Ahad lepas Mummy sefamily menuju ke Melaka atas urusan meminang gadis idaman En Sepupu. 4 buah kereta kami konvoi dari Kota Tinggi. Jam 9.00 pagi tajam kami memulakan perjalanan. Mummy lak driver En Ayah..depa suami isteri sedap rehat siap tidur lagi. Mulut Khaleesa lak macam bertih jagung. Tak berhenti die mengomel smpi Pn Emak bosan.heheee... Dalam perjalanan lak, hujan lebat. Perut Mummy lak dah terjerit-jerit mntk mkanan. So, singgah la kejap kat R&R Macap. Alas perut jer...tapi Khaleesa mkn NASI ok.huh! Anak Mummy semakin kuat mkn skang. Bagus! Bagus!
Kalau ikutkan kami nak smpai awal sbb nak blk awal. Lagipun de tmpt nak singgah. Kebetulan sampai Jasin, Zuhur dah masuk. So, solat dlu kat masjid. Tapi perancangan awal lari dari jadual. Rumah pihak prmpn buat tahlil dlu. Maka bermastautin la kejap kami kat Masjid An-Nur tu.heheee...kul 2.30 ptg baru gerak ke rumah pihak prmpn. Nasib baik la dekat je... Majlis simple je, En Ayah yg tlg wakilkan. Lagipun En Ayah ni agak sempoi je orgnya. Dia malas nak panjang-panjang cerita. Takde sesi pantun memantun.huhuuu...
En Ayah yang baru selesai meminang. Oh yeah! Mummy bershawl that day...cute kan?heheee...
Sepupu Mummy yg sarung cincin utk adiknya...
Pn Emak diapit oleh sepupus...heheee
Part paling mengagumkan adalah waktu makan. Adik Mummy & En Suaminya melahap bagai. Apa taknye, kami dihidangkan sambal tumis petai. Tu memang feveret mereka. Berdehem-dehem kami tiap kali mereka tambah nasi.hahaaa...
Destinasi last adalah Air Hitam...kalo pegi mana-mana, destinasi ni mmg wajib! Senang cite kalo x membeli, dpt tgk pun jadi la. Actually Air Hitam ni pusat tembikar & barang-barang kawen. Blh dikatakan murah la gak. Raya ke 3 ritu, Air Hitam ni jammed gile. Biasa la, musim raya ni mmg ramai org mendirikan masjid. Mummy dlu pun kawen raya ke-7.heheee....
Habuan Khaleesa semasa kat Air Hitam. Bayangkan sepanjang Kulai - Kota Tinggi dia main mende alah tu.huh!!
No comments:
Post a Comment