Layan iklan

Friday, November 30, 2012

:: IIB President/CEO's Thropy...

Actually the tournament start in end of October... IIB vs PDV & the winner will get RM3k only.he hehehee... Most of us (PDV) memang 'bidan terjun'. Kalah menang memang belakang kira sebab we played for fun. Players ramai datang dari department Mummy. Tupun main dalam terpaksa & training pun tak cukup. Mummy join 2 matches je. Badminton & volleyball. Badminton join sebab tak cukup orang. Volleyball lak tiba-tiba jek nama de dalam list sebab coach kami tu boss department Mummy. ha ha ahaaa....memang habis dia kerah all the girls department Mummy main. Training ada la dalam 5 kali kot tapi Mummy join training 2 kali jek. Habis bengkak-bengkak tangan. Nama pun tak pernah main kan, memang banyak la kesilapan teknik. Dah la keadaan cuaca yang tak menentu, sampai training pun dalam dewan jek. Sian kan... ha ha ahaaa....

Alhamdulillah, we won both the men’s and women’s volleyball in straight sets. Also menang sorak! Rasanya the secret of our victory is good strategy. A big thank you to Encik coach yang training gila training kiteorang. Sakit yang berbaloi...

Women's team... 

 Men's team... sangat sengit!

 Chubby me! abaikan la mamat poyo kat sebelah tu.ha ha ahaa...

Best shot by our coach...

p/s: Next is tennis & talent... Untuk talent tu macam ada harapan kena paksa masuk kot. wait & see ya. *peace!*
 

Thursday, November 29, 2012

:: Movie #18 ~ Twilight: The Breaking Dawn part 2

Setelah sebulan lebih kami tak menjenguk wayang terdekat, akhirnya sempat gak luangkan masa. Last week ada gak tengok 1 local movie tapi Mummy taknak la update sebab movienya tersangat la hampeh. Tengok pun setakat layankan anak je. Tupun mulutnya tak reti senyap. he he he...
Semalam lepas training volleyball, Encik Tunang soh bersiap...sebab dah janji diz week nak movie marathon. Ikutkan perancangan juz nak beli tiket je tapi Mummy ada volleyball match rini, maka mlm tadi kami layan Twilight: the breaking dawn part 2 dulu.


Honestly, Mummy bukan lah follower Twilight... Mummy memang tak pernah tgk movie kat wayang. Walaupun bukan follower, Mummy dah tengok dari awalan twilight ni. Rasanya yang Eclipse kot yang Mummy tak tengok. Alhamdulillah untuk finale ni, Mummy dapat tengok ngan Encik Tunang. Lagipun dia memang follower setia.he he he...

Untuk sinopsis, Mummy taknak cerita sebab it came from novel kan. Rasanya dah ramai yang layan Twilight finale ni. Cuma kepuasan tu terletak pada diri masing-masing untuk menilai.

Komen: Mummy agak berpuas hati dengan Twilight finale sebab hampir semua persoalan terjawab. Awalan cerita memang kena fokus betul-betul & faham. Kalau tak, konpem kita akan tertanya-tanya. Nasib baik la Mummy dah tengok yang sebelum ni kan. Encik Tunang ckp, Bella agak berlagak bila dapat kuasa. Tapi pada pendapat Mummy, Bella masih baru dan mencari keserasian antara diri dia dengan kuasa tu. Jacob sentiasa kacak ngan mata redupnya... he he he... yang Mummy geram sangat, anak Bella sangat cute & cantik. Wishie dapat baby camtu... (berangan!). 
Untuk ending, Mummy memang rasa nak 'mencarut' la gak sebab 'tertipu' tapi serius memang best endingnya. Babak akhir Bella & Edward memang priceless bila Bella recall the sweetest memory ngan Edward.

This great Love Song part, am dedicated to Mr Fiancee...

Rating Mummy: 4/5 bintang sebab bukan follower setia
Rating Encik Tunang: 5/5


* Malam ni nak layan Life of PI 3D... tunggu update dari Mummy ye.

Wednesday, November 28, 2012

:: Sepi tanpa khabar berita...

As salamualaikum.........
Genap la 20 hari Mummy menyepikan diri tanpa khabar berita di blog ni. Last entry pun sekadar pengumuman pertunangan Mummy yang sangat sempoi tuh. Tapi tapi.... kat twitter sangat aktif ye.he he he... FB lak stakat jenguk-jenguk jek. Nak kata busy sangat, tak juga... sempat jek main game (oppss! pecah rahsia). Cuma mood agak kelaut nak update. Kalau ikutkan dalam kepala ni memang banyak nak update tapi MALAS. Camne la nak kikis penyakit MALAS nih. Maybe sekarang tengah mood persiapan kawen kot. So far persiapan dah setel... Tinggal nak agih2 kan kad saja. Hantaran semua dah siap hias cuma nak kena touch up sikit la. Dulang hantaran 5 balas 7 je. Tupun letak yang betul-betul nak guna. Kami taknak membazir sangat. Anak nak sekolah tahun depan kan... Sian Encik Tunang, rasmi je jadi suami terus dapat instant anak. Senang cite buy 1 FREE 1.ha ha ha... Jangan marah yer Encik Tunang.

