Layan iklan

Wednesday, June 10, 2015

:: Anak angkat baru

Belum bersalin dah amik anak angkat kan... he he hee...

Yeay! Kenalkan Che Q.

Sebelum ni memang kami teringin nak bela kucing. Nak dijadikan cerita ada kucing sesat kat depan rumah. Kami bagi nama Che Tam. Sempat seminggu je bela sebab takde sangkar. Molek sangkar dah ada, Che Tam mati kena langgar. Memang terasa la walaupun seminggu je jaga. Encik suami agak sebak then beriya la dia dok survey kat mudah cari kitten baru. Ada a few dlh type la yang kami berkenan harga dalam RM300. Tapi bila fikir balik, kami nak hold dulu sebelum pindah rumah baru. Encik suami pun ada gak tanya kat petshop depan rumah if ada anak kucing. 2 minggu lepas tu, tuan kedai bagitau encik suami ada 4 ekor anak kucing available. Thailand type harga RM300 sekor & nak bagi encik suami harga RM200. hu hu huu... Mula-mula memang tak jadi nak amik sebab niat nak hold dulu. Isnin lepas, encik suami dok dukung kitten balik kerja. Mummy tanya dapat katne, dia boleh jawab jumpa kat tepi jalan. Ish!!! takkan la comel camtu orang nak buang. Rupanya tuan kedai petshop 'paksa' amik. Harga kawan-kawan RM150. Takpe la dah rezeki Che Q kami bela kan. 

Agak bingung gak nak jaga Che Q ni. Alhamdulillah Mummy ada kawan & adik yang pencinta kucing. So tanya dieorang je la. Excited kan ada new kitten. Tak sabar nak tengok Che Q gemuk. hu hu huu... Encik suami beriya nak letak sangkar dalam rumah atas faktor-faktor keselamatan (sebenarnya takut kena curi). Tapi kurang setuju atas faktor environment. So sementara encik suami cakap nak letak kat bawah akuarium je. Lagipun Che Q dah pandai 'poo poo' dalam bekas. Cuma mulut Che Q bising sikit la sebab dia tak suka dikurung. Tiba-tiba tengah malam tadi encik suami cakap terpaksa letak Che Q kat luar sebab keadaan Mummy yang pregnant & baby dah nak kuar kan. Rupanya encik suami cari info pasal kucing & ibu mengandung. So kat sini Mummy akan explain sikit tentang penjagaan kucing/ haiwan peliharaan dan kaitan ibu hamil. Penerangan ni Mummy dapat daripada penerangan doktor sendiri di artikel utusan online. Diharap penerangan yang Mummy kongsi ni bawa manfaat bersama.

"Haiwan jinak seperti kucing sememangnya kerap dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Tetapi sekiranya anda sedang hamil, mungkin anda perlu mengehadkan masa bersama dengan haiwan peliharaan khususnya dari segi pengendalian najis kucing. Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan. Keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan juga dalam tanah.
Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui iaitu toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan. Ini boleh mendatangkan ancaman jangkitan toksoplasma yang boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Ramai wanita dijangkiti oleh parasit toksoplasma tetapi tidak menyedari hakikat ini kerana parasit ini tidak memberikan tanda yang ketara.
Isu yang paling dikhuatiri ialah apabila jangkitan parasit itu dialami buat kali pertama ketika mengandung. Ramai ibu yang sedang hamil tidak mengetahui bahaya parasit berkenaan kerana ia tidak mendatangkan petanda luar biasa seperti sesak nafas atau demam tinggi.
Sebaliknya, ibu yang dijangkiti akan mendapat demam serta selesema biasa, kelenjar limfa membengkak, sakit otot, kekejangan dan sakit sendi. Gejala sebegini selalu dianggap 'keadaan biasa' oleh ibu hamil dan doktor yang merawatnya. Proses penyebaran boleh berlaku berpunca daripada najis haiwan peliharaan yang menyebabkan toksoplasmosis atau dalam dunia perubatan digelar jangkitan yang disebabkan oleh parasit toksoplasma yang menyerang jaringan saraf manusia.
Menjangkiti bayiSeorang wanita yang dijangkiti sama ada sebelum atau semasa hamil, boleh menjangkiti bayi yang dikandung. Toksoplasmosis kongenital adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri (plasenta). Jika seorang wanita menerima pendedahan pertama kepada toksoplasmosis ketika mengandung, bayi akan berisiko tinggi. Risiko bayi termasuk mati dalam kandungan, buta mata dan kecacatan otak termasuk 'retardasi mental'.
Jangkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dengan kucing serta najis mereka. Toksoplasma juga boleh dijangkiti apabila wanita mengendalikan daging mentah atau separuh masak.
PeringatanSebagai peringatan kepada wanita khususnya yang sedang hamil dan berusaha untuk hamil, anda perlu mengehadkan masa bersama haiwan atau pengurusan najis haiwan itu. Pengurusan najis haiwan ini boleh dilakukan oleh suami atau orang lain. Dengan cara ini moga anda dapat mengelak risiko jangkitan kali pertama ketika hamil. Lebih utama ia dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi toksoplasmosis kongenital.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini. Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosintesis dan ujian imbasan ultrabunyi akan dilakukan ke atas bayi dalam kandungan. Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan.
RawatanRawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan. Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus. Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan dan terus diberi rawatan.
Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya dengan membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan, mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak, membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan, menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Elakkanlah membela kucing semasa hamil sekiranya langkah ini sukar dilakukan."


