Layan iklan

Monday, November 28, 2011

:: Cik Khaleesa yg suci & comel

Oklaa...entry kali ni khas utk Cik Khaleesa buah hati pengarang jantung Mummy. Orgnya tersangat la cerewet tap tersangat la manja. Silap sikit konpem meraung (berlakon je!) sampai Mummy rasa bosan. Kalo dulu mmg dah kena cubit2 ngan Mummy, tapi skang dah x larat nak marah2 & pukul. Lama-lama nant dia mesti berubah punya. Biasala, dah nama pun bdk kan. Cik Khaleesa nipun kaki shopping gak sbnrnya... Tapi Mummy la yg pokai.heheee... Takpe, anak punya pasal kan. Tapi jgn la terlalu ikutkan sgt apa yg dia nak. Beli apa yg termampu pn dah memadai. Cik Khaleesa ni sbnrnya anak yg senang nak urus cuma kdg2 dtg angin xtentu hala mmg teruk la gak.

Semalam, Mummy buat gmbr visa utk Cik Khaleesa... MasyaAllah, dia sgt la comel & suci. Mummy mengharapkan dia akan jadi anak yg solehah & sentiasa mendoakan utk Mummy & En Ex... AMIN

Friday, November 25, 2011

:: Someone Like YOU...


I wish can sing diz song juz like her... juz wishing~~~~ konpem pitching LARI.hahahaaa...

Wednesday, November 23, 2011

:: Cuti panjang...

Bila cuti panjang, maka tahap kemalasan utk mengupdate blog sgt ler tinggi. Tapi rini Mummy gagahkan jugak update pe yg patut. Kami warga Johor, cuti umum pd 22 Nov. So, Mummy pun apply la cuti Isnin. Bkn apa, weekend byk sgt programnya. Sabtu lps, Mummy layan Happy Feet 2 ngan cik Khaleesa. Ingat nak tgk early bird tap jalan jammed la plak. Sakit & sengal kaki ni main clutch.huhuuu...


Pendapat peribadi Mummy, Happy Feet yg 1st rasanya lagi menarik sbb ada jalan cerita. Happy Feet 2 ni mcm tgk konsert lak. Byk sgt menyanyi... sejam awal mmg mengantuk gila. Jalan cerita juz misi nak menyelamatkan si isteri. Tapi xpela, layankan anak...

Ahad lak, kebetulan tarikh yg sgt cantik 20.11.2011... maka ramaila yg mendirikan masjid. Mummy & family ke Batu Pahat menghadiri majlis kawen anak besan mak ayah. Setelah 2 hari Mummy x mkn nasi, kat Batu Pahat Mummy melantak bagai. Dapat lak mkn lauk pengantin sbb adik Mummy yg masak.hehee...so nant kalo Mummy kawen, dah de tukang msk utk pengantin (gurau jek!!). Byk tempat la gak kami singgah... Ziarah kawan en ayah. Lps tu ziarah sepupu kat Kulai. Tgh malam la gak kami sampai rumah...sgt ler penat. Maklumla, Mummy kan driver x rasmi en ayah. Co-pilot sedap je tido.huhuuu...

Isnin lak, merayap lagi ngan mak beli barang rumah. Adik Mummy blanje makan lagi. Layan kan cik Khaleesa yg sgt annoy! heheheee... Selasa merayap lagi...


Cik Khaleesa yg xnak turun dari pelamin...verangan je kejenya!




Adik yg sengal walaupun anak dah 2...huhuuu


:: My Princess

Whoaa... Dah lama rasanya Mummy x layan drama korea. Dulu Mummy sgt ler addicted. Ada la gak CD movie & yg Mummy beli... Tapi x bape nak ingat tajuknya...jap jap eh, nak recall smula.

My Boyfriend is type B

My Little Bride

The Successfull Story of A Bright Girl

Ada lagi tap x ingat tajuk.. tu baru yg bli CD. Yang kat tv? hehehee... Jewel In the Palace, Stairway to Heaven, Full House, Princess Hour...bla bla bla...

The latest Mummy layan My Princess...
Best sbb tak sakit mata tgk pelakon2 nya... walau berlakon jahat cane pun, tetap maintain cantik gituh.