InsyaAllah tak lama lagi Mummy akan jadi isteri orang untuk kali ke-2. Bila fikir balik, perkahwinan ni satu perjudian & bukan kepastian. Macam pokok la.... baik kita jaga maka subur la jadinya & dapat la hasilnya. Doakan Mummy supaya dapat jalankan tanggungjawab yang tak berapa nak baru ni agar lebih sempurna. Setahun la gak Mummy mengenali Encik Tunang & Mummy selesa dengan dia. Takpe, lepas ijabkabul Mummy akan cerita pasal dia....

Persediaan kawen?? Bridal dah konpem.... lagi 2 minggu majlis baru gi fitting. Risau sebab badan makin naik.hua hua hua... makin diet makin naik. Senang hati sangat kot. Majlis Mummy ringkas tapi biarlah sempurna. Berdebar nak submit form nikah untuk kali ke 2. Maklumla, johor ni strict skit. Kena interview dulu baru dapat signature kadi. Tergelak gak bila membayangkan diri ni dok atas pelamin lagi. Tapi the best moment bersanding ngan cik Khaleesa...ha ha ha... 

Alhamdulillah, Ain Khaleesa akan menjejakkan kaki ke pra-sekolah tahun depan. Excited sungguh dia nak masuk sekolah....the real sekolah tuh! Mummy lak yang risau nih. Anak makin besar maka makin besar tanggungjawab kami. Buat masa ni cik Khaleesa on off dok kampung. Lagi la parents Mummy dah balik haji, dia dah tak boring sangat. Sementara cuti sekolah ni Mummy biar dia enjoy the holiday. Lagipun cousins dia ramai... memang enjoy la dia kat kampung. Tapi dia tetap tak lupa Mummy ni. Kadang-kadang dia call Mummy. Kalo tak apa guna Mummy bagi phone kan... 

* Untuk kawan-kawan blogger yang berkeinginan jemputan dari Mummy sila la tinggalkan alamat kat ruang komen. InsyaAllah kad akan dipos...tak dapat datang takpe janji dapat kad jemputan Mummy.

* Sapa-sapa yang ada twitter acc leh la follow Mummy kat @hazelrazali

Thursday, November 8, 2012

:: I'm engaged...


Yeah! Already 2 months being a fiancee to Mr fiancee and officially announced on Mummy Chubby's blog today...he he he...
Bukan taknak hebah awal, cuma ianya majlis yang tersangat la simple yang hanya melibatkan our parents & siblings... No guests are invited. Maaf pada sesiapa yang terperanjat & terkecik hati jika tidak dijemput sebab ni majlis private (wah! cam retis ko...) ha ha ha... InsyaAllah, kawen nanti Mummy akan jemput. 

p/s: Now, we are counting a days!

Monday, November 5, 2012

:: Mami.Ayah.Khaleesa


Hasil lukisan cik Khaleesa malam tadi...
Mami, Ayah & Khaleesa....tapi kan............................ nape Mummy nampak lagi besar dari ayah. Ini tidak adil...hua hua huaaa....

Sekian coretan kecewa...he he heee

:: Dress labuh cik Khaleesa...

Selamat pagi isnin.... agak lama Mummy tak update blog kan. Biasala bila penyakit malas datang, memang melarat-larat. Lagipun takde idea sangat nak update apa. he he he... Kalau ikutkan banyak sangat aktiviti yang nak diupdate tapi tu la 'MALAS'. 
Minggu ni Mummy tak balik kampung sebab penat sakit badan main badminton tak hilang lagi. Lama gila tak main badminton. hua hua hua... Sekali main abes satu badan sengal-sengal. Bila tak blk kampung, boleh la Mummy survey apa yang patut kan. Kali ni Mummy nak cari kain utk buat dress cik Khaleesa sempena majlis Mummy nanti. Setelah berfikir panjang samaada nak bli gaun @ customade, maka Mummy buat keputusan utk customade je. Jimat skit kot.

Hajat dihati nak buatkan utk cik Khaleesa camni. Mesti makcik kecik sweet je kan nanti. Kali ni taknak buat getah kat lengan tu.

Oren gold ni untuk majlis rumah Mummy. 

Merah putih ni untuk majlis rumah lelaki... Ingat nak bli lace putih untuk baju gold tapi cam xbest plak sama lacenya kan.

Tak sabar nak hantar tailor. Cik Khaleesa pilih sendiri kain lace tu utk dress dia nanti. Excited btol dia. Kalau boleh nak macam baju pengantin. 

p/s: Mak call dari mekah tanye "nak inai serbuk ke tak??"