Layan iklan

Monday, March 28, 2011

:: Euro Fun Park

Selama seminggu tidak berblogging, rini baru Mummy berkesempatan. Memang byk aktiviti Mummy sepanjang seminggu nih. Melayan karenah Khaleesa yg semakin demanding.huhuu... 
Rabu malam yg lps, Mummy & Khaleesa pegi Euro Fun Park bersebelahan Plaza Tasek, Skudai. Kami pergi ngan opismate Mummy. Masuk RM4 bagi dewasa & RM2 bagi kanak-kanak. Tapi token mahal ler sesangat. 1 token = RM2. Huhuu...dah la nak main kat dlm tuh minimum 2 token per game. Takpe, Khaleesa punya pasal xde hal. Yang penting dia happy. Byk pic xleh nak upload sbb xleh nak rotate...so, enjoice jela pe yg ada nih.






EURO wheel yg bikin kepala kami pusing sbb lama sgt.huhuuu


Last pit stop is McD...huhuuu...request by Khaleesa.

Monday, March 21, 2011

:: Aktiviti wajib...

"Mengasah pensil warna Khaleesa".

Seminggu sekali, ini la antara aktiviti wajib Mummy.heheee...kalau Mummy lupa, Khaleesa akan sentiasa update. Kadang-kadang rimas gak tapi takpela, asalkan die tak ganggu Mummy.

A big LOVE to Khaleesa!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: Alahai rambut...


1st time tengok style rambut Aishah Sinclair dalam pic nih, terus Mummy jatuh cinta. Bulan lepas je dah 3 kali Mummy potong rambut. Semuanya tak memenuhi kehendak hati. Dah la mahal.huhuuu...Finally kelmarin Mummy potong lagi, juz look like a gorgeous mommy Aishah Sinclair. Yezza! puas hati ok. RM10.00 saja...mmg tak xpect that price ok. Nampak Mummy lagi muda (perasan!)...hahahaaaa...mak Mummy pernah tegur Mummy mcm budak-budak bila rambut pendek.huh! Bukan pe, Mummy kan pakai tudung masa bekerja. So kepala rasa ringan & free. 

Aishah da latest...cute kan? Tapi Mummy lagi cute! (perasan lagi!)...hahahaaa...Nak upload pic Mummy, xde org leh tlg amikkan. Nanti Mummy upload k. InsyaAllah.


Capture by Khaleesa...dah ckp kan mmg CUTE.hahahaaaa....

Alamak! en Hubby tak tau lagi rambut Mummy sependek itu...

:: Pagi Isnin yg...

Alhamdulillah, pagi Isnin yang ceria (nmpk sgt ler penipu)...heheheee...  

Mummy nak istiharkan yang hari ini: Mulut Mummy takde insuran!


Ntah apa hal la Mummy terlepas ckp. Takde niat tapi dah nak terlepas, nak wat camne kan? Selepas Mummy terlepas ckp, 'dia' terus senyap & Mummy terus memendekkan diri di partition. Tak lama lps tuh, kwn Mummt tweet ok.

Hahaaa...ingatkan Mummy sound baik slow jek. Rupanya kawan Mummy yang dok ujung dunia pun dengar.

Sunday, March 20, 2011

:: Holiday packages...

Alhamdulillah, Mummy dpt cabutan bertuah holiday packages bernilai RM2k. Mesti korang fikir, "tak takut kena tipu ke?". Jangan risau k.

Alkisahnya...Mummy kan ada beli Saga FL hujung tahun lepas. Then, dalam January dapat call dari Proton mengatakan nama Mummy dapat cabutan bertuah. Mula-mula mmg ler tak percaya. Lepas tu, Mummy kena jwb soklan. Soklan mudah je, "apa tagline Saga FL". Hahaaa...mmg senang tap Mummy tak tahu jwpnnya. Beli FL tupun soh ayah yang surveykan. Mummy juz dtg tempah & bayar deposit. Mmg takde tgk pun condition kereta. Bila dah sampai, itula 1st time Mummy tgk. Kebetulan Mummy dok depan desktop, dok google la tap tak jumpa.hihihiiii... Akhirnya, wakil Proton tlg bagikan jwpn. Nak tau sbb apa? Mummy mmg konpem winner, soklan tu juz utk mengesahkan saja. Paling best 10 org je seluruh Malaysia yg dpt voucher tu. Mcm2 Mummy tanya, perlu bayar pape ke. Manala tau kan.heheheee...

