Layan iklan

Tuesday, April 19, 2016

:: Diapers dilemma...

Semenjak abang semakin membesar, maka kalau 'shishi' confirm diapers akan penuh. Jangan kata mami, ayah pun kusut.. Kadang-kadang bocor tepi bila dah penuh sangat. Maka, mami pun mula la start survey the best choice diapers. Alhamdulillah ramai gak blogger yang buat perbandingan diapers dari yang mahal sampai la yang murah.

Sebelum cerita lebih lanjut, mami nak share experience guna beberapa diapers.

HUGGIES:
Zaman kakak pernah cuba sebab kakak ada masalah rashes area miss V. Tapi masalah tak selesai gak sebab tisu HUGGIES sangat soft & berderai bila dah penuh sikit. So sempat la guna sepeket then tukar jenama lain.

PETPET:
Khaleesa guna jenama ni agak lama. Alhamdulillah sesuai dengan dia. Baru-baru ni mami ada beli sepeket untuk Ammar. Belum rasmi lagi sebab nak abiskan dulu diapers sedia ada. Hasil pemerhatian mami, PETPET sangat lembut tapi size agak kecil sikit. Ada blogger update PETPET ni bagus tapi bila penuh akan berbau hancing kuat. Harga dulu agak murah tapi sekarang dah naik sikit. he he hee... Harap sesuai la untuk Ammar.

WHOOPEE:
Mungkin terpengaruh iklan?? he he hee... Harga agak murah dan memandangkan mami ada 2 orang yang masih guna diapers so bajet kena amik kira gak. Encik suami tak berapa suka sebab perekat tak tahan & cepat koyak. Sekali tarik, 'prakk!!'. WHOOPEE ni takde size XXL so memang tak sesuai untuk abang. Adik Ammar kecik je so sesuai je la kan... Encik suami dah ban jenama ni. sekian...

ONWARDS:
Jenama ni kami beli masa baby fair. Harga berpatutan... RM112 / 4 pek. Masa tu kami amik 2 paket untuk abang & 2 paket lagi untuk adik. Saja nak cuba kan... So far, encik suami puas hati guna ONWARDS ni. Tapi sayang xde size XXL. hu hu huu...

DRYPERS:
Sapa tak kenal kan jenama ni. Harga berpatutan kalau pandai cari. Sangat tak sesuai untuk abang. DRYPERS cepat penuh & agak berlendir. Kadang-kadang bocor gak. Ayah dah bising jenama tu tak bagus. Pernah gak kami beli pek promotion yang jual bundle 1 kotak. Bukan nak cakap apa la, kualiti memang tak sama mcm beli pek biasa. Memang harga agak murah tapi tak jaga kualiti.



Itu la kisah mami ngan semua jenama diapers anak-anak. Bila nak jaga budget, kualiti kami abaikan. hu hu huu... Bila ada yang within budget, size plak jadi masalah. Akhirnya, lepas puas buat survey.... mami bincang dengan encik suami untuk tukar diapers abang kepada MAMYPOKO.



MAMYPOKO:
Kami cuba beli 1 paket sebagai percubaan. Alhamdulillah abang sesuai dengan jenama ni. Walaupun penuh, diapers tetap kering & tidak berlendir. Encik suami pun puas hati. Harga??  Mami tak tahu actual price tapi kena rajin survey sebab harga berlainan setiap mall. Untuk bulan ni, AEON Jusco paling murah RM45.99 tapi kebanyakkan size XXL sold out. Di GIANT plak agak mahal, RM53.99... Survey TESCO online, RM47.99... Akhirnya mami ke sana la kan. Beli 2 paket terus. 1 paket untuk size XXL hanya 34 keping tapi sebenarnya jimat dari segi penggunaan.






Takde gambar diapers, so belanja gambar anak-anak je ye...



