Layan iklan

Friday, March 4, 2011

:: Kisah Kencing Malam...


Menginjak masuk 4 tahun, dugaan betul nak ajar Khaleesa tido malam tanpa pampers. Mula-mula kena ajar tak payah pakai pampers waktu siang. Tido malam je pakai pampers. Ni bila dah besar sikit, rasanya perlu ajar tak pakai langsung. Tapi kalau nak berjalan-jalan, Mummy akan pakaikan. takut terbabas dalam kereta je.heheheee...Kadang-kadang Mummy tak pakaikan gak. Penat? huhuu...tu tak blh nak ckp la. Lagila, awal-awal ajar hampir tiap-tiap malam kencing. Oppsss! Atas tilam mmg Mummy alas getah & kain batik. Mmg tiap2 pagi membasuh dulu sebelum pergi kerja.
Alhamdulillah sekarang semakin ok. Adala beberapa tips yg Mummy amalkan.

1. Pukul 7 mlm bagi Khaleesa makan malam.
2. Pukul 8 @ 9 mlm, dia akan minum milo.
3. Pukul 12tgh mlm, Mummy akan bawak dia kencing dulu. Kalau dia dah tertido dulu, Mummy akan kejut. Lepas tu pastikan lap kering.
4. Baca doa sebelum tido, mintak pada Allah taknak kencing atas tilam.
Doa sendiri " Bismillah...Ya Allah, Ya tuhanku. Saya taknak kencing atas tilam. Kalau saya nak kencing, saya akan kencing dalam bilik air". Alhamdulillah, tiap-tiap malam Khaleesa akan baca doa tu. heheee...
5. Sebelum subuh Mummy akan kejut dia kencing. Lps tu boleh la dia sambung tido. Sekarang ni dah pandai bangun sendri kejut Mummy cakap nak kencing.

Pada Mummy, tugasan ni sangat mencabar sbb Mummy hanya tinggal berdua. En suami takde, sedara mara pulak jauh. Tak mengharap pada sesapa. Kredit utk Mummy sbb dalam masa yang sama Mummy bekerja. Tegas itu penting. Alhamdulillah, dah jimat kos beli pampers.

2 comments:

  1. yeay..mommy dah bjaya train anak dara tidur tanpa pampers..gud job mommy.i pun berdua dgn my son,naseb baik my MIL da tingal sama..

    i lately baru lancarkan fasa ke dua iaitu tidur mlm tnpa pampers..belum berjaya sepenuhnya..

    ReplyDelete
  2. ala mommy yen, mummy tidaklah sepenuhnya.kdg2 terbabas gak tap tidakla kerap. awal2 mmg ssh sgt tap lama2 budak tu akan rasa tak selesa gak tido ngan tilam basah...

    yeay! GOOD LUCK

    ReplyDelete