Semalam Mummy dah tuntut kat Proton Kota Tinggi. Holiday packages ni disponsor oleh Felda Travel Sdn Bhd. So, akan stay kat Felda Residence Hotel. Kat Malaysia ada 5 je. Verbal discussion ngan en Hubby, maybe Kuala Terengganu jadi pilihan sbb kat tgh2 bandar. InsyaAllah kami akan drive je. Senang leh bwk byk barang. Nxt wk en Hubby cuti seminggu, so boleh la discuss lagi. Nak konpemkan date lak sbb kena booking awal.

Rasa-rasanya, Kuala Terengganu la pilihan yang tepat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 19, 2011

:: Selamat Kembali...

Alhamdulillah, mak ayah & adik dah selamat sampai ke tanahair slps 2 minggu bercuti serta menunaikan umrah. Rindu btol kat masakan mak. Tapi rasanya 2 3 ari ni tak mungkin la mak akan masak sbb mood msh waktu mekah.huhuuu...yang best kali ni, ayah beli kacang badam. Puas makan...coklat lak 1 plastik besar. Ala, Mummy tak makan coklat la. Mak tak byk beli buah tgn sbb malas nak byk2 beg kot.huhuuu...tapi Mummy dpt la sambar viscose & pashmina. Pashmina kat Turki lbh kurang 5rial kot 10lira (rm2.80 = 1 lira) memandai jek...takpe,nant Mummy konpemkan balik. Mummy lambat pilih, so yg cantik2 sudah disambar dlu oleh adik2. Jubah takde kali ni sbb dlm almari Mummy dah penuh jubah. Jarang pakai sbb.........paham2 jela. Mummy akan pakai masa trtentu je mcm kenduri @ raya haji.heheee...

Okla, terubat sudah rindu Mummy kat mak.heheheee... InsyaAllah, next time will be my turn to umrah for 2nd time.. Amin!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 17, 2011

:: Alhamdulillah...

Alhamdulillah...masa mula-mula gatal ngan dunia Blogger ni, pening kepala fikir nak kumpul kawan-kawan @ followers. Tiap-tiap malam dok ngadap lappy, Mummy blogwalking. Alhamdulillah, smpi skang masih ada yg sudi membaca celoteh Mummy. Chik Na adalah antara yang selalu Mummy jenguk & dia selalu gak jenguk Mummy. Ada lagi la beberapa blog yg Mummy suka baca. 
Belum setahun Mummy berblog, kerja kat opis semakin bertambah. En Hubby lak dah kerja jauh, banyak yang  Mummy kena urus sorang-sorang. Penat sangat... Walaupun takde update, Mummy jenguk-jenguk la gak. Biasa la bila dah lama sangat x update, konpem akan hilang followers. Mummy tak sedih pun sbb mmg silap Mummy malas update.
Masuk 2011, tiba-tiba rasa mcm nak sambung balik berblog. Tapi tak nak la beriya sgt mcm dulu. Hanya update apa yang perlu. Blog ni utk Mummy bercerita bukan nak cari gaduh. heheheee...
Hari ni, Alhamdulillah bertambah followers Mummy. Kalau dulu Mummy hilang sorang, skrg Mummy dapat 3 org. Jangan risau sbb kalau kamu follow Mummy, Mummy akan follow balik. Mummy akan add kat blog list. 
Thanks to my followers!

Wednesday, March 16, 2011

:: Bil oh Bil...

Masuk ujung bulan sengih sampai ke telinga. Maklumlah, gaji masuk. Bolehla bayar utang piutang.huhuu...

Ni masuk stgh bulan, sesak dada lak sbb bil-bil dah sampai. Astro ni masuk 2011 dah kena charge 6% gov tax. Kejadahnya astro wat camni. Mummy tgk, byk cite yg dok ulang-ulang. Paling keciwa bila tv3 dah tayang, astro plak yang tayang. Takde improvement langsung! Mummy manala tau dah kena gov tax, so byr jela mcm biasa. Dah dapat bil, tersedak jap. Takkan la Mummy nak byr balance tu. So tunggu nxt month jela. Tapi masuk due date bil, astro asik call je. Hello! RM10.80 je ok. Tupun sentap ke...haishh!! Akhirnya Mummy byr gak sbb sgt tak suka angkat call pada mende yg remeh. Buang masa.

Ni Maxis lak...mmg tiap-tiap bulan Mummy akan byr fixed. Mummy amik family package. So, senang sikit call en Hubby. It's free! So far bil kami maintain. Takde masalah. Cuma skang ni Mummy nak off kan caller ringtone. Rugi RM2 tiap-tiap bulan...napela x singgah Maxis centre tadi?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: Hari Makan jer...