Sinopsis skit:-
Kisah seorg gadis anak yatim ,Lee Seol yg sebenarnya puteri Korea. Berjumpa plak hero yg sgt hensem & ego, Park Hae-Young. Si Hae-Young plak jadi guru peribadi si Lee Seol. Byk la kejadian lucu kat dieorg ni smpi la dieorg jatuh chenta... Yoon Ju plak berhasrat nak kawen ngan Hae-Young tap last2 Hae-Young tak layan. Masa nila si Yoon Ju buat rncgan jahat nak jatuhkan atuk Hae-Young. Dalam masa yg sama, Jung Woo cuba nak halang walaupun dia cintakan Yoon Ju.

Huh!! failed ok Mummy tulis sinopsis. Tapi better korang tgk sndri la kat 8TV setiap ISNIN-JUMAAT jam 8.30 mlm. Skang dah masuk episod yg romantis & mendebarkan. 


Hae-Young (Song Seung-Heon)  & Lee Seol (Kim Tae-Hee)
Cute sgt kan!! 

Yoon Ju (Park Ye-Jin).
Cantikkan dia..sgt versatil!

Jung Woo (Ryu Su-Yeung)

Thursday, November 17, 2011

:: Chill~ Look What You've Done


Take my photo off the wall
If it just won't sing for you
'Cause all that's left has gone away
And there's nothing there for you to prove

Oh, look what you've done
You've made a fool of everyone
Oh well, it seems likes such fun
Until you lose what you had won

Give me back my point of view
'Cause I just can't think for you
I can hardly hear you say
What should I do, well you choose

Oh, look what you've done
You've made a fool of everyone
Oh well, it seems likes such fun
Until you lose what you had won

Oh, look what you've done
You've made a fool of everyone
A fool of everyone
A fool of everyone

Take my photo off the wall
If it just won't sing for you
'Cause all that's left has gone away
And there's nothing there for you to do

Oh, look what you've done
You've made a fool of everyone
Oh well, it seems likes such fun
Until you lose what you had won

Oh, look what you've done
You've made a fool of everyone
A fool of everyone
A fool of everyone

Wednesday, November 16, 2011

:: Dinner...

Dinner Mummy rini hanya roti bakar + cheese + horlicks panas. Tambah tenaga sblm karok ini malam.hehee...

:: 'U' Got to go... go go go go go go


This time I’m gonna live my life
I ain’t no stepford wife
No I ain’t perfect
Gonna find somebody who’s worth it
And no you ain’t that person
Coz i caught you constantly flirtin’
With my best friend

So I guess I’ll say goodbye
I’ll find me another guy

Why (why why why)
You always makin’ me
Cry (cry cry cry)
No I can’t stand it
No you can’t be my man
It don’t matter who you are,
Even if you were a star,
You’ve got to go
(Go go go go go go)

Read my lips I’m leavin’,
and no no I ain’t teasin’,
This time it’s for real,
Gotta find you another girl,
Coz this one sure ain’t stayin’,
By the time you finish what you’re sayin’
I’ll be gone

::WW#6~ Keliru

Tuesday, November 15, 2011

:: Minum petang...

Pagi tadi Mummy breakfast roti planta susu + puri 1 set + teh tarik... Sah2 la x lunch ok. Skang dah lapar semula ditambah plak hujan lebat ditengahari.huhuuu...

So, sblm dinner ngan cik Khaleesa... Alas ngan ho...ho...ho...horlicks!

:: Thank you


Entri kali ni, Mummy tujukan kepada semua yg telah bagi semangat & perangsang atas segala yg telah Mummy lalui baru-baru ni. TERIMA KASIH tak terhingga dari Mummy. Rasa bersyukur sangat pada ALLAH atas segala kurniaan rahmat & dugaan pada Mummy. Semoga slps ni segalanya akan dipermudahkan. Percaya @ tidak, I'M GETTING BETTER & BETTER EVERYDAY.

 Utk mak & ayah, thanks sbb sentiasa ada bagi nasihat & membebel kat anakmu ni. Walaupun kadang2 masuk telinga kanan, keluar blk kat telinga kanan gak...heheheee...Mummy sangat menghargai. Terima kasih sbb sentiasa jadi pendengar setia.