Friday, April 15, 2016

:: BOTD ~ Bento Of The Day

Alhamdulillah... start masuk 2016, mami simpan azam nak bekalkan kakak bento. Awalannya, mami cabar diri selama 30 hari saja. Mana tau tak larat kan. Yela, dah la kena bangun pagi... mana nak urus rumahtangga, urus anak-anak kecik, komitmen kerja office lagi. Yes! sangat tough tapi tetap cabar diri gak. Mami siap collaborate dengan 3 orang kawan untuk cabaran 30 hari ni. Kami share setiap hari menu masing-masing & upload dalam 1 album then we share dalam FB. Masuk 2 minggu, kami dah syok dok update setiap hari.he he hee... Masa awal tahun maklum la kan ramai para ibu semangat nak buat bento anak-anak kan. Memang penuh wall ngan bento memasing. Memang seronok tengok & boleh la cedok idea dieorang kan. Tak sangka plak album bento kami ramai plak dok share. Ok, glamer jap. ha ha haaa... Akhirnya dapat idea nama album BOTD~ Bento Of The Day

Antara alasan lain mami buat cabaran 30 hari ni sebab mami nak buktikan ibu bekerja juga mampu buat. Jangan rasa rendah diri dengan para ibu surirumah tangga. Memang mereka lagi hebat tapi sebenarnya kita juga mampu. Penat memang penat tapi banyak perkara yang tak penting kita kena tolak tepi. Disamping target mami adalah kakak kenyang & kurangkan duit belanja. Kesian sebab kalau bagi duit, ntah makanan apa la yang dia beli kan. Bayangkan seketul sosej je dah rm1, mami sendiri pun tak kenyang ok. ha ha haaa... Dapat kurang kos belanja untuk breakfast & encik suami gak especially kalau menunya nasi goreng or meehoon. Mami akak buat extra...

Kebiasaan menu kakak adalah atas permintaan dia. Kalau mami buat merepek nanti dia tak makan. hu hu huu... Kadang-kadang kawan kakak pun makan berjemaah gak & request buat lagi. he he hee... Bento mami juga adalah simple & tiada dekorasi.

Alhamdulillah, dari cabaran 30 hari... April ni mami masih meneruskan BOTD untuk kakak.. Pernah la gak termiss seminggu sebab mami demam panas. hu hu huu... Semoga mami terus istiqomah!

Antara collection BOTD kakak sepanjang Jan~ April 2016... Boleh add mami kat FB. search ByNorlezah Razali









Thursday, April 14, 2016

:: Berhabuk sudah...

Lamanya mami tak update blog kan... Rini gatal tapak tangan nak menaip gak. Maklum la dah siap kerja-kerja tertunggak. Biasala, jangan kata sibuk kerja... balik kerja pun still busy gak. Anak-anak bila mami ayah depan mata, masing-masing dok melekat je la. Nak manja-manja gitu. Mintak macam-macam... Mana yang melalak lagi. Kusut kepala otak tapi still comel pe.hehee...





Rutin pagi bermula dengan siapkan bento kakak.. Check laundry sbb sblm tido akan spinning washing machine. Gosok tudung sekolah kakak & baju keje mami. Kemeja encik suami biasa mami gosok berjemaah dengan baju sekolah kakak. Setel beg anak-anak ke rumah pengasuh. Kakak siap, mami hantar dia ke sekolah & barang-barang sume siap masuk dalam kereta. Sampai rumah intai anak-anak dalam bilik. Kalau terjaga buatkan susu dulu. Mandi pun bergilir dengan encik suami. Tapi biasanya anak-anak dah bangun awal. Mana nak bersiap mana nak layan dieorang lagi kan. Siap semua, angkat anak-anak masuk kereta. Untuk rutin hantar pagi, mami yang akan uruskan. Petang baru urusan ayah.



Balik kerja biasa encik suami ngan anak-anak dah ada kat rumah. Masa masuk parking masing-masing akan terjerit macam dah bertahun kan tak nampak. Mami jarang masak weekdays, so kadang-kadang kami terus keluar bawak anak-anak makan. Balik rumah, mami kena macam lipas kudung skit la. Mana nak pam susu lagi, kemas rumah kalau sempat tapi kebiasaannye tak sempat.heheee... Part paling best, pukul 9 mlm anak-anak dah ajak masuk bilik.








Kesimpulan, mami jarang dapat tengok tv. Kalau dapat tengok pun cite upin&ipin, ultraman, didi & friends dan astro ceria. Dah hafal ok lagu-lagu tema kartun tu semua. ha ha haa...


Ok... last beanja selpie mami berbackground ayah & langsir... hehehee...