Officially, rini kerja Mummy adalah makan...makan...makan...

Pagi je dah ada ubi rebus cecah sambal ikan bilis. Ditambah lak nasi ayam & kuih muih. Memandangkan kenyang mkn ubi rebus, kami juz mkn kuih muih. Sedap-sedap belaka. Rasa mcm tak boleh stop lagipun perut mmg lapar. Malam tak mkn pape.huhuuu...

Tengahari lak, kami panaskan nasi ayam. Syok makan ramai-ramai. Selera bertambah dgn lawak masing-masing. Dah selesai mkn, tgk jam baru kul 1.15...dari semlm mmg dah plan nak "durian hunting". Berbekalkan rm100 & sebuah pikap, kami terus ke Gelang Patah. Huhuhuuuu....sedap! Dah siap pilih, bwk blk opis.
Sekilo rm8.00, tap kami dapat rm6.00 sekilo.weehooo!

Sampai opis, makan ramai-ramai dok menyangkung kat depan pintu opis. Lemak-lemak manis gituh! Tgh sedap jilat jari, ada plak org bwk Durian Cheese Cake (home made). Ya Allah! sedap gilaa....
Oppsss! dah makan separuh baru ingat nak amik gmbr...mmg mabeles rasanya...

Kesimpulannya, Mummy taknak makan malam.

Tuesday, March 15, 2011

:: Insiden di Tesco

Macam biasa, smpi taska Mummy akan suruh Khaleesa buang air dulu. Lagipun nak terus ke Tesco, Mummy malas nak bwk dia ke toilet. Lainla kalo en Hubby ada, blhla gak tlg jaga brg. Ingatkan dah buang air, selesai mslh. Rupanya dia request ke toilet gak. Dah smpi dok kepit2 ok. Nak lari ke toilet mmg ler jauh. Nasib baik ada standby drypants dlm handbag. Terus Mummy soh dia tanggal seluar & sarung pampers. Fuhhh!!! Lega Mummy... Baru sedap sikit nak pilih barang.heheheee...

Kalau dh ke Tesco, colouring books adalah benda wajib masuk dlm troli.huhuuu...maksimum 2 ok.hehee... Dah smpi Tesco ni, kalau blh mcm2 nak sumbat dlm troli. So, Mummy kena fokus pilih barang. Taknak over budget ok (sgt konfiden). Beli yg perlu je & menjimatkan. Mummy ni bukan berduit sgt.huhuu...

Tapi, yg sebenarnya Mummy dah over budget. Uwaaaaa!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: Nak update apa yer?

Sambil-sambil buat kerja ni, kepala pun dok fikir nak update apa kat blog rini. Minggu tidak la bz sangat. Semuanya sudah disetelkan dengan jayanya. Tapi masih ada lagi yang masih dikotak kuning terbiar jek. Esok ingat nak gi HQ hantar document ke document control. Malas nak gi sbb 50km pergi balik. Memang la blh claim minyak tapi nak gi sana yang malas. Oklah, rini Mummy juz nak share kronologi kerja Mummy.
Nampak mcm mudah je kan. Kalau yang tak pernah buat, mmg terkangkang dibuatnya.heheheeee...itu la kerja Mummy setiap hari. Documents sampai bkn sikit sbb ada banyak kontraktor. Sorang balik, yang lain lak dtg hantar documents. Baru je meja clear, tak sampai 10minit penuh balik. OT? Mummy takkan OT...sian kat Khaleesa. So, kerja kena siap sebelum 5.30ptg. Kalau tak sempat, esoknya blh sambung semula. Mummy pun takkan claim OT kalau setakat balik lewat sejam. Kat umah banyak lagi kerja nak buat.

Ok, nak sambung kerja balik sebab email Mummy dah penuh utk reply surat nih...

Monday, March 14, 2011

:: Hari Minggu yg sgt...

Biasa kalo boring, Mummy akan balik kampung. Memandangkan parents Mummy belum blk dari umrah, maka kemalasan utk balik kampung tiba-tiba melanda. Bukan apa, malas nak masak. Kalo mak ada, celik mata semua dah siap.huhuhuuuu.... Takpe, kebetulan minggu ni ada majlis kahwin budak opis. Mummy sbnrnya jarang gi mjlis kahwin budak opis. Tak senonoh sungguh! Lagipun dah janji ngan Khaleesa nak tgk wayang. 

Review utk minggu ni, Sabtu lps Khaleesa ajak Mummy tgk RANGO. Mcm menarik tapi bila dah tgk, agak kecewa la sbb klimaks cerita lagi stgh jam nak abis. Tapi, xpe layan jela...Khaleesa pun agak boring je dalam wayang.