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130106/kn_01/Awas-Jangkitan-parasit-kucing#ixzz3cdSsW4DF © Utusan Melayu (M) Bhd 

p/s: Ingat, kucing ni haiwan peliharaan kesukaan Nabi... tak salah kita berbuat baik sesama makhluk hidup kan. InsyaAllah pahal untuk kita.



Monday, June 8, 2015

:: Baby checklist

Last check up baby 34 minggu, doktor cakap weight baby dah 2.3kg & macam dah ready nak deliver. he he hee... So kena tunggu 36 minggu ++ untuk serah diri a.k.a induce. Alasan induce sebab nak raya. hahaa... Kalau boleh nak bersalin dengan doktor Mummy gak (doktor perempuan). Dia pun sporting je asalkan keadaan baby ok. Masa Zahin pun Mummy induce gak sebab malas nak tunggu spot. Taknak jadi masa deliver Khaleesa. Masa tu dah overdue 41 minggu, darah dah naik tinggi & pun dipaksa induce. Risiko sangat tinggi bila baby dah matang, takut baby dah 'membuang' dalam perut & lemas. Tapi pilihan atas diri sendiri. Mummy buat cara ni sebab nak elak kena belah. he he hee...

Cerita pasal checklist baby, memang takde buat persiapan apa pun. Packing barang nak ke hospital pun baru je kemas lepas check up ritu. Barang baby tak banyak pon sebab bersalin kat private. Dah tanya nurse barang apa nak pack. Mummy cuma bawak baju & wrapper baby untuk balik je. Sepanjang kat nursery hospital, semua hospital sediakan termasuk pampers & toiletries. Cuma barang Mummy je la banyak skit. Extra baju & minyak panas. Macam encik suami, dia akan standby persediaan untuk tahnik baby & sedikit kekuatan mental fizikal berdepan ngan isterinya ni. he he hee...

Ok, yang merah tu Mummy punya & biru untuk baby.

Untuk set pantang, jenuh la gak dok survey2. Baca testimoni blogger... Masa Khaleesa Mummy pilih produk Mustika Ratu tapi banyak yang Mummy tak guna atau senang cite langsung tak guna. Sebab utama semua produk dlm set tu berasaskan jamu & Mummy kalah jamu sebab full breasfeeding. Tak sesuai untuk baby. Maka terbekanglai la set tu kat umah mak. ha ha haaa... pilis pun langsung tak sentuh. Kemudian masa Zahin, semangat membara nak pantang elok-elok. Pun beriya cari produk set pantang yang ok. Mummy pilih Tropical Herbs dari Amway. Bila buka kotak, tenyata banyak jamu gak untuk dimakan. At last yang Mummy guna cuma mandian, pembersih wanita & bengkung jek. Sangat membazir kan... Jadi, untuk yang ketiga ni Mummy kena fikir betul-betul apa yang diperlukan. Pilihan set kali ni adalah Grandma Secret. Dapat beli harga promo yang sangat reasonable. Bila buka kotak, Mummy happy sebab kebanyakannya adalah dalam bentuk jus (pati ikan haruan, mutiara suri perisa strawberri & sarang burung). Memang senang la nak telan kan. Amik sudu terus ngap! Pilis pun dalam bentuk krim & tak perlu risau berabuk bagai. Siap sekali dengan herba mandian & pembersih wanita beserta tangas. Rasanya dalam 8 produk, ubat periuk jela Mummy tak amik. Konpem pahit! Nanti insyaAllah Mummy update kesan lepas penggunaan set ni.

Set bersalin Grandma Secret yang comel. Harga pasaran RM255 tapi Mummy dapat harga promo kat Butik Lunatots RM150. Nasib cepat sebab stok limited.


p/s: Date deliver baby dah pilih. Yay!!!




Wednesday, June 3, 2015

:: Lama menyepikan diri...

Fuh! lama betul Mummy menyepikan diri & tak update blog. Bukan malas ye cuma takde kekuatan mental & fizikal nak update. Masih lagi setia blogwalking teman-teman maya. Macam-macam cerita yang Mummy baca. Memang jeles tapi apakan daya, kesihatan diri ni tak mengizinkan.



