Penat & happy... Penat sbb kena drive. Nasib baik ikut shift...tukar drive ngan adik. Happy sbb dapat spend time ngan family walaupun short vacay.

2 comments:

  1. esok cuti lagi kan..hehee selamat bercuti sehari..hekhek :)

    ReplyDelete
  2. ko bismillah, aku alhamdulillah :D

    ReplyDelete