Ahad lak masa utk majlis kahwin. Biasa pergi sekali...pool car. Jimat sikit...hadiah pun share je. Yang kelakar, masa nak salam mak pengantin tu kami agak serba salah. Sebabnya, kami dah bagi hadiah pastu salam xde hulur pape. Takpe, dengan selambanya kami salam kosong jek. Lagipun mak pengantin yg sambut hadiah yg kami bagi...




Friday, March 11, 2011

:: Tolong laaa...

Okla, ni bukan entry Mummy dengki ngan kesenangan orang lain. Tapi rasa meluat Mummy pd org yg suka melebih-lebih meninggi diri tak kena tempat. Dulu dia ni biase je tapi sejak dua menjak ni, lain mcm lak. Pantang nmpk org lain lebih sikit, tak lama die pun ada gak. Mula-mula tak la ketara sgt, tapi skang ni adooooiiii....meluat! Pastu baru-baru ni kantoi menipu. Bukan die kantoi tapi kami dpt tau semua cerita yg keluar dr mulut die, ada yg tak btol. Kalo la die tau, mesti die malu.... Tula, kesimpulannya buat la kronologi dulu sblm nak menipu. Tak pasal-pasal hilang respect ok.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 8, 2011

:: Selamat Hari Wanita Sedunia ke 100

Pic search by google images

Selamat Hari Wanita Sedunia ke 100.

Kalau ikutkan taknak buat kerja...dok rehat je kat opis ni. Goyang kaki, kilat kuku, dok mengumpat & mcm-mcm lagi la....hahahaaa...merepek! Tak siap kerja, boss bising ok. Nanti PMS byk kena potong-potong k.
Kali ni Mummy nak share wanita-wanita gigih kat department ni. 70% dalam department Mummy adalah wanita ok. Engineer, QS, Planner & Admin...Bangga jap! So, entry kali ni juz menghargai kepada mereka termasuk Mummy.

Wajah-wajah Wanita Gigih... :D









Saturday, March 5, 2011

::Testing update

Saja-saja Mummy gatal tangan try update entry by beri-beri...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: Wedding Anniversary Contest

Mummy telah ditag oleh Salina@IbuAqil utk contest ni. Saja suka-suki join...


Sila KLIK banner atau ----> WEDDING ANNIVERSARY CONTEST utk syarat-syarat penyertaan.

Saat bahagia yang Mummy pertaruhkan:
Date : 11.11.05 (Majlis bertandang)
Sampai sekarang kami tak tahu apa yang dipandang. Ramai gak yang tanya "Korang pandang apa masa ni". Maybe kami dah lapar sangat kot, tu yang pandang makanan pun dah semacam.heheee...

Utk contest ni Mummy nak TAG:

Mana-mana yang Mummy tak TAG pun boleh join jugak ye...
GOOD LUCK!

Friday, March 4, 2011

:: Kisah Kencing Malam...


Menginjak masuk 4 tahun, dugaan betul nak ajar Khaleesa tido malam tanpa pampers. Mula-mula kena ajar tak payah pakai pampers waktu siang. Tido malam je pakai pampers. Ni bila dah besar sikit, rasanya perlu ajar tak pakai langsung. Tapi kalau nak berjalan-jalan, Mummy akan pakaikan. takut terbabas dalam kereta je.heheheee...Kadang-kadang Mummy tak pakaikan gak. Penat? huhuu...tu tak blh nak ckp la. Lagila, awal-awal ajar hampir tiap-tiap malam kencing. Oppsss! Atas tilam mmg Mummy alas getah & kain batik. Mmg tiap2 pagi membasuh dulu sebelum pergi kerja.
Alhamdulillah sekarang semakin ok. Adala beberapa tips yg Mummy amalkan.

1. Pukul 7 mlm bagi Khaleesa makan malam.
2. Pukul 8 @ 9 mlm, dia akan minum milo.
3. Pukul 12tgh mlm, Mummy akan bawak dia kencing dulu. Kalau dia dah tertido dulu, Mummy akan kejut. Lepas tu pastikan lap kering.
4. Baca doa sebelum tido, mintak pada Allah taknak kencing atas tilam.
Doa sendiri " Bismillah...Ya Allah, Ya tuhanku. Saya taknak kencing atas tilam. Kalau saya nak kencing, saya akan kencing dalam bilik air". Alhamdulillah, tiap-tiap malam Khaleesa akan baca doa tu. heheee...
5. Sebelum subuh Mummy akan kejut dia kencing. Lps tu boleh la dia sambung tido. Sekarang ni dah pandai bangun sendri kejut Mummy cakap nak kencing.