Last update Mummy on 13th March & 3 hari lepas tu Mummy diserang demam panas (viral fever). Masa tu Mummy cuma ke klinik je & dapat MC sehari. Doktor suruh rehat kat rumah sebab Mummy pregnant. Temperature masa tu 38deg & doktor advise ke hospital jika tak sembuh. Doktor risau Mummy kena denggi & refer ke hospital adalah jalan terbaik. 18th March, temperature demam tak turun & makin naik walaupun makan ubat on time. So encik suami heret Mummy ke hospital. Ok, doktor tengok temperature masih tinggi & terus admit. Masa tu datang memang sehelai sepinggang (nasib baik hospital dekat ngan rumah). Nak tak nak terus masuk wad & drip. Memang kami takde prepare apa-apa. Kakak kebetulan kat rumah mak mentua sebab cuti sekolah. Si adik je la kat rumah pengasuh... Encik suami bergegas balik rumah packing untuk Mummy. Badan memang sangat tak larat & selera makan drop. Ingat demam ni kebah sehari dua tapi berlanjutan sampai seminggu. Hari-hari dari pagi, tghari, petang & malam.... nurse akan amik darah & Alhamdulillah Mummy free denggi. Setiap kali rasa macam dah ok, petang konpem temperature naik semula. Sampai satu tahap temperature naik max & Mummy meracau-racau cakap sensorang (encik suami yang cite). Nurse kelam kabut cari ice pack bagi sejukkan badan. Dalam masa yang sama, Mummy turun naik untuk follow up dengan gynea utk tgk perkembangan baby. Alhamdulillah, perkembangan baby sangat ok. hu hu huuu...

Ingatkan dugaan dah selesai bila doktor decide nak bagi antibiotic kat Mummy. Demam panas dah turun skit tapi satu pagi Mummy tgk muka penuh merah-merah. Buka baju, tengok dah penuh kat badan & perut. Ah, sudah! panggil nurse plak update sakit yang baru timbul tu... Doktor check, Mummy kena campak. Nasib baik bukan chicken pox, kalo tak lagi lama la stay kat hospital. Finally day 10 after drip 11 bottles, Mummy discharge tapi doktor tetap tak bagi kerja. Bayangkan appointment Mummy tiap-tiap minggu & kena amik darah. Seminggu lepas discharge, masa follow up doktor kesan Mummy lung infection plak. Terpaksa neb & ke fisio utk kurangkan kahak. Cuma doktor taknak Mummy admit & minta Mummy rehat kat rumah. Viral fever ni memang amik masa yang lama nak sembuh memandangkan keadaan Mummy yang mengandung. Limited of medicine gitu... Sistem badan sangat lemah & Allah je yang tahu. Buat semua benda serba tak kena. Rasa susah nak bernafas & dada rasa sempit. Bila penat, rasa macam nak pitam. hu hu huuu...

Setelah 3 minggu suffer sakit, masalah lain plak timbul. Mummy alami skin allergic. Huwaaa!!! Kaki tangan bengkak gatal-gatal. Mula-mula Mummy gatal-gatal biasa kat kaki, then jadi makin teruk & bengkak. Nasib baik tak naik ke muka. Doktor tengok Mummy pun gelak & cakap "hurmm...it's getting complicated". ha ha haa... Kalau berpeluh, gatal-gatal makin teruk. Finally, Mummy mintak doktor buat allergic test. Resultnya Mummy negatif utk semua allergic test. So refer doktor gynea, maybe pembawakan budak. (Until today sambil update blog ni, gatal-gatal tu memang tak hilang lagi). Harap-harap lepas bersalin nanti hilang la semuanya. 

Doktor memang dah explain awal-awal pasal lung infection & skin allergic ada potential bersalin awal. Now dah 34 minggu & harap-harap baby dapat bertahan ke minggu 36. Tanda-tanda awal tu dah ada tapi sentiasa bersangka baik. Bila ada masalah skin allergic, risiko baby dapat asma sangat tinggi. Harap sangat semuanya baik-baik belaka la.. Sepanjang sakit, rasanya Mummy lost 2kg gak & sepanjang mengandung berat baru naik dlm 6kg. Doktor takde masalah asalkan perkembangan baby ok.

Skang ni Mummy dah masuk kerja macam biasa cuma terpaksa kurang kan pergerakan. Sebulan je ni tunjuk muka kat office then lepas tu serah diri ke hospital. he he hee... Walaupun baru setahun bersalinkan zahin, rasa gerun tu tetap ada. Selalu gak update kat encik suami rasa takut tu tapi dia gelakkan. Lelaki kan... dieorang tak rasa tak tahu. Barang-barang baby pun tak packing lagi. Masuk bilik baby hanya mampu tengok je. Ok, tu maksudnya masih malas.

Okla, sampai sini buat masa ni... Berkesempatan, Mummy akan update lagi. Doakan Mummy & baby selamat serta sihat ye.