Terima kasih gak utk adik2 yg 'sengal' ni sbb bagi semangat kat alongmu ni. 

pic by google

Juga terima kasih utk kawan-kawan yg x putus-putus bg nasihat. Sekurangnya, korang wat Mummy ketawa.hahahaa...

Tak lupa gak cik Khaleesa. Dia antara kekuatan Mummy. Semoga hidup kami akan lebih dipermudahkan. InsyaAllah 
'BERDUA LEBIH BAIK!'

Monday, November 14, 2011

:: Muqaddam

Lunch tadi dok jalan-jalan kat PASARAYA TERKEMUKA NUSAJAYA belakang opis Mummy a.k.a MYDIN, akhirnya Mummy jumpa satu barang yg berkenan kat hati. Lama gak dok mencari barang ni sbb banyak mende dah upgrade skang. Dulu masa Mummy kecik-kecik guna barang ni utk belajar sampai la pandai. Kali ni Mummy cari utk cik Khaleesa. Ala, murah je tap isi kandungan sangat bagus & padat. 

  MUQADDAM...

Dulu Mummy belajar mengaji guna Muqaddam ni. Sekarang dah guna IQRA'...tapi Mummy lebih suka Muqaddam mcm ni. Takdela sama 100% mcm dulu tapi bagus gak. Senang la nak ajar cik Khaleesa mengaji nant. Asyik verangan je kejenya, baik ajar mengaji kan.

:: Weekend

Sebelum cerita pasal weekend, nak cite insiden 11.11.11 skit. Org lain sibuk tunang, kawen & honeymoon... Mummy lak dok bergegas ke mahkamah. Faham-faham jela yer...hehehee... Janji ngan en Ex-Hub nak dtg petang sbb Mummy ingat kena ada kedua pihak. Last minit en Ex-Hub ckp x jadi dtg. Tak taula kot2 dia nikah ritu @ mslh kewangan. Ok, hangin la gak sbb jauh tu dari JB nak ke Kota Tinggi. Ptg lak tuh, mmg konpem la jalan jem. Mana nak amik cik Khaleesa lagi. So, Mummy naik jela mahkamah. Rupanya blh je amik cert tanpa ex-pasangan. Pastu Mummy bergegas ke Pejabat Agama lak. Nasib baik la ada kwn kerja kat situ. Senang skit urusan. Kalau nak kahwin tu susah, bercerai nipun rumit gak sbnrnya. Pasni Mummy nak buat tuntutan penjagaan anak & nafkah lak. Pening2...huhuu...

Kembali ke cite asal... diz week Mummy x blk kmpg sbb nxt week Johoreans cuti on 22 Nov sempena bufday Sultan Johor. Alang2 cuti jatuh hari selasa, Mummy apply trus cuti isnin tuh. Biasa Sabtu Mummy akan bwk cik Khaleesa tgk wayang, tap diz week punye showing xde yg menarik la. Tapi nxt week punye showing smpi ujung bln sume best2. Happy Feet 2 & Puss in Boots. Cik Khaleesa asik update je "bila la cite kucing nak kuar kan mami?". Ikut plan, opismate ajak main badminton tapi ada je problemnya...last2 kiteorg attend majlis kawen opismate je kat Skudai. Johor hujan lebat & mcm biasa la jln jammed. Balik dr wedding, singgah jap Jusco yg 5 min je dr umah Mummy. Layan kan cik Khaleesa yg naik main kat playground & beli barang-barang umah skit. Sakit pinggang gak melayan cik Khaleesa ni. Kena tunggu sampai die btol-btol puas. Haishhh!

Cik Khaleesa malu-malu sbnrnya sbb tu buat muka moody jek...penat Mummy panggil.hehehee...

Yeah! Mummy, cik Khaleesa bersama ngan Puan Pengantin (Ain)

Ahad, kami dok umah je. Malas nak keluar, lagipun Mummy nak kemas umah. Seriusly, mmg bersepah gila. Maklumla, jiwa kacau.hahahaa... Cuaca lak mendung-mendung manja gitu. Seharian layan tv je la. Siap makan & solat, leh tertido lak. Paling lama Mummy tido siang cuma stgh jam tap kali ni leh terlajak 2 jam. Sekali la ngan cik Khaleesa. Malamnya lak, kami jadi burung hantu.heheheeee....