Pada Mummy, tugasan ni sangat mencabar sbb Mummy hanya tinggal berdua. En suami takde, sedara mara pulak jauh. Tak mengharap pada sesapa. Kredit utk Mummy sbb dalam masa yang sama Mummy bekerja. Tegas itu penting. Alhamdulillah, dah jimat kos beli pampers.

:: Join 'Look a Like Contest'

Jom kita join contest ni plak...

Sila KLIK banner utk syarat-syarat & JOIN.

Mummy pertaruhkan 2 gambar. Tak tahu la nak pilih yang mana.huhuuu...


Nama anak : Ain Khaleesa Bte Muszaied
Umur : 3 tahun 6 bulan
Nama Daddy : Muszaied Mulup
Nama Mummy : Norlezah Razali

Mummy nak tag : Chik Na & Kak Sweet

Tarikh tutup contest : 31 March 2011

:: Jom join 'Ryoya Lucky Draw'

Pagi jumaat yang ceria...sbb boss takde.heheee...
Okla, kalo kamu-kamu rajin jom sama-sama kita Join 'Ryoya Lucky Draw'


Mummy juz copy & paste cara-cara nak join 'Ryoya Lucky Draw'. 

Jom Join  Lucky Draw!!!!
Ada 2 rounds...

First round, 
No.1 & 2, buat boleh, tak buat pun ok..

1. Post entry of this 'Ryoya Lucky Draw'
2. Tagged - Minimum = 3 persons..Maximum =Unlimited
Trex
ummiaqeef

Yang no.3 ni wajib..
3. Give your blog URL & email address kat komen ni or email me at

dream_ryoya@yahoo.com

Due date of this round, on 8 March 2011...
Limit to 100 contestants/guests only..Campur yang komen + bagi email sekali ye..
There are prizes/free gifts will be given....
Ada topi,shawl,souvenir from Aussie,exclusive pen,cermin Vietnam & lain-lain lagi...

Siapa tahu anda insan yang bertuah itu...

Siapa yang beri details seperti dikatakan pada no.3 layak ke next round....(limit:100orang sahaja)
Last round,
I will tell you all after the due date ya..What to do....Stay tune !!!
Then, baru tau result Lucky Draw..

Bonus part,
After the last round settle, whoever take part in this GA, I will  'Follow' your blog...

Thursday, March 3, 2011

:: Addicted to syria...

Dulu Mummy sgt suka ariani & seangkatannya...maklum la senang je nak pakai. Sarung je terus... Tapi sejak beberapa bulan ni, Mummy semakin suka & gila pada syria. Dulu Mummy kurang yakin gak ngan syria ni sbb muka Mummy yang chubby nih. Tapi bila kita sentiasa pakai, muka jadi serasi & sesuai.heheee...pernah gak try shawl tapi agak huduh la sikit sbb nampak Mummy agak gempal. Melilit-lilit buat Mummy rimas.heheee...

Okla kan...asalkan selesa. Nak tau Mummy biasa beli kat mana? Dulu selalu beli kat Danga street mall. Tapi skang street mall dah takde, so tak tahula kedai feveret Mummy berpindah ke mana..huhuuu....Sekarang ni Mummy beli online je. Memang sangat puas hati dgn kualiti material. 

Syria Fish...Mummy baru order 1 tapi belum dipos lagi.

Syria Corak. Antara feveret Mummy...Mummy dah beli 5 pasang tau.
Syria Cotton. Material sgt la special. Bila pakai rasa sejuk & selesa.

Kalau rasa berkenan, apa kata search kat facebook tuan punya online syria nih.


:: Kenapa Mummy ni Chubby?

Semenjak masuk kerja kat opis sekarang 2 tahun yg lepas, Mummy perasan berat bdn semakin bertambah dengan jayanya. Akhirnya barulah Mummy sedar punca sebenarnya...heheheee...

Jawapannya: Asyik, selalu & sentiasa dipenuhi serta dihidang makanan yang sedap-sedap. Potluck, Dinner, Tournament, Berbuka puasa...mcm-mcm lagi la...
Potluck

Potluck lagi...

Lagi-lagi potluck

Potluck selamanya...

Tournament

Open house

Open house lagi

Dinner

Ye! Itulah rahsianya ok. Mummy telah membesar dengan jayanya. Tapi tak bermaksud Mummy pelahap. Selagi kita boleh makan, makan lah. Peduli apa org nak ckp, janji kita sihat.