Weekend kami yg sengal! heheeee....

* A wrong relationship will make you feel more alone than when you were single.

Thursday, November 10, 2011

:: Pengakuan~ I'm officially...

Berpeluh jantan betina nak buat pengakuan ni.hehee...maybe ada yg terperanjat, sedih @ happy. Happy?? sapala tu ye. Rasanya Mummy sudah cukup bersedia untuk buat pengakuan berani mati ni. Huh! saspen sudah... Pengakuan kali ni mungkin agak memeranjatkan sbb secara fizikal, dilihat semuanya normal. Tapi secara rohaniah, hanya mereka saja memahami. Takkan la nak cerita hal dalam kelambu kat semua orang. Tak semestinya nampak gembira, kita bahagia. Dalam hati hanya Allah je yang tahu. kan? kan? kan?

Oklah, membebel terlebih la plak Mummy ni.
Officially................ i'm SINGLE now. Hampir 5 tahun kami dapat bertahan. Sebenarnya dekat setahun juga kami cuba pertahankan tapi nak buat mcm mana... ajal maut jodoh semua Allah yg tentukan. Kami tidak la bergaduh cuma ada issue yg tak dpt diperjelaskan kat sini yg membuatkan kami mengambil keputusan nekad. Masing-masing ada silap, x blh nak tuding jari salahkan sblh pihak je. Perpisahan kami ini secara baik setelah berbincang dari hati ke hati (amboi ayat!). Tiada marah, dendam atau sakit hati... Mummy pun dah redha & ikhlas terima ketentuan Allah ni. Mummy pun tidak la membuat keputusan terburu. Sebelum buat keputusan, byk peringkat kena buat. Setelah berbincang dari hati ke hati, Mummy susuli dgn istikharah. InsyaAllah, ini adalah keputusan yg terbaik utk kami. Harap perpisahan ini akan menjadikan kami lebih matang & mengubah cara hidup kepada lebih baik. Hidup Mummy xde berubah pun. Ada suami @ x sbnrnya sama je. Cuma status je la berubah. heheee... Serik ke? Terus terang, buat masa ni mmg terasa serik. Tapi mana tau lagi 2 3 tahun kan. ntahla...

Ada juga suara2 bersuara, "x kesian kat anak ke?"... Dulu mgkn Mummy rasa kesian tapi kali ni kena fikir kebaikan bersama juga. Lebih kurang setahun dok berjauhan sbnrnya mengajar Khaleesa lebih berdikari. Mummy cuba juga menerangkan keadaan kami, tapi bdk2 bkn la faham pape. Lagipun Khaleesa tidak byk bertanya pasal dadi die. 

Cukup la Mummy bersabar. Mana yg x betul pada diri, akan Mummy ubah. Dugaan yg Allah bg ni, insyaAllah ada hikmahnya. Doakan kami dipermudahkan perjalanan hidup agar lebih diredhai olehNya. Mummy mendoakan en EX bahagia bersama dia & hidup gembira. 
p/s: Jgn lupa tanggungjwb kat anak ye.hehehee....

Sekian pengakuan Mummy...ini bukan rekaan, ini adalah realiti. 
Senyum ketawa xsemestinya kita bahagia...menangis xsemestinya kita berduka.

Latest of me & cik Khaleesa


Dia jela pengarang jantung hati skang... hehehee...

:: Alamak... Toyol!


Movie update minggu ni: Alamak... Toyol!


Sejak iklan movie ni kuar, Khaleesa asik update je nak tgk...huhuu... So, last Saturday Mummy meluangkan masa layan movie ni. Nak menghappykan cik Khaleesa. Suka btol dia nak gi tgk cite ni.

Sinopsis: copy dari  SINI
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

Ulasan Mummy:
1. Komedi yg ringan & senang diterima akal. Sesuai utk semua lapisan umur.
2. Ada beberapa scene yg mampu buat Mummy gelak sakan. Cik Khaleesa pun gelak kuat sampaikan masa nak keluar panggung, de org ckp "ooo...bdk ni la yg ketawa kuat".
3. Masih ada scene yg agak membosankan...
4. Mummy bg 3/5 bintang.